Thursday, February 15, 2007

KDrama : The Vineyard Man (2006)



Synopsis

Yoon Eun Hye has taken the lead role for this adaptation of the book The Vineyard Man by Kim Rang.

In this romantic-comical drama, Yoon Eun Hye plays the role Lee Ji Hyun (이지현). After 3 years of unemployment since graduation, Ji Hyun worked as a temporary designer for a clothing company, but her design was stolen by the chief designer and she was subsequently fired as nobody believed her. She had no choice but to accept her granduncle’s proposal to work on his vineyard for a year if she were to inherit it.

Oh Man Suk plays the role Jang Taek Gi (장택기) who is an honest young man working in the vineyard. The two fought like cat and dog and the city girl had a hard time adjusting to living in the country where even plumbing is a big problem. However, after many twists and turns Ji-hyun adapted to rustic life and opened up to the warmhearted residents of the village as well as ends up falling in love with Taek-ki.


Starring :
Yoon Eun Hye , Oh Man Suk ,Kim Ji Suk

Total episode : 16

Credit : DramaWiki
, Hancinema



di awal citer anggur kaler ijo


Citer ni boleh kata sepenuhnya berlokasi di sebuah ladang anggur di sebuah perkampungan. Melihatkan keindahan di ladang anggur iteww terus rasa nak pi melawat ladang anggur plak pas ni hehe.

Kisah mengenai heroin bercita-cita menjadi pereka fesyen dan telah mereka sebuah fesyen terbaru dan terkini tapi malangnya baju tersebut telah dicuri oleh opis matenya yang cemburu akan hasil kerja fesyen heroin. Disebab kan salah faham tersebut heroin telah diberhentikan kerja dan bertukar profession menjadi penanam anggur sepenuh masa. Bukan penganggur yek. Ini betul-betul tanam anggur. Bukan cobaan.

Alkisah yang melibatkan kerja-kerja penanaman anggur ni ialah Atok sedara heroin mahu mewasiatkan ladang anggur nya yang beribu ekar iteww kepada heroin sebab dia takde waris terdekat tapi dengan syarat heroin kena keje di ladang anggur selama setahun. Kemudian baru la ladang tersebut akan menjadi hak milik kekal heroin. Dengan perasaan tamak dan haloba, mak dan bapak heroin yang terlebih over siap congak berangan mat jenin berapa kekayaan yang akan diperolehi jika menjual ladang anggur tersebut tanpa menanya pada heroin, mak bapanya terus kasi kata persetujuan pada Atok bahawa heroin akan mengerjakan ladang anggur tersebut dengan penuh dedikasi dan berwawasan hingga anggur-anggur tersebut dapat di jual di seluruh pelusuk dunia.



wajah-wajah ceria org kampung bila anggur bertukar warna bijik kundang

Mahu tak mahu heroin terpaksa akur dan menetap di perkampungan selama setahun. Orang bandar tetiba kena paksa dok kampong boleh agak apa akan terjadi sebab ni bukan pertama kali citer yang ada sebegini. Di kampong plak serba serbi berkurangan. Di awal episode di kampong, gelagat heroin amat merimaskan hahaha.

Di kampong tersebut terdapat seorang jejaka terhangat di kampong yang menjadi kegilaan 2 wanita tetapi tidak di layan oleh jejaka iteww. Jejaka tersebut merupakan pekerja di ladang anggur Atok dan telah menggondol pekerja terbaik ladang anggur sebab dia merupakan orang kepercayaan Atok. Dengan kata lain, heroin akan bekerjasama dengan jejaka tersebut mengusahakan ladang anggur Atok. Alkisahnya, heroin dan jejaka tersebut ada keributan sedikit di awal pertemuan mereka di Seoul. Maka bila mereka bersama menetap di kampong jadi la mereka seperti anjing dan kucing pada awalnya. Dan di akhirnya mereka bertukar menjadi appa gom, omma gom dan ada egi gom hahaha.

Watak-watak utama nya pula :




Oh Man Suk as Kang Taek-Gi

Ini la dia jejaka idaman kampung...kampung apa mah...entah. Ya kampung entah. Kurang ensem bukan hehe. Tengok muka dia ni tingat kat Ayai penyanyi kumpulan Ilusi dedolu haha. However watak ni kena dengan dia sebagai seorang penanam anggur. Dalam citer ni dia cakap slang kampung. Orang kampung kat Korea pon cakap ada slang berbeda dengan orang di bandar. Contoh watak cakap slang lagi ialah cara cakap 2nd heroin A Love to Kill.

Melalui watak dia ni kita boleh rasa untuk menghargai tanaman, kecintaan terhadap tamanan dan juga feeling seorang yang bekerja di kampung. Nanti chentar nya di tolak oleh mak heroin dengan alasan dia seorang yang tiada duit dan harta sebab bekerja sebagai penaman anggur. Sekali dia tunjukkan buku akaun bank dia. Amek kau dia lebih kaya dari Abdul Wahab dan lebih kaya dari Abdul Wahib hahahaha

Moral of the stori, jangan pandang rendah pada kaum petani. Kalau tidak kerana usaha depa, kita semua kat bandar tak merasa makan anggur. Profession menanam anggur lebih mulia dari profession merempit u ols. Sapa yang ada mak bapak dia kerja di kampung sebagai petani dan yang sewaktu denganya jangan la plak malu nak mengaku yek. Tak baik.

Yoon Eun Hye as Lee Ji Hyun

Heroin drama Goong (Goong akan masuk 8tv tak lama lagi) Lepas citer Goong dia blakon citer ni. Melalui watak dalam citer ni dia merangkul award Best Aktres. Di awal citer dia mcm bengong-bengong sket sebab suka berangan hahaha. Kemudian baru jadik waras setelah menghidu bau anggur hehe


Kim Ji Suk as Kim Gyung-Min

Seorang doktor dari bandar kena bertugas di kampung. Merupakan senior kepada heroin waktu sekolah.

Jeong So-yeong

Sebagai doktor di jabatan pertanian bahagian apa tah. Doktor lagi hahaha (Watak paling popular kalau anda perasan dalam kdrama ialah doktor. Lepas ni ada 2 citer yg terturut-turut saya tengok ada watak doktor hahaha)

 
Bila pokok anggur di serang serangga perosak dan ulat, khidmat doktor ini diperlukan. Ekceli bukan dokter kot tapi pakar dalam bidang ulat dan serangga perosak pokok. Merupakan bekas kekasih awal jejaka kampung tersebut.

Keseluruhan citer ni menarik untuk ditonton sebab tentang kehidupan di kampung dan ladang anggur walaupun muka hero dia mcm muka Ayai huhu

No comments: