Synopsis
James Parker, adopted overseas as a child, comes back to Korea as a U.S. soldier to find his birth family. He finds his biological father, who is in jail awaiting the death sentence. Their meeting is awkward at first, but sympathy and love grow between them.
Cast : Kim Yeong Cheol, Danniel Hanney
Director : Hwang Dong Yeok
Credit : Hancinema
James Parker, adopted overseas as a child, comes back to Korea as a U.S. soldier to find his birth family. He finds his biological father, who is in jail awaiting the death sentence. Their meeting is awkward at first, but sympathy and love grow between them.
Cast : Kim Yeong Cheol, Danniel Hanney
Director : Hwang Dong Yeok
Credit : Hancinema
Filem ini adalah kisah benar yang difilemkan ceritanya. Pada awalnya kedapatan kontroversi mengenai penayangkan pilem ini kerana mendapat bantahan dari individu berkenaan.
Kisah seorang anak Korea yang menjadi anak angkat sebuah keluarga di US. Dia pindah US sewaktu dia masih kecil. Bila anak itu sudah dewasa dia datang ke Korea untuk mencari keluarga sebenar dia dan keluarga angkat US nya tidak pula melarang dia mencari keluarga sebenarnya.
Kenapa dia dijadikan anak angkat keluarga US, tidak Australia, England, Perancis, Republic Czech atau Italy atau AC Milan?
Mana lah saya tahu. Dah jalan citer cam tu. Hehehe
Filem ini banyak sungguh twist nya hingga saya sendiri pun tokojut. Kita agak jalan citer nya begini begini begini. Rupanya tidak. Begini begitu macam ini macam itu berliku-liku.
Nama US anak itu ialah James Parker. Untuk memudahkan dia mencari keluarga sebenarnya di Korea, dia menjadi askar US kerana di Korea ada pangkalan tentera US. Jadi kalu orang tahu dia askar mudah sket kot urusan birokrasi dokumentasi mencari keluarga sebenarnya. Menjadi seorang askar hanya kerana mahu mencari keluarga asalnya.
Maka bermula lah pencarian mencari ibu bapa kandung James Parker. Bermula dengan menanya info di rumah anak-anak yatim di mana James ditinggalkan di situ sewaktu kecil dahulu. Kemudian James muncul dalam rancangan TV jejak kasih di Korea.
Kronologi klimaxnya
1. Selepas ke udara di dalam rancangan jejak kasih, James mendapat info bahawa bapa kandung nya adalah seorang banduan dan James pon pergi la melawat bapa nya yang menetap di dalam penjara itu bersama dengan pihak media yang membuat liputan.
2. James gembira dapat bertemu dengan bapa kandung nya walaupun bapa nya itu seorang banduan. James selalu melawat bapa nya itu di penjara
3. James mendapat tahu dari bapa nya bahawa ibu nya sudah meninggal. James mintak foto ibu nya untuk melihat bagai mana wajah ibu nya sebab bapak James kata muka James persis wajah ibu nya. Bapanya menangguh-nangguh pemberian gambar ibu James (tang ni dah ada sesuatu tidak kena...takkan tak de simpan gambar binik)
4. James menelefon bapa US nya memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan bapa kandung nya. Dan bapa US nya menyuruh menyampaikan mesej pada bapa kandung James "Thank you for giving us a wonderful son"
5. James belajar bahasa Korea supaya senang berkomunikasi dengan bapa kandung nya. Nanti bapak dia kena marah sebab tak blajar bahse Inggeris
6. James membuat petition awam untuk menyelamatkan bapa nya "The death penalty is an outdated mode of punishment. It repays violence with violence. Save my father. Please save my father"
7. Petition James dihalang oleh seorang keluarga mangsa yang dibunuh oleh bapa kandung James. Tahu la James sekarang bapa kandung nya adalah seorang pembunuh. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. James melakukan siasatan sendiri kerana bapa kandung nya masih berdolak dalik mengenai foto ibu James
8. Bapa James di US pula meninggal sebab serangan jantung
9. James berjaya mengupas beberapa kes silam yang melibatkan bapa banduannya itu dan James telah mendapati bapanya banyak menipu (jeng jeng jeng...dalam penjara pon kau nak menipu lagi labu)
10. James tergerak hati mahu melakukan ujian DNA tanpa pengetahuan bapa kandungnya. Hasil ujian DNA terdapat 3 tanda 'X' dan dokter mengesahkan si beliau itu bukan bapa kandung James. James marah doktor sebab kata doktor tipu. James berkali-kali kata itu adalah bapa nya (Ye la James bapak kau la itu. Pedulik hapa sama kata orang dan kata DNA jika kau yakin benar dia adalah ayah mu James. Oh tidak James, aku tidak sanggup melihat wajah mu menanges James :P ekekeke)
11. James sebenarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa itu bukan bapa nya selepas bapa nya di US meninggal. James tidak sanggup kehilangan sorang lagi bapa
Seterusnya saksikan la citer menyayat hati ini ye. Di akhir cerita anda dapat melihat wajah sebenar anak angkat itu bernama Aaron Barter dan kisah benarnya di paparkan untuk tontonan umum. Aaron sekarang menetap di Arizona.
Moral of the stori, dedua anak angkat itu kendo u. Hahaha.
No comments:
Post a Comment