Wednesday, May 27, 2009

Majo Saiban - Episode 1


Ada orang suka membaca tapi tak suka menonton

Ada orang suka menonton tapi tak suka membaca

Ada orang berpendapat dengan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan

Ada orang berpendapat menonton drama hanya membuang masa

Tapi tahu kah anda, dengan menonton drama juga kita sebenarnya "membaca"?

Satu, ya membaca sarikata, of kos...hehehe

Kedua, kita membaca apa yang 'dibaca' oleh penulis skrip. Seumpama membaca novel dalam versi bergerak. Kebanyakan penulis skrip Jepun dan Korea mereka membaca, mengkaji, membuat homework sebelum menulis skrip tentang sesuatu topik yang ilmiah dan infomatif.

Jadi, jika anda rasa gusar dan khuatir sebab anda kurang membaca tetapi banyak menonton drama Jepun dan Korea, padamkan rasa gusar anda berdasarkan teori waiem belogsepot ini. Ajaran datang daripada mana la ni. Ya, ini lah ajaran blogger tegar drama Korea dan drama Jepun sikit-sikit. Drama Jepun tengok hero...Kekekeke

Tiba-tiba datang idea nak tulis mengenai teori di atas selepas menonton episode 1 drama ini. Dalam drama ni kita belajar mengenai 'Lay Judge'. Siapa kah 'Lay Jugde' ini? Terus google mencari

Menurut Encik Wiki, Lay Judge ialah 'the law which requires selected citizens to take part in criminal court trials of certain severe crimes and make decisions together with professional judges both on guilt and on the sentence. These citizens are called "Saiban-in" (lay judge). Saiban-in are randomly selected out of the electoral register. In most of the cases the judicial panel is composed of six Saiban-in and three professional judges. In cases where there is no substantial dispute over guilt, the panel will be composed of four Saiban-in and one professional judge'


*Ngiat enson matakaji semer ngiseng* Kes pembunuhan di buka


Antara calon-calon yang hadir untuk menjadi Lay Judge. Mr. Oren-ji itu saspen nak tahu apa kes yang akan mereka terima


Kes itu ialah kes bunuh yang berlaku pada tahun lepas


Sebelum terpilih menjadi Lay Judge, setiap orang awam akan di interbiu dulu


Nak tiset jugakkkk. Nama dia Mr. Oren sebab masa terpilih jadi Lay Judge dia pakai tiset oren hehehe


Antara mereka yang terpilih menjadi Lay Judge. Terdiri daripada orang awam yang pelbagai latar belakang. Ada pakcik tua tu, ada minah keberet, ada cekgu, ada student law, ada cik abang designer tu


Seterusnya, bagaimana nak tentukan tertuduh bersalah atau pon tidak?


Sistem nya begini ya. Ada 3 Judges professional, 6 Lay Judges utama dan 2 Lay Judges di bangku simpanan. Lay Judges di bangku simpanan ni hanya mendengar saja tapi tak boleh berbincang. Lay Judges simpanan ni hanya berfungsi untuk mengganti 6 Lay Judges utama kot-kot depa last minit sakit ke tak leh join, kot-kot mati ke dan sebagainya.


Mereka 9 Judges akan duduk berbincang kes togede-gede hingga depa mencapai kata persetujuan


Keputusan di buat berdasarkan undian majoriti


Contoh, Afundi Tidak Bersalah vs Afundi Bersalah


Keputusan nya ialah, eh sarikata dia konpius


Sesi First Trial, kes pembunuhan Presiden Tojo


Yang dituduh mengaku tidak membunuh


Phewittt..penuh penghayatan. Jari jemari dia macam pompuan ek. Yang halus yang mulus gitu...kekeke


Judge based on evidence presented in the court


Kekeke...part ni lucu sikit. Dia pon pelik kenapa dia dissappointed padahal dia dah ada aweks


Ni la aweks dia


Drama ni agak saspen dan misteri sebab semua aksi Lay Judges itu di rakam di CCTV dan akan ada orang yang peratikan mereka. Misteri sungguh. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri


Wajah penenang yang boleh menghilangkan debaran misteri...kekeke

Okay basically drama ni mengenai Lay Judge (Saiban-in) ni lah. Bagaimana mereka akan merungkaikan kes pembunuhan itu. Drama ini drama pertama yang menekel isu sistem baru Lay Judge di Jepun.

Sekian pengenalan dalam Episode 1

Credit : http://wiki.d-addicts.com/Majo_Saiban , Tomalicious fansub

No comments: