Thursday, June 28, 2007

KDrama : Queen of the Game (2006)




Synopsis

23 years ago, Kang Eun Seol's father, Kang Jae Oh, stole the position of Lee Shin Jun's father. This led to Lee Shin Jun's father to commit suicide with his wife and son. Now 23 years later, Lee Shin Jun, also known as Chase, wants revenge and isn't going to stop until he gets it. He makes Kang Eun Seol fall for him, so that he can get to her father. But there is a twist, Lee Shin Jun has also fallen in love with Kang Eun Seol, but Lee Shin Jun's partner, Park Joo Won loves him too... Later Eun Seol finds out about Shin Jun's revenge plot against her father and she decides to get revenge on him for using her..


Cast : Joo Jin Mo , Lee Bo Young , Choi Joon Yong , Kim Soo Hyun


Total episode : 20

Credit : DramaWiki, SBS, Soompi



antara lokasi penggambaran di New Zealand...ada beberapa krew LOTR turut membantu sewaktu penggambaran di sana



Citer ni kan ada 3 faktor menarik yang membuatkan ianya sebuah citer yang best di kaca mata saya

Faktor pertama jalan citernya.

 1. Mengenai kasih sayang dan cinta bisa merobohkan dendam kesumat yang telah sekian lama terpendam di lubuk hati.

2. Sifat dendam boleh berjangkit. Oleh itu elakkan berdendam dengan orang. Orang ni dendam orang tu, orang tu dendam orang ni sampai ke sudah tak kan tamat.

Babak 1
Mengisahkan hero bernama Lee Shin Jeon yang mahu membalas dendam pada bapak heroin yang telah merampas hotel bapak hero suatu ketika dahulu. Cara dia ingin merampas hotel tersebut ialah dengan menjalankan permainan (game) iaitu purak-purak jatuh chentar dengan heroin. Bila heroin comfirm telah feeling-feeling tangkap cintan sama hero lantas hero pon mahu meninggalkan heroin seperti mana rencana asal hero. Tatapi di kala hero mahu meninggalkan heroin, dia mendapati hati nya berat mahu meninggalkan heroin kerana dalam diam ropanya dia juga telah kuch kuch hota hey jugak sama heroin. Maka demi cinta dan kasih sayang hero terhadap heroin, hero telah berkorban dan men-delete perasaan dendam terhadap bapak heroin sekali gus menggugurkan rencana dendam yang telah diatur selama ini. Begitu la sebaik nya. Buangkan lurah-lurah dendam yang ada di dalam hati.


Babak 2
Di kala hero berubah mahu menjadi seorang yang baik lagi bertanggungjawab, heroin pula berubah sikap daripada seorang yang lemah lembut, penyayang menjadi seorang bengis dan membenci hero. Berlaku lah game di kalangan Queen pula. Babak 1 tadi King yang memainkan game. Sekarang giliran Queen plak (tapi Queen Latifah tiada ye dalam ini gambar hehe) Heroin terpaksa memilih di antara satu. Untuk bersama bapaknya kah atau kekasih hati nya kah (hero ngn bapak heroin tidak boleh bersama sebab kutub magnet depa sama...bila dok dekat cas nya akan menolak antara satu sama lain)

Maka heroin pon telah memilih untuk bersama bapak nya yang telah membesar dia selama ini. Meraung la hero sekejap kerana heroin menolak cintanya walhal dia telah menjadi seorang lelaki yang baik dan juga telah memaafkan bakal bapak mentua nya. Perubahan sikap heroin adalah kerana kehadiran orang ketiga yang menentang keras hubungan hero dan heroin. Orang ketiga tersebut ialah mak hero (apa saja ada orang ketiga kacau daun plak)

Babak 3

Penentangan keras mak hero terhadap hubungan anaknya dengan heroin adalah kerana mak hero dan bapak heroin pernah menjalani hubungan intam suatu ketika dulu.

Demikian lah rangka jalan cerita nya. Boleh dikatakan menarik jugak la. Kalau jalan citer dia tak menarik pon, buat-buat la menarik sebab hero dia menarik perhatian haha



scene wajib ada dalam setiap kdrama hahaha...adegan menggosok gigi tapi yang ni kelihatan sweet...gambar juga boleh diguna pakai untuk iklan ubat gigi cap bapak dan anak...tak pon berus gigi cap bapak dan anak hahaha




Faktor kedua kedua OST

 
Selepas OST My Girl saya ternanti-nanti citer seterusnya yang mempunyai OST kdrama yang mempunyai banyak lagu-lagu best. Dan ini lah drama nya. Susunan muzik dia gempak ala-ala okestra gitew.

Kesimpulan nya bolehlah dikatakan industri seni Korea semuanya berjalan seiring dan sejalan seindah bunga ditaman. Seni lakon merangkumi seni drama dan seni pilem. Seni muzik pula merangkumi seni nyanyian dan seni mencipta lagu. Gubahan lagu mesra telinga walaupun tak faham sepatah haram bijik butir nya

Macam kalu kat bollywood industri lain yang turut berjalan seiring dan sejalan dengan industri filem mereka ialah kilang kain, kedai jual labuci, kedai jahit baju dan labuci, kelas tarian dan yang sewaktu dengannya hehe.

Faktor ketiga kerana hero nya ;p

 
Cukup pakej, cukup rasa perisa rempah ratus wataknya dalam citer ni haha. Saya cukup berpuas hati malah lebih dari itu. Daripada watak hingga ke rupa paras sangat memegunkan mata yang memandang ;p ekekekek Hero dan heroin juga sangat kimia.

Para pelakon nya pula :


Joo Jin Mo as Lee Shin Jun / Chase

Kalau Pian Cecupak tengok hidung dia ni mesti makan hati haha



Lee Bo Young as Kang Eun Seol. Watak dia kali ni berjaya memikat saya.



Choi Joon Yong as Kim Pil Seo


Kim Soo Hyun as Park Joo Won



Mak kepada hero sekalu pihak ketiga yang menentang keras hubungan anak dan bapak menantu nya


Ini pula anak kepada hero. Cute kan mcm kartun Tweety hehe. Citer lain lakonan budak ini ialah Mr. Goodbye.

Siapa yang belom menonton citer ni disarankan lah menonton dan anda mungkin boleh turut jatuh cinta terhadap keseluruhan citer hero nya seperti saya...hehehe ;p

Selamat menonton!

No comments: