Tuesday, February 19, 2008

Filem : Le Grand Chef (2007)



Synopsis

At a press conference, a cooking knife of a special spirit is being presented to the public. The knife belongs to the last Korean royal chef of the Chosun Dynasty who cut his arms with this knife to show his loyalty to the king and the country. The Japanese bureaucrat at the time was deeply moved by his conviction and returned to Japan with this knife. Now, his son has come to Korea to return the precious knife back to someone who really deserves to own it and announces a cooking contest to find the best cook for this knife. Thus the destined match between the grandsons of the two apprentices of the royal chef has begun...

Cast : Kim Kang Woo, Lee Ha Na, Im Won Hee

Director : Jeon Yon Soo

Credit : Hancinema


Sapa yang minat menonton rancangan masak memasak boleh la menonton pilem ini ye kerana ianya sebuah pilem mengenai pertandingan memasak. Memasak masakan Korea yang bisa membangkitkan selera anda melalui gambarajah makanan nya. Tetapi selera saya tidak bangkit kerana saya sudah boleh imajin bau masakan dia macam mana hahahaha. Berdesup bau dia hingga ke tulang rusuk.

Tapi menonton drama Bambino telah membuatkan selera saya membangkit. Mungkin kerna saya suka makan pasta. Begitu la ye pengaruh citer masak memasak ini pada individu yang menonton.
jenuh pikir ahjusshi sebelah tu main citer apa...ok ingat sifu Hong Gil Dong...kanan hero kdrama 3 Leaf Clover

Citer mengisahkan pertandingan memasak masakan diraja Korea di zaman Dinasti Chosun (zaman Jepun jajah Korea) dan hadiahnya ialah sebilah pisau keramat yang digunakan oleh chef diraja pada zaman itu yang telah memotong tangannya kerana tekanan jiwa (dah kehabisan daging-daging gaknya kat kawasan tu ;P). Lepas dia potong tangan kanan nya, dia tidak lagi boleh memasak dan selepas itu dia mati tanpa sempat melantik pengganti nya.

Makanya sekarang ini mau cari sapa pengganti yang layak menerima hadiah pisau potong daging keramat itew. Dan satu pertandingan di adakan. Peserta peberet ialah 2 orang chef muda yang merupakan cucu-cucu kepada bekas 2 chef, anak buah kepada ketua chef diraja yang memotong tangan nya itu. Dan seperti biasa mesti ada watak jahat dalam filem. Chef jahat menggunakan taktik jahat untuk menang. Apa daa masak-masak pon nak main taktik kotor ke. Kalau memang tera dan sedap masak apa mau takot. Cett.

Tetapi kebenaran akhirnya akan terserlah jua pada daging lembu. Kenapa daging lembu tetapi tidak daging oink oink? Sebab Raja dalam pilem ni suka makan sup daging lembu. Mungkin dalam citer lain nanti Raja nak makan daging kerbau pendek pula hehe.



Kenapa kebenaran terserlah pada daging lembu? Menurut teori dalam citer ni sekiranya lembu hidup itu dibawa dengan paksaan hingga menyeksakan nya, kesan deraan atau bahse medik nya di panggil "hemorrhage" akan ternampak pada daging lembu selepas lembu itu disembelih. Pakar-pakar dalam industri daging lembu dapat mengecam nya. Dalam citer ini chef jahat itu telah menarik lembu secara paksa untuk dihantar ke tempat penyembelihan dan telah disqualified.

Quote kata-kata juri,

"You made a mistake while transporting the cow. Cows are very sensitive animals. If they get stressed, hemorrhages will form"
Moral of the stori, jangan bagi lembu stress ye u all. Kalu nampak lembu lintas jalan, jangan hon kekuat nanti dia stress. Tunggu sampai dia abis seberang jalan dulu. Kasik can la dia pon nak seberang jalan hehe

Chef jahat tidak dapat menerima kenyataan yang beliau telah kalah. Semasa bertanding di final dia menggunakan taktik lain plak untuk pastikan dia juara. Apakah taktiknya? Anda saksikan la citer ini.

Kita kat Mesia banyak makanan-makanan lazat. Kenapa tiada yang nak dramakan atau pilemkan citer tema makanan ni ek? Balik-balik citer itu, itu dan itu la manjanggggg.

Contoh; masak nasik lemak. Kena guna beras jenis apa? Berapa sukatan santan yang diperlukan? Halia berapa banyak kena tarok? Ikan bilis saiz apa? Kalau org johor taruk halba dalam nasik lemak. Buat sambal plak. Guna cili apa yang sedap? Cili boh? Uncle Chili? Red hot chili pepper? Cili kering? Cili kering kerinting atau tidak kerinting supaya tidak berapa pedas? Dan seterusnya lah.

Kreatip la sikit sedara. * sedara ni nama saja pandai bawak moto..* Nama saja penggiat seni tapi nngak kreatip loh.

Motif utama saya menonton citer ini ialah kerana tak lama lagi akan ada versi drama. Dan chef nya akan dilakonkan oleh hero...ehemmm...KRW. Teka sapa. Hahaha

Beberapa masakan yang perlu dimasak dalam pertandingan tersebut

Photobucket
ni masakan ikan...sashimi ikan buntal...

Photobucket
yg ni masakan daging

Photobucket
ni bukan masakan hangus tetapi arang...ye penggunaan arang berkualiti juga dititik beratkan dalam pertandingan ini...nnti ada adegan gaduh-gaduh merebutkan arang ini...pasal arang pon sampai nak memancung mancung haha...guna je la arang yg jual kat kedai...tetapi tidak ye...mereka membuat arang sendiri...

Photobucket
yg ni sesi melapah daging lembu...sapa paling pantas dan terbaik dapat markah banyak...

Photobucket
masakan final sup lembu favourit Raja di zaman silam...sapa yang bole buat juri nanges lepas makan sup ni dia ialah pemenang bukan pengalah...

No comments: