Wednesday, March 07, 2007

Filem : 13 Beloved (2006)



Synopsis
The film monitors to a challenging game show which everyone can play it everywhere. The players determine to accept some offers that the show provides; doing some tasks, and get big reward. The great amount of money will be increased as the tasks are accomplished. Too many levels of tasks await to be done from the easiest to the hardest tasks. It is very daring to do something you've never done in life before. But if you fail, you won't get anything back.
Starring : Krissada Terrence

Directed by : Chukiat Sakveerakul

Credit : 13 Beloved_Wikipedia , Laman web

Melalui bacaan beberapa artikel di laman web, pilem ini merupakan salah satu best thriller pilem Thailand dan dibuat dengan bijak. Pelakon utama nya turut memenangi award Best Aktor di atas kecemerlangan lakonan nya dalam ini pilem.

Citer ni bukan citer hantu ya. Citer ni bergenre psychological thriller and black comedy. Pilem ini diadaptasi dari sebuah game show 13th Quiz Show

Citer mengisahkan sorang mamat ni bernama Phucit (kalau mamat tu nama mamat jadi la 'seorang mamat bernama mamat' hehehe) yang mengalami masalah kewangan tahap cipan. Keje pon nak di berhentikan disebabkan prestasi nya kurang memberangsangkan. Mak kat umah plak salu tepon mintak duit.

Tengah pusing kepala dilanda masalah kewangan, satu hari dia terima phone call dari penganjur sebuah rancangan game show yang menawarkan wang 100 juta bhat kalu berjaya. Awalnya dia tammo layan tapi lepas dia cuba tugasan yang pertama dan berjaya dapat duit dia bertambah teruja Ella. Pihak penganjur pon pandai untuk mengumpan peserta supaya sertai game show tersebut. Untuk tugasan pertama, kedua, ketiga yang berjaya dia terus bank in kan duit dalam akaun itu jam jugak. Untuk tugasan seterusnya Phucit kena consistent buat sampai abis, kemdian baru akan dapat duit 100 juta bhat. Seme tugasan ada 13. Bunyik nya macam menarik bukan. Ikut je la apa yg dia suruh buat janji dapat duit. Bijik mata Phucit pon udah terjojol lambang RM eh Bhat sebab dia memang butuh uang kok (sambil nyanyi lagu duit duit di mana kau duit versi siam ;p)



Tugasan seme maha mencabar fizikal dan mental. Mari kita liat apa tugasan-tugasan nya :

Pertama – Bunuh lalat yang sedang terbang di depan mata Phucit. Lawak tang ni sebab tetiba datang lalat. Lalat remote control kot hahaha. Arahan semua dibuat melalui enpon. Lepas selesai tugasan Phucit dapat sms kata wang anda telah di bank in ke dalam akaun. Sila semak baki wang anda sekarang. Dengan pantas Phucit pi cek akuan bank dia dan ternyata sejumlah wang telah di bank in kan.

Kedua – Makan lalat yang di bunuh tadi dan wang Phucit semakin bertambah dalam bank

Ketiga – Pukul sorang opis mate yang paling dibenci

Keempat – Pergi sekolah tadika dan buat 3 orang budak menangis.

Untuk tugasan seterusnya Phucit kena habiskan tugasan sampai 13 baru dapat duit. Kalau berhenti separuh jalan dan hebahkan tentang game ini pada orang, maka Phucit akan disqualified dan tak dapat duit 100 juta bhat iteww.

Kelima – Curi duit pemintak sedekah

Keenam – Naik bas dan bergaduh dengan beberapa penumpang bas untuk dapat klue seterusnya

Ketujuh – Angkat mayat yang dah berulat keluar dari dalam telaga

Kelapan – Culik sorang nenek tua dari spital dan bawak lari

Ketujuh – Bunuh anjing ke lembu cam tu la

Kelapan – Buat ampai kain di tengah jalan raya. Contoh cam ni...amek dawai besi yang halus yang biasa org guna wat ampai kain dan ikat pada tiang letrik kiri dan kanan jalan raya. Kemdian mat-mat rempit akan lalu jalan raya tersebut dengan laju hingga boleh terpotong sikit kepala mat-mat rempit tersebut dan boleh la nampak otak-otak mereka berdarah.

Tugasan yang last sekali ialah tikam ayah dia sendiri. Adakah Phucit sanggup nak tikam ayah nya demi untuk 100 juta bhat? Jawapannya ialah...jeng jeng jeng
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Kalau anda tammo spoiler berhenti baca takat ini saja ye
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Jawapan nya adalah Phucit tak sanggup nak tikam ayahnya TATAPI sebalik nya…sebaliknya ya tuan-tuan dan puan-puan...SEBALIKNYA...bapak dia plak yang tikam Phucit dan menang 100 juta bhat itu. Tak boleh harap nye bapak. Harap kan tin, tin makan beskot. Paling mengejutkan game show tersebut 'dimainkan' oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 10-11 tahun. Kui kui kui.

Jadi anda saksikan la citer ni nanti sebab citer ini sememangnya best. Di samping bole menambahkan pemahaman anda tentang apa itu 'dark comedy' atau 'komedi gelap' bagi yang masih kurang paham hehe

Sekian. Sawadikap ;)

No comments: