Wednesday, October 03, 2007

KDrama : Air City (2007)




Synopsis :

There is a national border that links the Korean peninsula to countries all over the world.Incheon International Airport.

Tens of thousands of passengers, thousands of tons of freight, and hundreds of airplanes that take off and land at this place. With 30,000 airport employees working to keep the airport open 24 hours a day, the place even has its own mini government as 21 government agencies are located on the airport premises. Airport is more than just an airport: It is a small city. Just like how one airplane part is essential to the safety of the whole flight, every single person who works at Incheon Airport plays an important role in handling the airplane take-offs and landings. "Aircity" is a story about these dedicated people.


Cast : Lee Jung Jae , Choi Ji Woo , Lee Jin Wook , Moon Jung Hee

Total episode : 16

Credit : DramaWiki , Hancinema


Sebuah drama mega budget menelan belanja dalam USD 6 million, pelakon utamanya bertaraf mega star tetapi sambutan terhadap drama ini agak mega mendung sedikit di Korea. Orang kat Korea pon kureng berminat menonton drama seperti ini. Boleh lihat pada rating drama ni yang kureng memberangsangkan.

Mungkin jalan citer nya straight forward sedikit, kurang diminati. Inipati nya pon kita boleh agak lepas ni akan jadi apa dan seterusnya. Dan bukannya kisah cinta 2 pasangan merpati 2 sejoli yang dipenuh dengan adegan ngorat mengorat yang manes dan cute hehe. Kisah cinta dalam drama ni agak kaku sedikit sebab masing-masing sibuk mahu membenteras jenayah sebagai fokus utama.

Drama ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIA) dan penggambaran 85% dilakukan lapaangan terbang itu sekaligus mempromosikan IIA yang terletak di Bandar Incheon, kira-kira sejam perjalanan menaiki motokar dari Seoul.  


* kalu naik kereta sekejap saja sampai tuanku *

Dahulu lapangan terbang yang diguna pakai adalah Gimpo (Kimpo) Airport yang terletak di Seoul. Sekarang Gimpo Airport hanya untuk penerbangan domestik saja. Macam kita la dari Subang Airport ke KLIA.



penyeksaan buat CJW melakonkan watak ni...pakai kasut tumit tinggi kehulu ke hilir menjalankan tugas di sebuah lapangan terbang yang besar lagi luas...cukup setahun keje bole dapat sakit tulang belakang...kita yang tengok pon seksa mata...hehehe


Kisah mengenai operasi setiap jabatan di IIA melaksanakan tugas mereka. Merangkumi jabatan yang utama hingga ke jabatan pembersihan bilik air. Masing-masing ada peranan tersendiri demi memantopkan imej IIA. Sekiranya berlaku kesalahan dan jenayah bagaimana langkah-langkah diambil untuk mengatasi nya. Bagaimana mereka mengawal selia tahap keselamatan penumpang di lapangan terbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini dan sebagainya. Antara kesalahan yang lazimnya akan terjadi lapangan terbang yang dipaparkan dalam drama ini ialah seperti pemalsuan paspot, penyeledupan dadah, panggilan telefon bom palsu, import eksport wang palsu, individu yang disenaraihitamkan dari memasuki negara atas kesalahan jenayah yang tidak dapat maafkan, kisah pembunuhan terancang dan lain-lain kesalahan yang sewaktu dengannya.

Jika anda telah menonton citer ini dan kemdian berpeluang ke IIA, anda boleh la imajin ooo kek sini depa sunting drama dan kalu dapat setiap sudut IIA anda mahu terokai seperti seorang jakun seperti ada orang tu tempoh hari ;p tehehehe. Dan kemdian berharap terserempak la hendaknya dengan unit-unit penggambaran drama di IIA hehehe. Sebab boleh kata 80% adegan di lapangan terbang akan ada dalam kdrama. Kejap org ni nak pi obersi, kejap orang tu pulang dari obersi. Walaupun adegan nya hanya beberapa minit tetapi penggambaran di ambil kira demi untuk me-real-kan setiap mood dalam drama. Kadang-kadang kita plak rasa adegan ni tak perlu sebab ciput sangat tak jejas pon jalan citer, tetapi mereka (para krew) tidak merasakan sedemikian rupa. U all ada perasan tak? Saya ada perasaan. Adegan dalam jamban pon ada banyak dalam kdrama sekarang ni kan hahaha



gurau senda membawa bahagia...

Sekarang mari kita saksikan para pelakon yang dipilih untuk menjayakan drama mega budget ini. MBC yang banyak buat drama mega budget ni. Ramai sungguh pelabur-pelabur mereka ini. Terbaru drama sejarah 'The Legend' lakonan hero Winter Sonata juga melibatkan budget yang tinggi dari MBC.

Perancangan awal drama ini adalah sebanyak 60 episode yang akan diudarakan secara berperingkat sebanyak 3 peringkat. Peringkat pertama sebanyak 16 episode. Telah di potong 4 episode sebab rating kurang memberangsangkan. Peringkat kedua dan ketiga ontah bilo bergantung pada bajet kot. Sebab tu ending peringkat pertama mengecewakan. So usah gundah gulana, mereka pasti bersatu juga di peringkat yang seterusnya. Ahaks.




Lee Jung Jae as Kim Ji Sung

Hero Il Mare dan juga Typhoon. Tak banyak blakon drama. Selepas menyaksikan beliau dalam Typhoon, saya berharap agar adalah hendaknya orang casting dia untuk drama. Dan ada juga. Ini la drama nya. Yiehaa. Dan saya begitu sekcited mahu menyaksikan drama ni. Hero Korea ramai yang taste kan. Rambang mata dibuatnya. Hahaha

Beliau sebagai ejen rahsia kerajaan NIS (National Investigation Service) kalo tak silap. Sangat lah cocok watak ini dengan beliau.



Choi Ji Woo as Han Do Kyung

Lakonan terbaru dari Miss Choi. Sebagai ketua bahagian operasi. Boleh bercakap 5 bahasa. Departmen dia akan berkolaborasi dengan NIS bagi menyelesaikan masalah. Dari situ mereka sering bertemu hingga timbul perasaan kuch kuch hota hai di antara mereka berdua. Tempat dating utama di lapangan terbang.

Saya rasa muka dia terlebih 'plastik' dalam citer ni...hehe



Lee Jin Wook as Kang Ha Joon

Hero kedua Smile Again. Dalam citer ni perwatakan dia sangat cute hehe. Dia ni keje di bahagian kawalan keselamatan. Ada menaruh hati pada Cik Han Do Kyung tapi Cik Han Do Kyung plak syok sama Encik Kim Ji Sung. Maka dia redha dengan pilihan Cik Han. Sebab dia sedar Encik Kim tergolong dalam kategori ensem manakala dia dalam kategori comei hehe. Tapi kalo mereka ber-couple sangat tidak secocok sebab beliau ini kelihatan lebih muda dari heroin on skrin.



Moon Jung Hee as Seo Myung Woo

Sebagai dokter di hospital IIA. Bekas kekasih Encik Kim Ji Sung.



Sorang lagi aktor taste yang digilap dalam drama ni...ahaks

OST
3/5. Tak dapat nak kesan ke-best-an lagu-lagu dia.

Citer ni akan ditonton kalu kita minat ngn pelakon utama nya. Dan tarikan utama yang akan menarik orang menonton citer ni saya rasa pada heroin Winter Sonata ini. So kalo anda peminat Choi Ji Woo pastikan anda menonton citer ni.

No comments: