Synopsis
Ratna, plagued by horrific visions of ghosts, decides to return home to her village after leaving her mother, sister and best friend to start a life of her own. She believes that the journey home might cleanse her soul. Instead, the visions grow stronger and lead her into a soul searching journey which leads to the telling of a story left long untold.
Cast : Nasha Aziz (Ratna), Umie Aida (Ayu), Fahrin Ahmad (Mohsen), Syarifah Amani (adek kpd Ratna), Wan Maimunah (mak kpd Ratna)
Director : Osman Ali
Tammat sudah lagu selingan hehe
Ini hanya komen picisan dari kontek lens kaler biru penonton yang bayar RM9 untuk menonton pilem ni di wayang.
Sameri jalan citer
Ayu dan Ratna berkawan baik di kampong. Kemdian Ratna berpindah keje kat KL. Mak Ratna tentang hasrat Ratna mau keje kat KL sebab mak Ratna nak Ratna warisi perniagaan ikan kering dan belacan mak dia. Ratna degil pergi jua tinggalkan mak dia dan adik nya. Ayu sedih bila Ratna meninggalkan nya seorang diri di kampong.
Citer yang lain Ayu sedang berkasih dengan Mohsen lantas terlanjur dan Ayu mengandung. Sejurus lepas bersalin Ayu kehausan dan mati jatuh telaga sewaktu nak ceduk air telaga. Anak Ayu dijumpai oleh orang lain dan orang itu menjaga anak Ayu hingga besar. Besar lebih kurang dalam form 1, form 2 cam tu. Kemdian anak Ayu jatuh dalam laut dan mati lemas.
Demi cinta yang mendalam dan tidak sanggup berpisah dengan Ayu, Mohsen simpan mayat Ayu di dalam umah sampai la wajah Ayu jadi tengkorak sebab tagline cinta Mohsen dan Ayu ialah 'cinta kita cinta mati'
kredit gambar : Berita Harian
Ulasan jalan citer
Citer ni bertema kan kasih sayang. Kasih sayang 2 orang sahabat baik, kasih sayang pasangan kekasih yang tidak kesampaian, kasih sayang sorang ibu terhadap anak nya.
Citer ni juga mengundang banyak ke-konpius-an kepada penonton.
Di kala di dada-dada akhbar dan berita di tv tidak putus-putus menyiarkan kisah pembuangan bayi luar nikah secara tidak berhati perut, citer ini seolah-olah mengajak penonton melakukan hal yang sama. Berzina kemudian membuang bayi.
Makanya kisah cinta 2 pasangan tersebut tidak berapa menyayat hati walaupun tagline berbunyi 'cinta kita cinta mati'.
Mungkin ada yang spontan menjawab 'ha'ah pergi mati la kau...'
Antara dialog Mohsen pada Ayu
Mohsen : 'Ayu, lepas Ayu bersalin kita kahwin dan pergi dari kampong ni. Anak ni kita tinggalkan di sini'
Ayu : 'Kenapa nak tinggalkan anak ni?'
Mohsen : 'Tak boleh bawak anak ini nanti orang kampong cerca kita. Malu nanti'
Tidak nampak kenapa pasangan tersebut tidak dapat melangsungkan perkahwinan secara sah. Rasanya tiada masalah untuk mereka berkahwin. Dedua pun dah suka sama suka. Nak kata ada bantahan dari keluarga, tidak ditunjukkan. Nak kata berbeza taraf kedudukan keluarga juga tidak. Ya mungkin kerna hasutan Syaitan Tapi ada cara boleh menumpaskan hasutan syaitan. Jangan berdua-duaan di kalangan bukan muhrim di tempat yang gelap sebab nnti ada pihak ketiga ditengahnya. Memula nanti dia suruh pegang tangan kemdian ke adegan seterusnya la.
Adakah sekarang sudah menjadi trend pasangan kekasih mesti berzina sewaktu sedang berkasih? Mintak dijauhkan.
Di tambah dengan ke-konpius-an kenapa Ratna (Nasha Aziz) asek la di kacau oleh hantu anak branak itu. Apa kah kesalahan yang telah dilakukan oleh Ratna hingga tak henti-henti di kacau oleh hantu anak branak tersebut (lakonan Umi Aida dan anak dia)? Apakah dendam hantu anak branak itu terhadap Ratna? Apa kah yang hendak ditunjukkan atau di buktikan oleh hantu anak branak tersebut pada Ratna?
Rupannya hantu anak branak tersebut selalu mengganggu Ratna kerana Ratna telah mengabaikan ibu nya di kampong. Semasa Ratna nak pi keje kat KL Ratna tidak salam cium tangan ibunya untuk minta restu. Maka nya bagi pihak mak Ratna (lakonan Wai Maimunah) hantu anak branak itu pon kacau la Ratna. (Rujuk pada dialog Ratna dan hantu Ayu di atas batu tepi laut. Hantu Ayu marah Ratna sebab tak pi jengok mak dia setelah selama 7 tahun)
Ok itu sebab pertama kenapa Ratna di kacau hantu anak branak itu.
Sebab yang kedua Ratna di kacau hantu adalah kerana hantu tersebut amat rindu kat Ratna sebab kedua sahabat baik itu telah terputus hubungan selama 7 tahun. Ayu selaku orang kampong nak hantar emel mungkin tak reti. Nak mintak no telefon Ratna pada adek Ratna mungkin tak termintak-mintak sebab bizi mengandung anak luar nikah Mohsen. Makanya langkah terakhir Ayu nak sampaikan rasa rindu nya pada Ratna ialah dengan menjadi hantu. Bila dah jadi hantu senang nak terbang ke sana ke mari dengan sekelip mata ;p
Si Ratna pon satu, setelah sekian lama tidak bertemu ibunya, tempat pertama yang dia singgah kat kampong ialah umah lama mereka. Kata hanya nak tidur satu malam tapi membawak ke bermalam-malam. Siap beli dulang, mug, kuali, dapur, minyak untuk memasak di umah usang yang telah di tinggalkan selama 7 tahun. Tidak kah dia berasa rindu akan mak dia yang tidak berapa sihat di kampong? Patut pon di kacau oleh hantu...hehe
Seterusnya jangan ketinggalan saksikan citer ni bagi yang belom nonton. Kalau anda mau menotnon nya di wayang pastikan anda membawa makanan yang secukup nya untuk di kunyah untuk durasi masa 2 jam.
Dari segi rupa paras hantu agak menyeramkan jugak sebab boleh terbayang-bayang wajah hantu tersebut hingga keluar citer terutama kalu tinggal keseorangan di umah. Terperasan hantu tersebut main sembunyi ibu dan melintas-lintas di ruangan umah.
Moral of the stori, jangan sesekali menjadi anak derhaka yang mengabaikan ibu di umah / kampung. Sesekali tlefon la mak bertanyakan kabar. Cukup bulan masukkan duit dalam akaun mak. Jika tidak, anda akan di ganggu oleh hantu kaler biru. Tu la salah satu keistimewaan seorang wanita bergelar 'emak' di mana aura seorang ibu boleh menular pada hantu yang dapat menolong bagi ingatan pada si anak yang dah lama tak pulang ke kampong halaman waima time raya sekali pun. Hehehe.
Sekian ulasan dari aspek jalan ceritanya.
No comments:
Post a Comment