Thursday, February 14, 2008

KDrama : Insoon is Pretty (2007)



SynopsisPark In Soon accidentally killed someone years ago when she was in high school. After serving her time in prison, she tries to rebuild her life. However, she cannot seem to find a job because of her criminal record. Discouraged, she goes to her high school teacher for help. She confesses her love for him and tells him she wants to be his son’s mother. However, he too rejects her. With a criminal record and a broken heart, In Soon decides her life isn’t worth living. During her attempt to commit suicide, she is stopped by Yoo Sang Woo, her childhood friend who moved away before her accident. Through a series of events, In Soon is reunited with her mother, who is the famous actress Lee Sun Young. However, even with fame and fortune, she still isn’t happy. Also, she finds herself falling in love with Sang Woo.
 
Cast :
Kim Hyun Joo , Kim Min Joon , Seo Hyo Rim , Lee Wan

Total episode : 16

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/In-Soon_is_Pretty , WITHS2

Photobucket

Sebelum kita ke drama super duper best TWSSG, kita bercerita mengenai drama yang suam-suam best ni dulu. Keseluruhan average sahaja drama ini bagi saya. Menonton drama ini kerana hero nya. Namun dalam drama ini dia ala-ala lemau la pulak. Seumpana tiada daya dan momentum yang bisa mengusik emosi penonton seperti saya. Heroin nya pula merupakan salah seorang heroin kegemaran saya juga.

Storyline agak menarik jugak walau dalam ke-lemau-an heronya. Tapi ada satu adegan yang telah membuatkan saya gelak guling-guling. Lihat di akhir ribiu nanti.

Beberapa isu semasa dalam kehidupan harian menjadi plot jalan citer dalam drama ini. Senario kehidupan yang kita akan berjumpa dalam hidup seharian kita selagi kita bernama manusia.

1. Kisah masyarakat yang sering memandang serong dan bias pada insan yang keluar dari penjara atau kata nama gantinya ialah bekas banduan. Kita selalu mempunyai fikiran orang yang masuk penjara ni adalah orang jahat sebab telah melakukan kesalahan atau jenayah. Tapi ya bener orang yang telah disahkan bersalah akan di masuk kan ke dalam penjara. Tetapi cuba incik-incik dan puan-puan renung kan sejenak. * Pejamkan mata anda seketika * (Kita assume la ye majority bekas banduan insaf dan tammo buat jahat lagi)

Orang yang disumbatkan ke dalam penjara ini telah menjalani hukuman yang setimpal atau mungkin 2 timpal dengan jenayah yang telah dilakukan. Mereka menjalani proses keinsafan dan muhasabah diri supaya bila telah tamat tempoh penginapan di penjara mereka akan keluar menjadi insan baru dengan modal insan yang baru. Bukannya mereka sesuaka hati main pondok-pondok atau main masak-masak di dalam penjara itu. Makanya kita sebagai insan 'mulia' yang tiada melakukan jenayah kononya harus lah memberi peluang pada bekas-bekas banduan yang ada rekod jenayah ini untuk menjalani kehidupan yang baru. Jadi saya tidak nampak mengapa kita harus mendiskriminasikan mereka bekas-bekas banduan ini. Adakah mereka jatuh hina kerana pernah menghuni dipenjara? Anda nilaikan sendiri. Sebab dalam citer ni memaparkan kebanyakan masyarat memandang bekas banduan itu seperti makhluk asing tanpa memberi peluang kepada bekas banduan itu yang ingin memulakan hidup yang baru.




Situasi dia ala-ala kalu kita pegi mintak keje. Asal pi interbiu bakal majikan anda tanya ada pengalaman keje tak? Majikan memerlukan pekerja yang ada experience saja. Jadi nya kita yang fesh graduate ni akan kesukaran mendapat kerja dengan mudah. Dan saya pernah menjawab kepada bakal majikan seperti itu

"Kepala hotak kau. Ko ingat aku lahir-lahir terus ada pengalaman keje ke? Kalau korang tak amek kitorang yang baru nak stat keje macam mana kitorg nak ada pengalaman keje. Ingat pengalaman keje jatuh dari langit kah etc etc etc"

Tapi saya jawab dalam hati saje...hehehe

2. Kisah ibu aktres glamer dan anak bekas banduan nya. Bagi selebriti yg biasa hidup glamer akan selamanya cuba untuk mentenkan ke-glamer-an dia. Kalau pun dia merupakan selebreti suam-suam kuku maka dia akan berusaha panas kan kuku nya itu. Dengan kata lain kembalikan kehangatan zaman glamer dia supaya terus di kenali dan diingati oleh peminat. Dalam citer ni selebreti itu merupakan seorang actress veteran. Aktress teater. Bila dia tahu dia telah berjumpa dengan anak perempuan nya yang terpisah sekian lama dia berasa sangat gembira sebab telah berjejak kasih dengan anak perempuannya itu. Tambahan pula anak perempuannya mempunyai wajah yang cantik. Tumpang bangga dia kerana anaknya cantik dan ada harapan menyertai Korean Top Model. 
Banyangkan jika judul drama ini ialah Insoon Is Not Pretty. Anda bayangkan la sendiri ye. 

Ok kemudiannya bila aktres itu mendapat tahu bahawa anak itu pernah masuk penjara dan mempunyai rekod jenayah dia lantas kecewa dan tidak mahu menghiraukan anak itu sebab malu nanti pihak media dapat tahu dan sekaligus menghancurkan status nya sebagai seorang aktres terkenal kerana mempunyai soerang anak perempuan bekas banduan. Kemudian pula pada satu hari anak itu telah melakukan sesuatu kebaikan yang telah mendapat liputan meluas media sekaligus men-glamerkan anak perempuan nya, lantas ibu itu kembali berlembut dengan anak perempuannya dan acknowledge anak perempuan nya. Ke-siamang-an sangat ibu / aktres itu kan. Sebab saya yang menonton juga berasa hangin.

Quote kata-kata sedih anak perempuan nya itu : 


Photobucket

"I...I am your daughter. As a mom, shouldn’t you not doing this. You are a mom. You are a mom. I am a murderer. How can you as my mother not be curious? Why didn’t you ask me why I did it? As a mom you should be curious now. No matter how much the world rejects me, a mom can’t be like that. Because you are a mom. Because shouldn’t a mom not be like that? This is I thought all along. No matter how bad I am, that you would be able to understand and accept me. I am really disappointed. It’s really strange. I am unable to forgive you. I’m unable to forgive you for abandoning me.

"I didn’t abandoning you"

"YOU ABANDONED ME!!!! " *back ground sound effect guruh berdentum tum*


3. Kisah sebuah rumahtangga. Si suami seorang ahli perniagaan yang sukses. Si isteri seorang surirumah tangga sepenuh masa. Si isteri seorang yang baik dan telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang surirumah dengan baik. Jaga makan pakai suami dan anak. Kemas rumah, memasak, basuh baju, mop lantai dan lain-lain kerja rumah telah dilakukan dengan begitu baik dan dengan penuh kasih sayang. Sebaliknya segala kerja umah isteri itu tidak dihargai oleh sang suami dan si suami itu berasa tiada kebahgiaan dan rengsa bila berada di dalam rumah. Mungkin pemikiran isterinya tidak setaraf dengannya. Kasihan la surirumah begini ye puan-puan.

Quote kata suami pada isterinya yang rajin memasak,



Photobucket
"All day long all you do is cook...cook...cook. Are you haunted by god of hunger?"


Pandai masak salah, tak pandai masak komplen. Haiyaa doniya doniya. Suami oh suami.

Bila suami itu mendapati tiada kebahagiaan di dalam rumah maka….seperti yang diketahui dan dijangka, ya betol, suami itu mencari kebahagiaan di luar rumah. Dia pergi la menonton wayang dan teater berseorang diri untuk meng-enjoy-kan diri dia. Bila sudah kemaruk menonton teater maka suami itu berminat dengan pelakon teater itu. Antara adegan-adegan yang saya tak larat tengok. Orang tua-tua bercinta hahaha. Yang lelaki nya pula sangat comei untuk adegan dating ini hingga menyebabkan saya kegulingan ketawa. Dia nampak comei sebab tubuh badan nya kecil. Anak lelaki dia lagi tinggi dari dia.

4. Kisah 2 bradek perempuan. Sorang ingin kan tumpuan emak, yang sorang lagi tidak mahu lagi diberi tumpuan supaya dia bebas membuat pekerjaan yang diminati nya.

Mari kita lihat para pelakonnya pula :




Kim Hyun Joo as Park In Soon

Sebagai bekas banduan itu. Diminati oleh seorang rakan sekolah dia dari zaman persekolahan hingga dewasa. Malangnya bila lelaki itu tahu yang dia merupakan bekas banduan maka persepsi dia terus berubah dan mula menjauhkan diri. Cipan punya jantan. Di kala seorang teman memerlukan kawan dia menjauhkan diri.

Hanya sorang saja yang yakin dan percaya dengan Insoon yak itu cekgu sekolah dia yang sering memberi semangat dan keyakinan untuk memeruskan hidup selepas keluar dari penjara.

Kesalahan Insoon ialah dia di dapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang rakan sekolah dia yang kaki buli. Mungkin disebabkan Insoon berseorang diri dan tida sokongan kuat sebab mak pak tak de maka dan bukan anak orang kaya, maka segala tuduhan berpihak pada Insoon yang malang dan disumbat ke dalam penjara. 



Kim Min Joon as Yoo Sang Woo

Ya ini lah dia jantan / kawan yang agak tidak berperikemanusiaan itu pada awalnya. Watak dia sungguh kureng memberangsangkan dalam citer ni. Mendatar saja. Tapi entah kenapa saya masih tertarik untuk melihat wajah nya yang tiada luar biasa itu. Nak kata ensem tak ensem, nak kata tak ensem, boleh lah. Hehehe.

Dia sebagai wartawan di KBC. Bapak dia yang bercinta dengan mak Insoon , aktres teater itu.


Nah Young Hee as Lee Sun Young (In Soon's mother)

Ibu kepada Insoon, seorang aktres persembahan pentas.



Choi Il Hwa as Yoo Byung Gook (Sang Woo's father)

Bapa kepada Sang Woo. Ahjusshi ni berjaya memikat saya dalam citer ni. Bravo.


Lee Wan as Jang Geun Soo

Adik angkat Insoon. Alkisah (spoiler) dia sebenarnya yang bunuh rakan Insoon itu dan Insoon yang menanggung kesalahan itu hingga disumbat ke dalam penjara dan kemudian di pandang serong oleh masyarat. Sungguh tidak adil yang arif.


Seo Hyo Rim as Kim Jung Ah (In Soon's sister)

Adik tiri Insoon. Agak menarik juga perwatakan dia sebab dia cantik.


Adegan favourites buat saya terkekek-kekek. Kisah percintaan terlarang 2 warga emas. Yang pompuan tak feel sangat. Yang lelaki overexcited sebab telah berjumpa dengan pojaan hati hahaha

Adegan 1

Photobucket
Photobucket
Ahjussi itu telah menubuhkan fan club utk aktres pojaan nya haha

Adegan 2

Photobucket
Kiri, ahjusshi marah isterinya kerana masuk bilik tidak ketuk pintu sebab ganggu dia berangan selepas membeli kemeja warna oren untuk dipakai sewaktu berdating haha Warna oren menjadi pilihan kerana aktres pojaan nya favourit kaler ialah oren. Oder air pon air oren haha

Photobucket
Aksi shy shy cat

OST. Biasa saja.

Rating saya. Sebab saya tidak berapa feel dengan citer ni so tak de rating. Saya kira citer ni akan ditonton oleh hanya peminat hero dan heroin kot. Tapi kalu anda mahu lihat adegan Ahjussi dengan kemeja orennya, kena lah tonton citer ni haha

No comments: