Atas saranan beberapa rakan aku pi carik citer ni. Best dan kelakar citer ni depa kata. Ya citer ni boleh dikategorikan sebagai kelakar. Ada kelakar yang serius, ada yang kelakar yang tak di sengajakan, juga ada adegan yang tak kelakar tapi kita tengok nak ketawa hahaha. Pendek kata terhibur la tengok citer ni.
Ok kita citer jalan citer dulu. Mengisahkan hubungan 2 buah keluarga bermula dari pangkat datuk yang ingin mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan lalu membuat wasiat untuk mengkawenkan cucu mereka bila depa dah besar nanti. Jarak usia cucu² depa ni kemain jauh lagik 10 tahun yewww. Hero ngn heroin lah nii.
Bila dah beso hero seorang yang berjaya dan bekerja sebagai pendakwaraya terkenal di Seoul manakala heroin masih menuntut dalam tingkatan 5 la cenggitu kalo kat Mesia ni. Seorang pelajar yang nakal dan tak begitu cemerlang dalam pelajaran. Pas SPM malas nak further study, pegi U, dapat lak bakal tunang yang esmem meletop, menggeletis lah dia nak kawen :)
Dipendekkan citer hero bersetuju gak kawen dengan heroin yang baru berumur 18 tawon atas desakan datuk dia dengan syarat pas kawen memasing buat hal memasing. Datuk dia ni pun satu, budak pompuan tu budak lagi tak nyenyabor nak suh kawen dengan alasan dia dah tak lama nak idop. Veri der tak seswai tau atok ni. Depa kawen ikut cara traditional orang kampung Korea iaitu di daerah bernama Andong (dan dan tingat kat Anding hehe)
cubit² pipi diaaa gerammnyeee
Kehidupan selepas kawen kena lah tengok sendiri. Kedapatan banyak adegan² yang mencuit hati. Aku paling suka tengok expresi muka terkejut malu depa. Veri the real wan lakonan. Adegan kelakar serius yang aku boleh ingat bila mana geng penjahat nak melarikan ke Amerika. Sempat bawak buku bahasa inggeris sebab nanti senang nak berkomunikasi kat Amerika especially bila nak oder makanan...muahahahaha * terus ingat kat cip pelanduk :P *
Adegan tak kelakar tapi nak ketawa bila tengok bila mana hero balik dari kampung pas atok dia mati memakai tali leher. Mcm nak pi opis daaa padahal nak balik umah je. Kemudian heroin yang doplohpat jam bersanggul tak bukak² waima waktu tidur sekali pun. Sanggul tetap maintain pas bangun tido :D Overall sangat direkemen nontonin nya sambil makan kopok cikedis.
Pelakon utama :
Lee Dong Gun (Lovers in Paris, Stained Glass, filem My Boyfriend is B Type)
Han Ji Hye (Summer Scents, Scent of a Man, filem My Boyfriend is B Type, Singles dll) sepet ya amaatsss
Jumlah episod : 16
No comments:
Post a Comment