Synopsis
"Who is your partner?" When you take a look at the definition of ‘Partner’, it gives you synonyms such as colleague, sharer, spouse, and accomplice. Partner is a person who is strongly associated with me; the one who knows me very well and stays by my side. The word ‘Partner’ takes a different meaning when it is used in law firm. Partners are the people who survived from the power struggle. They are executives who are on the top of the law firm pyramid. Enterprises are law firm’s partners. Law firms fight each other to become a partner of business. They struggle to be close to power and to become a slave of money. There are some lawyers who want be the partners of commoners as well. They are willing to be the spokesperson for the underprivileged. It is a story about partner; the one who is going to stay by your side and fight together in front of law.
Total episode : 16
Credit : http://wiki.d-addicts.com/Partner
Drama ni tidak banyak yang boleh diperkatakan melainkan menontonnya kerana Abang Wook yang dikasihi. Heroin dia pon ambe suka, jadi ambe menonton nya dengan suka sekali. Jalan citer dia pun biasa saja
Kisah mengenai kisah hidup peguam. Watak utama merangkap peguam lelaki dan peguam perempuan dan mereka diletakkan di dalam satu bilik pejabat dan bekerjasama sebagai satu team maka terbit la "Partner". Partner di dalam menyelesaikan masalah peguam-peguam. Terdapat beberapa masalah dan kes yang ditimbulkan dalam drama ini.
Tapi dah hero dan heroin nya loyer, maka segala kes, segala kesulitan, segala masalah dapat diselesaikan dengan mengikut jadual.
Kemuncaknya episode akhir di mana peguam Lee Tae Jo telah dituduh membunuh sahabat baiknya sendiri 5 tahun yang lepas.
Adakah beliau di dapati bersalah?
Kalau tidak bersalah kenapa menangis? WAE? WAE? Wat hapen Abang Wook? *hulur sapu tangan*
Sambil menangis sambil berkata sedap. Antara adegan syahdu bila beliau disuapkan makan tengahari oleh Partner beliau di dalam bilik pesalah.
Saya suka kes wanita ni. Beliau dituduh membunuh gelpren suami nya yang bermain kayu tiga. Tapi seperti biasa la beliau menafikan nya sebab beliau orang kaya dan banyak wang. Dengan wang yang banyak beliau telah mengkambinghitamkan pemandu peribadinya supaya mengaku membunuh. Jika tidak anak pemandu itu akan dibunuh.
Ambe suka makcik ni membawakan watak beliau dengan begitu berkesan sekali. Dalam drama You Are My Destiny beliau sebagai mak Subin, kelihatan lawak sket, tetapi dalam drama Partner ni, karakter beliau sungguh menakutkan dengan wajah bengis dan jelingan nya yang tajam dan padu menusuk ke sanubari.
Tapi yang pasti cincin dia tu ambe berkenan la. Hehehe
Ni adegan pilihan yang saya suka dalam episode 9. Abang Wook hangin satu badan dengan Partner dia sebab masih pakai henfon lama yang dah nyawa-nyawa ikan. Abang Wook ambek henfon tersebut dan campak ke luar kereta. Partner dia pergi carik semula henfon tersebut
"Awak ni pelik la. Kenapa masih nak pakai henfon cap ayam ni lagi? Kan saya dah suruh buang. Aigooo, didn't I tell you I'd buy you a new one?"
Maka jawab la Partnernya itu dengan perasaan hiba dan syahdu sambil membelek-belek henfon cap ayamnya yang telah musnah itu
"If someone does something strange, there must me a reason for it"
Ya benar sekali Yang Arif. Jika seseorang itu melakukan sesuatu yang pelik atau aneh, pasti ada sebab mengapa dia berkelakuan begitu.
Yang sebenarnya henfon cap ayam itu telah dibeli oleh mendiang hasbennya. Sebab itu la satu-satunya tanda kenangan hasben nya.
Maka terkedu la Abang Wook untuk beberapa saat seraya menyesal dengan sikapnya itu.
Tapi jangan pelik sangat. Nanti orang akan ingat kita gila pulak kan. Sebab orang gila / kurang siuman banyak buat perkara-perkara pelik kan?
Tapi kalau ada orang yang tanya-tanya jugak bila kita buat sesuatu yang nampak pelik bagi dia tapi tidak pelik bagi kita, kita boleh lah jawab macam ni,
"Ini henfon, aku punya henfon, aku punya suka, bukan kau punya henfon" (jawapan ala abang motor ekzos buluh dalam Seniman Bujang Lapok) Kekeke
Happy ending. Tapi tak berapa happy sangat sebab mereka takde bercinta sangat. Kuch kuch hota hei dalam diam saje. Mungkin sebab sorang oppa dan sorang lagi ahjumma ibu tunggal beranak 1
Mari kita lihat para pelakonnya :
Lee Dong Wook as Lee Tae Jo
Sudah tentunya berbaloi-baloi
Kim Hyun Joo as Kang Eun Ho
Salah sorang heroin yang ambe suka jugak. Antara drama beliau yang dah ditonton :
Kkotboda Namja (Boys Over Flowers) - Ribiu coming soon
Choi Chul Ho as Lee Young Woo (Tae Jo's older brother)
Pakcik ni sungguh laris di tahun 2009 (Queen of Housewives, Partner, Hot Blood)
"Ahjussi, dulu keje apa? Tak penah nampak pon dalam drama sebelum ni"
Lee Honey as Han Jung Won
Cik Ratu Cantik Korea ni jua turut memeriahkan drama. Sapa cakap ek dia ni mempunyai sepasang mata yang senyum. Kalau dia senyum, mata dia ikut senyum. Kak Hood kot. Memang ayu sekali. Kena layan "Pasta" (MBC) pulak tahun ni. Drama terkini beliau
OST
Antara lagu-lagu sedap dalam drama ini ialah :
Akhir kalam, selamat menonton Partner sambil makan ABC. ABC Korea ada taruk cornflakes lah. Macam sedap je kan. Boleh la tiru nanti. Ni dalam episode 15
No comments:
Post a Comment