Saturday, September 29, 2007

KDrama : The Person I Love (2007)



Synopsis :
 
Yoon Seok Joo is a producer who abandons his wife, Seo Young, to attain success. They have a daughter together but he later betrays Seo Young when he marries a rich man's daughter, Lee Jung Min. Lee Sang Min is an owner of a film company and is a new film director. He is also Jung Min's half brother. Sang Min will be a rival to Seok Joo in work and in love for Seo Young. Yoon Hyun Joo lost her dad at a young age and went through serious hardships and became a successful architect and is Seok Joo's sister. This drama is also about the lives of five siblings.
 


Cast : Kim Dong Wan , Han Eun Jung , Jp Dong Hyuk , Hwang Jung Eum

Total episode : 20

Credit : DramaWiki

Siapa yang mahukan kelaian, bertukar angin, bertukar genre citer, mahukan citer yang 'mencabar', boleh la menonton citer ini. Sebuah citer yang sungguh mendera perasaan dan emosi anda. Meragut ayor mata yang terlampau. Cewah meragut tu haha. Geram, sakit hati, benci, simpati, sedih teramat akan anda alami sewaktu menonton citer ni kecuali gelak ketawa. Saya rasa ini kdrama yang paling 'kejam' pernah saya tengok. 'Kejam' sebab menyeksa emosi penonton. Ada beberapa adegan rasa macam nak baling remote sekuat hati ke tv sampai pecah sebab geram teramat. Di samping beberapa carutan lite-lite akan terkeluar dari mulut anda. Hahaha...very de u all citer ni.

Hampir putus asa mahu menonton citer ni sampai episode 6 sebelum ke Korea. Ingat nak KIV dulu. Sebab awal citer very de slow motion, meleret, berkecamuk dengan satu per satu masalah sebelum ke intermission. Biasala kan drama Korea kalu yang bukan komedi akan lembab dan meleret sebelum plot-plot berkembang dan menarik. Kemudian sewaktu di Korea bukak channel tv ternampak wajah hero ni. Bukak channel sebelah muka dia lagi. Esok nya bukak tv lagi muka dia lagi ada kat tv. Kesimpulan nya saya kata mamat ni popular rupanya di Korea.

Balik Mesia sambung balik tengok sampai abis. Keseluruhan nya boleh tahan best juga citer ni.


Citer mengenai 5 adik bradik yang kematian ibu bapa sewaktu kecil. Ada yang terpisah sebab menetap bersama keluarga angkat tapi masih berhubung antara satu sama yang lain. Dalam adik bradik pasti ada yang degil, tak dengar kata. Biasa yang bongsu la kan yang selalu degil yang akan mencabar tahap kesabaran abang dan kakak nya. Kedudukan ekonomi adik bradik ini juga hanya cukup-cukup makan saja.

Fokus utama citer pada kisah Abang Ngah. Abang Ngah paling berjaya di kalangan adik beradik yang lain. Berkelulusan tinggi sebab dia seorang yang pandai di kolej dan lantas mempunyai kerja yang bagus selepas graduasi. Adik bradik yang lain turut berasa bangga. Abang Long pon gembira kerana pengorbanan yang dia lakukan selama ini berjaya. Abang Long telah bekerja keras untuk mempastikan adik-adik nya berjaya walaupun dia terpaksa berhenti sekolah demi untuk menyara adik-adik nya itu.

Abang Ngah ada seorang awek, Miss A (bukan nama sebenar) yang dikenali selama 10 tahun sejak di bangku sekolah. Mereka juga telah sepakat sehati sejiwa untuk hidup bersama bila masing-masing telah mempunyai cukup wang. Miss A ini juga turut membantu membayar yuran kolej Abang Ngah. Hubungan mereka direstui keluarga. Miss A merupakan yatim piatu dan seorang wanita yang berhemah lagi sopan santun. Oleh itu dia disenangi oleh adik bradik Abang Ngah. Mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Satu hari Miss A terhamil dan seluruh ahli keluarga turut meraikan nya. Abang Ngah dan Miss A berhasrat untuk daftar perkahwinan mereka secepat mungkin. Belom sempat mahu daftar kawin, satu musibah telah melanda. Abang Ngah telah dingorat oleh seorang perempuan cantik lagi kaya raya. Perempuan cantik ini, Miss B (nama samaran) sudah terpikat sama Abang Ngah dan mahu mengorat Abang Ngah sampai dapat.

Miss B tanya pada Abang Ngah "Adakah kau sudah berkahwin?"

 
Abang Ngah jawab "Belom"

 
Miss B "Kalau begitu boleh lah aku mengorat kau ye?"

 
Abang Ngah diam. Dalam diam rasa bersalah bersarang di hati. Rasa bersalah terhadap bakal isteri nya sebab dia telah membuka jalan pada diri nya untuk dipikat oleh Miss B.




Dipendekkan citer, Syaitan telah mengusai seluruh badan Abang Ngah sehingga dia berkelakuan di luar batasan norma-norma manusia biasa. Abang Ngah yang pada awalnya seorang yang baik, bertanggungjawab, mesra tiba-tiba berubah menjadi manusia yang tidak berhati perut, zalim, kejam terhadap insan-insan tersayang yang berada di sekelilingnya.

Abang Ngah telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Miss A dan keluarga untuk berkahwin dengan Miss B sebab Miss B seorang yang kaya. Alasan Abang Ngah dia sudah tidak sanggup untuk hidup di dalam kesusahan dan kemiskinan. (Ciss cipan punya jantan)
Ok nak kawin satu hal, kemdian Miss B hasut Abang Ngah untuk ambil anak dari Miss A. Maka perebutan anak pun berlaku. Sangat kasihan melihat Miss A macam orang gila dan meroyan bila anak nya di rampas oleh bekas kekasih yang dahulu nya penyayang kni telah bertukar ganas dan tidak berhati perut seperti tentera Serbia hanya kerana WANG.

Tapi orang macam ni hidup dia tak bahagia sebenarnya.

Abang Ngah tidak bahagia. Dilubuk hati dia masih sayang pada Miss A. Tak paham sebenarnya apa yang dia mahukan dalam hidup. Adakah wang ringgit, kedudukan tinggi, jawatan besar akan memberi kesenangan walhal dilubuk hati yang dalam jiwa nya merana dan kacau. Walaupun dia cuba nak sorok tapi ketidakbahagiaan jelas terpancar di wajah.

Miss B juga tidak bahagia. Dia tahu perbuatan dia salah tapi dia buat jugak. Mungkin sebab kaya menjadi kan dia ego apa dia nak mesti boleh dapat tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Tapi jiwa merana buat apa. Miss B mempunyai keluarga yang bermasalah. Mak ngn bapak dia tinggal di bawah satu bumbung tetapi dibilik berasingan. Mak dia benci pada bapak dia tapi tidak bercerai. Bila bapak dia bercerai mungkin akan kehilangan harta dan pangkat. Tak paham ada orang boleh hidup dalam keadaan macam ni.

Pelbagai konflik masalah kehidupan manusia cuba dipapar dalam citer ni.





Kim Dong Wan as Yoon Seok Joo

Merupakan penyanyi kumpulan Shinhwa. P
atut pon glamer. Penah dengar nama kumpulan ni tapi tak kenal ahli kumpulan.
 
Sebagai Abang Ngah. Watak yang dia dapat ni boleh kata berat sebab banyak bermain dengan emosi dan perasaan dalam seperti jiwa tidak tenteram, mulut cakap lain tapi hati cakap lain. Senang cakap macam kena rasuk setan lah. Nak berundur tidak boleh sebab pilihan sudah dibuat. Terus ke hadapan dengan melukakan hati ahli keluarga tersayang.




Han Eun Jung as Kim Seo Young

Sebagai Miss A. Selalu nya watak kedua. Kali ni dapat watak utama. Watak dia ni pon berat jugak. Banyak menangis dan meroyan tapi dalam masa yang sama kena kuat dan tabah. Kalau tak silap-silap boleh jadi gila. Ye la orang disayangi berubah sekelip mata. Yang tambah haru hero tak kasi dia kawin dengan lelaki lain. Tak ke macam cipan tu. Ko sendiri yang membuang hak milik kekal tetiba nak marah dan hangin satu badan bila pompuan yang ko buang berdeting dengan lelaki lain. Anak ko rampas lagi... * &&&^%@# tengkorak * sabar sabar bulan posa...hehe





Jo Dong Hyuk as Lee Sang Min

Faktor pendorong nak tengok citer ni sebab nak tengok dia ni sebenarnya hehe. Bagaimanapun saya nak masukkan dia dalam senarai kategori hero-hero kayu Korea pilihan waiem hahaha. Dia ni jatuh nomo 2. Nomo 1 ialah hero The Devil. Nanti kita stori The Devil aka Mawang. Ala hero Princess Hours tu la. Kehkehkeh.





Hwang Jung Eum as Lee Jung Min

Sebagai Miss B. Dia memiliki sikap jahat, kering hati, tidak berhati perut dari mak dia. Mak dia merana dan tidak mengecapi kebahagian selama 30 tahun kawin dengan bapak dia. Mak bapak masing-masing ego tammo beralah. Tapi tidak salahkan dia sepenuhnya jugak sebab bila dia tanya lelaki tu lelaki itu mengatakan belom berkahwin. Konflik dan konflek. Kalau tak, tak jadi le drama ni kan.





Park Eun Hye as Yoon Hyun Joo

Dia ni sebagai adik nomo 3. Dia pon ada konflik jugak dengan keluarga angkat dia. Abang angkat dia syok kat dia tapi hubungan tidak direstui oleh mak lelaki sebab mak lelaki tu dah anggap dia sebagai anak betol. Adik bradik mana boleh kawin. Begitu la pemikiran mak angkat tu. Maka berusaha la mereka untuk mendapat restu dari mak itu.




Abang Long yang banyak berkorban pada adik-adik. Juga selaku Jaksa Pendamai terhadap masalah adek-adek nya.




Adek lelaki bongsu yang selalu mendatangkan masalah juga. Di akhir nya dia insaf melihat masalah menimpa-nimpa pada keluarga dia.




Ahjumma ini juga cemerlang di dalam watak dia. Memendam rasa menjadi isteri yang tidak bahagia dan tidak mendapat kasih sayang suami selama 30 tahun sampai dah lali. Riak wajah nya sangat menjadi.

OST.
Best sangat. 5/5. Lagu-lagu dia memang seiring dengan emosi dan suasana sedih. Bila dengar lagu dia kan, akan rasa kesian. Especially lagu track ke 9. Apa daa dengar lagu pon boleh kesian hehehehe.

Okeh selamat lah menonton!!! Ahn yong...

No comments: