Friday, March 02, 2007

KDrama : The Snow Queen (2006)




Synopsis

'The Snow Queen', its name was derived from Andersen’s novel, is a wonderful melodrama, depicting a love story between a poor boxer and a wealthy woman suffering from a disease. Seong Yu-Ri will star as Bo-ra who has protected herself after a long journey of fighting with a disease and Hyun-Bin who plays Tae-Woong becomes a boxer after suffering from an unexpected car accident. However, Tae-Woong finally becomes the bodyguard of Bo-ra

Cast : Hyun Bin , Sung Yu Ri , Im Ju Hwan , Yoo In Young

Total episode : 16

Credit : KBS , DramaWiki


Terdelay ulasan pasal citer ni sebab episode terakhir lom dapat di tonton lagi sebab tidak berjaya dimuat turun. Tapi tak pe yang penting ialah hero nya hehehe

Keseluruhan citer adalah mode sedih. Hero mengalami gangguan emosi yang tragis hingga menyebabkan dia putus harapan, putus asa, putus sudah kasih sayang sbb nanti dia lari umah tinggalkan mak dia sorang diri. Derhaka punya anak...hehe.

Alkisah citer nya begini ya.

Di suatu masa dahulu 8 tahun yang silam hero yang bernama Han Tae Woong adalah seorang genius matematik di sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang dalam matapelajaran sains. Dia punya genius sampai dia boleh detect soalan salah. Bukannya detect jawapan yang salah. So nanti dia ubah la soalan dan formula tersebut kepada yang betul yang mana tindakan beliau telah mengkagumkan cekgu kelasnya. Cekgu pun memuji Tae Woong di atas kepandaian nya dan ini telah membuatkan sorang lagi student genius berasa jeles. Student yang jeles tersebut sering mencari kesalahan Tae Woong demi untuk merampas gelaran pelajar paling genius dalam skolah dan sekali gus menjadi cowok idaman pelajar-pelajar pompuan.

zaman persekolahan

Dipendekkan citer, Tae Woong dan student yang jeles tu nanti berkawan baik. Dan mereka berdua dipilih oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah mereka dalam satu pertandingan matematik dunia World Championship Math apa tah. Dalam pertandingan tersebut Tae Woong telah berjaya menggondol pingat emas dan menjadi juara. Dalam pada pihak sekolah dan orang-orang kampong meraikan kejayaan Tae Woong, dalam hati Tae Woong rasa bersalah sebab dia berjaya beat kawan baik nya itu. Dan kemdian timbul la salah paham di antara mereka. Sahabatnya nya itu merajuk dan membawa diri yang lara akibat kalah dalam pertandingan matematik. Dan kemudian di temui mati eksiden.

8 tahun kini.

Han Tae Woong telah berhenti sekolah kemudian melarikan diri, meninggalkan mak dia sebatang kara dan menukar identity nya menjadi Han Deuk Gu di sebuah tempat baru (citer ni nnti banyak adegan org ni lari lepas tu org tu plak lari...brape banyak lari daa haha)

 
Kendian Deuk Gu menjebakkan diri dalam dunia tinju dan hidup nya tiada arah tujuan dan tiada wawasan. Dia hidup pon mungkin sebab dia tak mati. Di tempat tinggal barunya tiada sorang pon tahu yang dia dulu adalah pelajar paling geliga di sekolah *bole bikin batu cincin daa* Dan jadi la dia Han Deuk Gu seorang yang tidak terurus dan rupa macam orang tak siap.

Persoalan nya anda pasti tertanya-tanya kenapa kah Han Tae Woong menukar identity nya daripada seorang pelajar yang mempunyai masa depan yang gemilang lantas berubah menjadi seorang yang tidak siap dan serabai?

Jawapan selepas ini. Have a kit kat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe jawapan nya ialah Tae Woong rasa bersalah di atas kematian sahabat baik nya itu. Dia rasa dia adalah penyebab kepada kematian kawan nya itu sebab Tae Woong ada berkata 'sesuatu' yg kurang enak pada kawan nya masa depa bertekak sebelum kawan nya itu merajuk.

Apa kah yang di katakan oleh Tae Woong kepada kawannya itu? Jawapannya ialah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Anda saksikan sendiri citer menyayat hati ini. Tak de la menyayat hati mana pon sebab kedapatan pengulangan adegan yang biasa di lihat dalam kdrama yang lain.

So selama 8 tahun itu dia hidup tidak tenteram, hidup dalam keadaan bersalah, terkilan dan berdosa. Sehingga la dia bertemu dengan satu keluarga yang kaya ni di mana dia bekerja dengan keluarga tersebut sebagai drebar (ala A Love To Kill) Keluarga tersebut mempunyai soerang anak gadis di mana nanti Tae Woong syiok sama gadis tersebut.




Dipendekkan citer lagi al-kisah nya keluarga tersebut adalah merupakan keluarga kawan dia yang mati iteww yang mana dia pon sendiri terkejut bila dapat tahu. Sebab kawan dia tak penah citer pasal keluarga dia pada Tae Woong. Selepas menerima kejutan, Tae Woong pon cuba menjauhkan diri dari keluarga tersebut sebab keluarga itu turut menyalahkan 'kawan' anak dia yang pada pemahaman mereka adalah penyebab kepada kematian anak nya. Dan Tae Woong juga terpaksa memutuskan kisah chentar yang baru mau berputik itu.

Bagaimanakah kesudahan nya? Sama-sama la anda saksikan. Rasanya pasti ramai yang mau menyaksikan Hyun Bin dalam drama terbaru selepas suksesnya drama 'My Lovely Sam Soon'
Nama 'Deuk Gu' diguna pakai sebab kawan baiknya itu minat boxing dan mengkagumi ahli tinju Korea bernama Kim Deuk Gu. Di sebab kan kawannya tidak berkesempatan bersukan boxing maka Tae Woong meneruskan cita-cita kawannya dalam arena boxing. Dan juga sebagai tanda menebus dosa akibat kematian kawan nya itu.

Citer ni di adaptasi dari kisah Snow Queen oleh Hans Christian Andersen dan juga tribute kepada lagenda peninju Korea, Kim Deuk Gu.

OST dia pon bestSekarang mari kita lihat para pelakon nya pula


Hyun Bin sebagai Han Tae Woong / Han Deuk Gu

Tengok dia dalam citer ni mcm nak belikan gel rambut dan sikat rambut dia bagi kemas haha. Eh tapi nanti tak kena plak ngn watak. Dalam citer ni dia kurang senyum dan tak banyak cakap.



Sung Yu Ri sebagai Kim Bo Ra

Watak anak orang kaya yang arrogant, lonely dan berpenyakit. Citer Korea kalu tak budak kecik sakit musti heroin yang sakit kan hahaha. Gandingan yang kimia jugak dengan hero. Selain tu boleh lihat pesen baju dia, henbeg juga boot yang dia pakai. Cantik-cantik belaka.


Im Ju Hwan sebagai Dokter Suh Gun Woo

Watak dokter lagi...lapan lagi haha. Sekali pandang mcm muka keeper MU. Dua kali pandang macam muka dia. Best jugak lakonan. Dia ada blakon citer A Love To Kill gak. Yang mana satu ek? Tak perasan plak.

Yoo In Young sebagai Lee Seung Ri
Anak kepada boss pemilik gelanggang tinju yang syok sama Deuk Gu oppa.

Kalau nak tengok gandingan kimia antara Hyun Bin bersama Song Yu Ri, saksikan nanti citer ni yach

Akhir kata, majulah citer Korea di blog waiem ;p hehehe

No comments: