Tuesday, May 26, 2009

KDrama : When It's At Night (2008)







Synopsis

Kim Bum Sang was a university arts instructor who got passed over for promotion due to lack of family connection. He specialized in examining archeological treasures and all he wanted was to make a name for himself and get ahead in this world. Heo Cho Hee worked as a supervisor at the Cultural Heritage Administration in the hope that it would help her find her father who was a treasure hunter-thief and had been missing for 7 years. The story evolves art thefts and how these two clashes in their pursuit.
Total epsiode : 17

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/When_It%27s_At_Night, BON Fansub





Citer ni ala-ala misteri sikit ya. Misteri Hong Gildong. Penuh saspen dan seprais dalam mode komedi. Jika anda peminat Kim Sun Ah dan Lee Dong Gun, jangan ketinggalan menyaksikan drama ini. Gerenti puas hati


Lagi satu suka cite ni sebab banyak sebut Hong Gildong. Tingat ke Hong Gildong sorang lagi kekeke

Kisah jalan citer nya...zasssssssss

Kisah 1

Cite mengenai barang-barang seni negara yang berharga yang dicuri oleh seorang pencuri handalan pada 7 tahun yang lepas. Barang-barang seni yang dicuri itu dipercayai dijual secara haram kepada ahli korporat yang hartawan yang makan di pinggan dan minum di cawan. Hartawan itu sangat minat kepada benda-benda seni berharga ini. Maka dia pon simpan barang-barang seni itu secara senyap-senyap. Pihak polis nak tangkap tapi tiada bukti kukuh.


Kisah 2
Kemudian barang-barang seni yang dicuri itu kemudian nya dipulangkan kembali ke muzium negara satu per satu oleh seseorang yang beridentiti rahsia lagi misteri. Pencuri misteri atau identiti rahsia itu diberi gelaran Hong Gildong. Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari siapakah Hong Gildong itu. Dalam masa yang sama pihak berkuasa berterima kasih pada Hong Gildong kerana telah memulangkan balik barang-barang seni berharga negara itu. Dan dalam masa yang sama nak tangkap jugak Hong Gildong sebab telah mencuri khazanah negara yang dicuri. Kenapa dia memulangkan kembali harta-harta antik negara itu? Kenapa dia tidak menjualkan saja barang-barang seni itu dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dan simpan wang itu seorang diri? Mungkin boleh joli wang itu sorang diri. Wae? Wae? Ye, "wae" lah persoalan nya.

Namun, Hong Gildong sangat licik dan sukar dikesan. Dalam pada licik itu, Hong Gildong ini lupa dengan satu pepatah Melayu iaitu
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
Ye lah kalau tak jatuh ke tanah ju amaka tak habis la citer ni sampai bila-bila, ye tak? Lagi pun mana lah Hong Gildong tahu akan pepatah itu sebab dia bukan Melayu. Kekeke

Lagi kisah
Hong Gildong



siapa iteww?


Kisah 3

Heroin iaitu Heo Cho Hee mempunyai sorang ayah yang telah menghilangkan diri 7 tahun. Ayah dia ni seorang pencuri tegar. Kalau dia tak mencuri dalam 1 hari, akan menggigil la seluruh badan dia. Tapi ayahnya ada hasrat untuk insaf tapi tatau bila. Asek mintak tangguh je nak insaf dari mencuri sampaikan anak-anaknya fedap. Satu hari ayah itu menghilangkan diri meninggalkan heroin dan adik lelaki nya. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, ayah nya lah yang mencuri 7 harta negara itu. Heroin bagaimana pon masih mengharap kepulangan ayahanda beliau di hari raya dengan selamat walaupun dalam hati marah, geram dan hampa dengan sikap bapa nya. Beliau bekerja di Cultural Heritage Administration untuk mencari dan menangkap ayahnya.

Adakah ayahnya masih hidup?

Siapakah Hong Gildong yang sebenarnya?

Saksikan la sendirik

Para pelakon terdiri daripada :


Kim Sun Ah as Heo Cho Hee

Lakonan dia seperti biasa la gedebas. Tapi tak selawak Samsoon. Lawak dia terkawal. Mungkin sebab watak dalam citer ni sebagai pegawai tinggi di Cultural Heritage Administration. Beliau juga mempunyai seorang adik lelaki. Jadi dia kena tunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda seperti adik nya


Lee Dong Gun as Kim Bum Sang

Dalam citer ni dia sebagai pakar dalam melihat barang antik asli atau palsu. Jadi jangan nak propa sama dia. Dia boleh detact dengan kemahiran yang dianugerahkan kepada beliau.

Sebenarnya nak tengok dia ni jugak. Watak ni dia dapat semasa beliau masih dalam mode berkabung lagi kerna adik dia mati kena bunuh di Ostolia. Ingatkan akan bercuti dari berlakon bagi menenangkan hati dan perasaan tetapi tidak. Kerja tetap kerja. Walaupun tidak nampak kesedihan itu tetapi rahsia di hati tak siapa tahu. Umpama penyu menangis tak siapa tahu. Budak-budak jaman sekarang ni, gado sket bunuh, gado sket tikam. Aigoo 


Kim Jung Hwa as Wang Joo Hyun

Lama tak nampak dia ni. Dia ni pon best di sini.


Lee Joo Hyun as Kang Shi Wan

Oh dia ni. Ternanti-nanti drama baru beliau. Dah aim dah dia ni dalam
Sepai Manis. Ternyata puas hati. Malah lebih dari itu. Hehe


Park Ki Woong as Heo Gyoon (Cho Hee's little brother)

Sebagai adik Heo Cho Hee. Seorang yang diam-diam ubi berisi. Dia adalah kejutan dalam drama ni. Hehehe. Sepraissss



 

Dalam drama ni dia panggil Kim Bum Sang "brother in law" Kakak dia marah sebab belom konpem jadi abang ipar. Lantas dia memahami perasaan merana Hong Gildong yang tak boleh panggil "ayah" pada ayahnya sendiri. Hehehe


Part samseng White Hair ni pon klako gak hahaha


OST


Yang meletop 4 lagu ni :

03. sarang tam hum - Buga Kingz (Sedap gak suara dia ni. Group ni yang nyanyi lagu Siren)
04. nae ggoom ee yuh - M To M
05. Happy Rain – Oliver
06. woo seub ji - SG Wanna Be

No comments: