Monday, November 20, 2006

KDrama : Beautiful Days (2001)




Synopsis
Min-cheol (Lee Byung-hun), a charismatic and astute businessman, and Seon-jae (Ryu Si-won), a soft and warm-hearted man, are half brothers. As a successful businessman in the recording industry, Min-cheol gets whatever he wants using his money and power. But Seon-jae lives in the shadow of Min-cheol and gives up many things. When poor but innocent and caring Yeon-su (Choi Ji-woo) appears before them, this fascinating story of love triangle begins. The two men fall in love with Yeon-su who works at the record company run by Min-cheol. Another main character is Se-na (Lee Jeong-hyeon), who grew up together with Yeon-su in an orphanage. As a wanna-be singer who is willing to do whatever it takes to be successful, she tries to use Seon-jae for her success.

Starring : Lee Byung Hun , Ryu Shi Won , Choi Ji Woo , Shin Min Ah , Lee Jung Hyun

Total episode : 24

Credit :
DramaWiki , Tour2Korea

Akhirnya saya berjaya jugak tengok citer ni huhu Mungkin ramai dah tengok citer ni. Saya je baru tengok sebab saya kureng ngn hero dia benornya haha. Pesal tah saya pon tatau. Sebab tu saya lambat lambat mau tengok citer ni hehehe. Jangan mare haaa. *arif selalu penat...dia jalan lambat lambat...aiman tak kisah * :P
 
Sebuah citer yang menarik, mantap dan lakonan hebat. Banyak jalan citer yg diadun menjadi sebuah tajuk Beautiful Days. Cuma saya kurang suka part nak abis heroin didatangi penyakit.

Citer pertama mengenai kehidupan suka duka 3 orang adek bradik tiri. Adek bradek tiri ini menjadi adek bradek selepas bapak mereka berkahwin dengan mak mereka apabila pasangan masing² menemui ajal.

Saudara yang tua iaitu abang nya sangat tidak puas hati akan mak tiri dan adek tiri nya kerana pada dia merekalah yg menyebabkan mak dia mati sebab bapak dia terus kawin lain sejurus mak dia dikebumikan. Bak kata org tanah kubur masih merah bapak dia tak nyempat² terus kawin lain. Maka si anak itu beranggapan bapak dia memang ada hubungan sulit dengan mak tiri nya sebelumnya dan mempunyai anak diluar nikah.

Maka berhidup la mereka dalam umah yang besar dengan perasaan yang benci, dendam dan serba salah (bagi pihak si mak tiri) Mak tiri ni pulak sangat kasihan melihat dia. Dia cuba untuk berbuat yg terbaik baik pada anak² tiri nya tapi sebaliknya anak² tirinya selalu mendera jiwa dan raganya. Namun dia tetap bersabar. Terbalik kot plak. Biasanya orang kata mak tiri ni jahat. Tapi dalam citer dia suda tukar la itoo hehe.

Citer kedua berkisar pasal industri muzik di mana bapak mereka mempunyai sebuah syarikat rakaman cum syarikat terbit album cum syarikat jual kaset, cd, vcd, dvd yg terbesar di Seoul iaitu bernama Victory Records.

Lokasi utama dalam citer ni di sebuah kedai musik ala² Tower Records. VR sudah lama beroperasi dan terbaru VR mau mengeluarkan album artis yg terbaru lagi ngetop sekaligus terus mempopularkan kedai VR iteww dan kemdian berlaku saingan bila satu kompeni baru iaitu kompeni M juga ingin mengatasi kepopularan VR. Pada hemat kompeni M, mereka juga mau dicalonkan dalam ABP akan datang dalam kategori syarikat penerbit album popular selain VR walaupun kompeni M baru setahun jagung ditubuhkan dan hanya mempunyai hanya seketul penyanyi. Bagaimanakah VR dan M bersaing demi untuk mempopularkan artis mereka? Anda saksikan la sendiri.

Jalan citer ketiga adalah jalan citer lazim yang musti ada kebanyakan kdrama iaitu kisah cinta bersegi. Segi yg menjadi pilihan ialah segi tiga sama. Abang dan adik jatuh cinta pada perempuan yg sama. Cinta kedua beradik ni terhadap perempuan itu sama rata dan sama banyak maka sebab itu segi tiga dia sama muahahaha.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta segi tiga ini? Adakah segitiga nya tetap menjadi segitiga hingga ke akhir nya? Tidak sama sekali ye tuan-tuan dan puan-puan. Segi tiga itu telah bertukar menjadi segi empat sama plak di akhir citer muahaha. Abang berkahwin dengan kakak manakala adik berkawan baik dengan adik.

Mari kita lihat siapa para pemain nya :

Lee Byung Hun sebagai abang. Pesen rambut pelakon lelaki tahun 2001 kat Korea time tu seme cam ni ek. Hahaha. Selaku pengurus di syarikat VR. Tak sangka dia nak keje jugak dengan bapak dia walau pada hakikatnya dia benci sama bapak dia bila bapak dia kawin lain. Ini la yang orang dok panggil professionalisma. Masalah keluarga tidak dicampur aduk dengan profession hehehe. Tang menyampah tengok dia bila dah tau itu heroin sakit baru la dia nak suka balik kat heroin. Pi rahh...dah nak putus, putus je la muahahaha.


Choi Ji Woo sebagai perempuan yg dicintai oleh 2 jejaka itu. Muka dia ni muka orang sakit gak nye ek. Dah 2-3 citer dia yg saya tengok dia sakit hahaha. Kemdian ditinggalkan oleh abang itu tanpa sebarang alasan. Suka part ni (setelah dialih bahse) :

Hero :
Yoon Soo, aku rasa hubungan kita cukup setakat ni. Kita putuskan saja hubungan kita. Kau lupakan lah aku. Sayonara.
Heroin : Mengapa Min Chul? Apa salah aku? Tidak. Aku tetap akan mencintai kau sehingga hujung nyawa ku.

Hero :
Aku kata putus putus la. Aku dah tak dapat berhidup dengan kau lagi.
Heroin :
Bagi aku satu alasan mengapa aku harus melupakan kau dan membenci kau. Kau tak de salah apa². Mengapa aku harus membenci kau. Kau ada alasan membenci bapak kau. Sekarang kau bagi aku satu alasan kenapa aku harus membenci kau
Hero :
Aahhhh tak perlu alasan kalu nak benci seseorang (terus pergi)
Heroin :
Min Chullllllll (sambil menangis)
Moral of the dialog, kadang kala kita tiada alasan yg jelas mengapa tak suka seseorang. Mcm saya kureng dengan hero ni tak tahu pesal hehehe.


Ryu Shi Won sebagai anak yg baik dan taat pada ibubapa. Dia minat musik tapi bapak dia suruh dia jadik dokter kerana bapak dia mempunayi harapan tinggi pada dia dan tidak mahu dia terlibat dalam industri muzik yg tidak menjaminkan apa-apa di masa depan. Sebab respek akan bapaknya yang telah membesarkan dia dan ayahnya bersikap baik pada mak nya maka dia pon study lah kedoktoran tapi dalam masa yg sama dia cipta lagu senyap² bagi mengisi masa lapang dan memuatkan lelagu ciptaan nya dalam internet menggunakan identiti rahsia. Lepas dia dapat tahu itu bukan bapak sebenar dia maka dia terus berhenti belajar jadik doktor dan teruskan minat dia menjadi penggubah lagu di alam nyata


Shin Min Ah sebagai adik yg suka memberontak dan menjadi liar sebab marah akan bapaknya dan mak tirinya. Suka tengok dia dalam citer ni.


Lee Jung Hyun adik kepada heroin. Bercita-cita menjadi penyanyi popular. Adegan mengundang gelak bila tengok dia ni asal nak buat show musti pakai baju merah dan pesen rambut seperti gambar di atas muahahaha. Ropanya dia juga menjadi adik Choi Ji Woo dalam citer Rondo. Juga penyanyi sebenar lagu dalam OST Beautiful Days.

Dan akhir sekali runut bunyik dalam citer ni semua best² belaka dan saya telah mendapatkan OST nya di pasaran dengan harga RM10 sajor. Cukup puas hati malah lebih dari itu.

No comments: