Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah(Nasha Aziz), Husin(Saiful Apek), Adam (Hans Isaac) dan Hamidah (Syanie) telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’. Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau Adam?
Jenuh gak pikir apa yang luar biasa nya citer ni. Luar biasa yang ingin di sampaikan oleh pengarah yang aku leh simpulkan ialah :
Farah yang cantik geboo memilih Husin yang kelabu asap sebagai teman idop nye instead of Adam yang tampan, macho terserta bergaya
Farah yang bekerja sebagai jurugambar di bandar besar memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar dan meninggalkan profession jurugambar nya.
Dalam citer ni anda boleh dapati banyak kes dan juga ada kedapatan adegan² yg terpaksa anda senyum kambing iaitu senyum senget sebelah dan berkata...alahaiiii
Elemen Hindustan memang tak dapat lari dalam citer-citer Rashid Sibir. Aura pilem Kuch Kuch Hota Hai ada dalam pilem ni.
Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai citer ni sebab yang lain-lain adalah biasa saja. Aaa ada satu lagi, kecantikan Langkawi Lagoon sangat luar biasa pada pemandangan aku. Teruja rasanya mau pi sana. Lokasi di Langkawai patut diberi pujian kerna menonjolkan keindahan pulau di Malaysia. Tak dapat di bayangkan sekiranya pulau yang cantik ini musnah dilanda tsunami.
*lalalalalalalalaaaaaaaaaaaa seiring dan sejalannnn seindah bunga di tamannnn*
No comments:
Post a Comment