Synopsis
Na Hana loves money more than anything. She left her home town for Seoul. She decided that the only way she could be with money is to marry a rich man who will die soon. She soon meets Yoon Ho Sang, a young man who is a poor, troublemaker, and also loves money, but is in diguise of a very rich man who died. these two meet and soon love sparks but Ho Sang has a serious cancer problem which he first lied to a man who he owes money to.
Cast : Cha Tae Hyun , Kang Hye Jung , Kim Ji Hoon , Gong Hyun Joo
Total episode : 16
Credit : WikiDrama

praktikal jadi mayat
Citer ni bertemakan "kematian" dan best jugak untuk ditonton sebab agak kelainan dalam jalan citer nya. Ada banyak adegan kematian dalam citer ni yang memberi kesan yang berbeza pada yang hidup dan juga yang bakal mati. Bagaimana mereka yang hidup menerima hakikat bahawa orang tersayang mereka telah mati. Bagi hero yang memegang watak insan yang bakal mati tidak lama lagi akibat barah, dapat membayangkan suasana sekeliling apabila dia sudah mati kelak.
Ibu dan bapa heroin menguruskan sebuah kedai yang menguruskan jenazah orang mati. Tentunya banyak adegan mati, ye tak. Hehe.
Profession ibu bapa heroin menguruskan mayat orang mati telah memberi kesan pada tumbesaran heroin. Heroin menjadi seorang yang keras hati, tiada perasaan, tidak ada perasaan sedih, air mata dia payah nak keluar walau menghadiri upacara pengkebumian. Heroin juga tidak mempunyai kawan sebab kawan-kawan lain takut dia ni pembawak suwey orang mati dll.
Kemdian heroin menjadi seorang yang mata duitan dan mahu bertemu jodoh dengan orang kaya yang mempunyai penyakit kronik yang bakal mati. Lepas mati dia akan mewarisi semua harta-harta suaminya. Untuk tujuan itu dia bekerja di hospital sebagai jururawat untuk mencari mangsa-mangsa yang dapat merealisasikan impian dia.

Kemdian dia dapat mengenal pasti mangsa iaitu hero, yang telah disalah anggap sebagai orang kaya dan mengidap kanker pancreas. Heroin lantas cuba mengorat hero sampai dapat sampai hero terjatuh hati dengan heroin dan mahu berkahwin dengan hero. Hero dengan moskel merasa rimas dengan kehadiran heroin yang tidak jemu-jemu mengikuti nya di mana jua dia berada dan berkata di dalam hati 'Apsal pompuan sewel ni tetiba syok kat aku nih?' Hero telah menggelarkan heroin sebagai 'chewing gum' sebab heroin sentiasa melekat di sisi hero tidak kira waktu dan masa.
Hero tidak mengetahui bahawa heroin mendekati nya sebab hanya mahu akan harta nya, bukan kerana wajahnya yang nak kata ensem tak de la ensem sangat. Nak kata tak ensem plak, tak de la buruk sangat. Sederhana manes je la wajahnya. Dan heroin pula tidak tahu yang hero miskin papa kedana satu sen haram takde. Ye bagus kedua nya saling tidak tahu menahu tetapi kita penonton tahu haha. Ada salah paham di sini ya. Apa kah salah faham itu? Anda kena lah saksikan.
ending dia ala-ala buat kenduri untuk si mati...kemdian mereka yang mati pon datang join kenduri skali...mati idop semula hehe
Berbalik pada kisah hero pula.
Hero dalam citer ni hidup sebagai 'orang yang telah mati'. Bagaimanakah itu? 'Mayat' hero dijumpai oleh orang kampong dalam suatu kebakaran dikampung nya. Tapi yang sebenarnya mayat orang lain. Oleh kerana hero telah 'mati', maka dia pergi ke sebuah kampong lain yang kebetolan kampong heroin dan menetap bersama keluarga heroin iaitu bakal keluarga mertua nya. Kang kalu nak eksplen yang dia maseh hidup, panjang lak citer nya. Di samping itu dia berjaya lari dari pengutip hutang dengan identiti nya sudah mati. Hero ada pinjam wang ceti dan belom langsaikan lagi.
Saya suka part transformasi watak heroin dari seorang pompuan yang tiada hati dan perasaan berubah menjadi wanita yang ada sifat kasih sayang dan menghargai orang-orang disekeliling nya dan menghargai kehidupan yang dimilki nya.
Perkara yang boleh dipelajari melalui drama ini ialah :
Andai kita mendapat tahu ada di antara ahli keluarga tersayang kita mengidap penyakit kronik yang akan mati dalam jangka masa terdekat, menangis, bersedih, meraung, putus harapan, risau, bukan jalan penyelesaian. Sebaiknya berbuat sesuatu yang menggembirakannya dan kita pon rasa gembira untuk kali terakhir pada si pesakit itu.
Sebalik nya jika tidak mendapat klue atau petunjuk terlebih awal akan kematian seseorang itu, mungkin bole ikut gerak hati dan tidak bertangguh-tangguh jika mahu melakukan sesuatu supaya kita tidak menyesal sepanjang hayat kita hidup.
Sebagai contoh, jika mahu melawat orang sakit di hospital, jangan tangguhkan melawat. Mana tahu mungkin itu kali terakhir yang kita akan berjumpa dengan dia.
Tapi jika anda berhasrat mahu kemping di Gunung Nuang tapi dipospon-pospon kemping tidak mengapa sebab takkan lari gunung dikejar. Ye tak. Huhuhu
"Setiap yang hidup pasti akan mati" sebab diri kita adalah milikNya. Enitaim Dia bole mengambil milik nya kan.
Cha Tae Hyun as Yoon Ho Sang / Wang Dae Bak
Tak bole tengok muka dia ni la, mesti mau gelak dulu. Sederhana je kan muka dia? Dulu tak suka kat hero ini masa citer Prince 1st Love sebab minat dengan hero sorang lagi. Lepas citer Highway Star tersuka plak hahaha Macam biasa la lakonan dia outstanding untuk watak bukan komedi kali ni walaupun wajah beliau lebih sherashi dengan watak komedi. Antara hero yang versetile.
Kang Hye Jung as Na Ha Na
1st time blakon dalam drama dalam arena seni lakon beliau kurang lebih 8 tahun. Sebelum ni dah 2 kali tengok dia blakon watak pompuan sakit mental atau pompuan terencat akal iaitu dalam filem Welcome to Dongmokgol (menang supporting aktress) dan Herb (calon Best Aktress dalam 6th Korean Film Awards yg lepas)
Di awal-awal episode, watak dia ala-ala pompuan terencat tak normal sket tengok. Dalam hati saya berkata, 'Huk ala dia ni muka terencat po?' Bukan mengejek orang terencat akal tapi nak tengok dia dalam watak yang berlainan. Tapi sekiranya u all tak tengok lagi 2 pilem tersebut mungkin tidak nampak kesamaan.
Kemudian baru la watak dia berkembang dan mekar seindah bunga di taman.
Kim Ji Hoon as Go Eun TakDia ni pon kendo jugak. 1st time tengok dia. Sebagai pekerja pembantu menguruskan jenazah mayat.
Ji Hoon juga namanya selepas Jeong Ji Hoon (Rain), Lee Ji Hoon (hero Hello Miss), Joo Ji Joon (hero Goong) dan Bi Hoon (goreng pon sodapppp)
Gong Hyun Joo as Oh Nam Kyung
Sebagai kawan baik hero dan bekerja sebagai anggota Rescue 119. Hero syok kat dia tapi dia dah bertunang. Jelita juga wajahnya kan.
Pelakon watak mak favourit saya. Kalau dia marah anak kan macam kena rasuk hantu setan dalam badan kan. Yo yo an je kan. (Antara nya dalam kdrama Sorry, I Love U & Wonderful Life & of course dalam Capital Scandal sebagai Madam Sachiko...bravo hahaha)
Dia ni pulak pelakon watak bapak favourit saya haha. Donno why tapi hampir kesemua lakonan dia mencuit hati saya dengan muka-muka dia skali mencuit hati. Dalam citer ni dia bapak 2nd hero.
OST : Citer ni tak de official OST sebab banyak menggunakan lagu omputeh sebagai muzik latar. Antara nya lagu 74, 75 yang dinyanyikan oleh band Amerika The Connells
Akhir kata, citer ni best pada saya sebab jalan citer dia, then ada hero kesukaan dan ada 2 plakon veteran peberet ada dalam citer ni hehehe
No comments:
Post a Comment