Friday, April 01, 2005

Filem : My Brother (2004)



Image hosted by Photobucket.com
Won Bin baju merah


Hmm bagi aku citer ni kurang 'menyengat' dalam konteks perhubungan adek beradek. Tak de kimia. Walaupun meletakkan pelakon fufular Korea, Won Bin. Aku beli DVD ni sebab nak tengok Won Bin *ehem ehem saya sudah ada DVD player yach* :P

Citer mengisahkan seorg ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan 2 org anak lelaki Sung-hyun lakonan Shin Ha-gyun sebagai abang dan Jong-hyun lakonan Won Bin tanpa suami. (dah ibu tunggal musti la tanpa somi hehe) Dedua karektor adek bradek ni berbeza. Si abang sorang pelajar yang cemerlang manakala adek pulak gangster kampung pinang sebatang. Cempien dalam sabjek pergaduhan.

Image hosted by Photobucket.com


Nak dijadikan cerita Sung-hyun ni ada sket cacat, maka mak dia lebihkan perhatian pada Sung-hyun membuatkan Jong-hyun jeles dan berkelakuan liar. Las las Sung-hyun mati dihentam dengan sorg mamat yang down sindrom. Kedai dan ibu mamat down sindrom penah di belasah teruk oleh Jong-hyun, so kira balas dendam jugak la ni. Orang down sindrom pun ada perasaan marah bila tengok mak dia diperlakukan sebegitu rupa. Moral of the stori org jahat dapat balasan. Kalau bukan kat diri sendiri, ahli keluarga dapat balasan. Paling geram orang yang tak bersalah plak mati. Ada ke patot?

Agak boring sket la ini citer. Won Bin dilihat adalah sangat seswai nya berlakon watak nakal juga playboy. However jalan citer dia aku leh kaitkan dengan suatu kisah benar di alam luar pilem.

Image hosted by Photobucket.com

Membesarkan anak² tanpa somi ni kena banyak noo bersabar. Besar pengorbanan. Mak aku penah kata, sib baik la ada ayah kau, kalau tak korg seme tak jadi orang lelebih adek lelaki aku yang bongsu. Memang tak makan saman kalau mak aku sound dia. Sepatah mak tegur berpuluh patah dia jawab balik. Sampai patah hati mak aku di buatnya. Tapi kalau ayah cakap sepatah, suku patah pun dia tak balas. Kelu lidah.Anak² kebanyakkan lebih takut ngn ayah berbanding mak. Dan anak² ada punya ayah lebih 'menjadi' dari yang tak punya ayah. Ada 4,5,6 kisah benar mcm ni yang aku penah jupe.

Image hosted by Photobucket.com

Luah hati ibu prihatin utk dikongsi bersama

No comments: