Tuesday, November 21, 2006

Filem : Humko Tumse Pyar Hai (2006)




Synopsis

A complex romantic triangle. A blind girl meets and falls in love with a young man. He arranges an eye operation for her, which restores her sight, but before she can see him, he is killed. The doctor takes her overseas to get away from things, where she meets a rich young man, who pursues her against her will. Eventually, she agrees to marry him. At that point her world is turned upside down

Starring : Arjun Rampal , Amisha Patel , Bobby Deol

Director : Bunty Soorma

Humko Tumse Pyar Hai = I lap U

Menonton citer ni kerana Arjun Rampal hehehe

Lepas baca sinopsis kat kulit vcd tanya tuan punya vcd, ending heroin ngn sapa? Kalau ending heroin ngn Arjun nak tengok. Hahaha. Boleh kan tengok citer camni mau tau ending baru nak tengok. Sebab citer ni citer chentar 3 segi so salah sorang hero musti melepas punya hehehe

Jalan citer biasa yang boleh dilihat dalam kebanyakan citer industan.

Diawal citer heroin seorang yang buta bertemu dengan hero A dan jatuh cinta. Hero A kemdian bantu heroin menjalani rawatan mata supaya heroin dapat melihat semula dan dapat melihat wajah hero A yang ensem itew hehe. Dihari untuk bukak balutan matanya, heroin mendapat khabar bahawasanya hero A telah mati eksiden. Meraung la heroin keseorangan dan mahu membunuh diri sebab itu la pertama kali dia jatuh cinta dan ada lelaki yg sudi menerima diri nya yg serba kekurangan iteww.

Doktor mata yg merawat heroin merangkap bapak angkatnya cuba menaikan kembali semangatnya yang hilang dan berkata
'ini bukan berakhirnya hidup mu beti...kuat kan hatimu...kau harus teruskan hidup...lagipun kumbang bukan seekor'

Setelah mendapat khidmat nasihat daripada bapak angkatnya, heroin cuba tabahkan hati walaupun berat. Tiada maknanya dia berhidup lagi.

Kemdian bapak angkatnya itu membawa heroin bercuti di luar negara. Ke Paris kalau tak silap. Di sana heroin berjumpa dengan hero B seorang yang kaya. Kemdian depa bercinta. Hero B notis yg heroin ni tak berapa hepi dan langsung hero B bukak citer yg dia juga pernah kehilangan seorang yg disayangi iaitu best fren dia. Kawan dia juga telah mati dalam kemalangan. Hero B tunjukkan gambar kawan baik dia.


Al-kisah kawan baik hero B ialah hero A.

Kemdian hero B mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan heroin.

Dihari pertunangan hero B, hero A muncul. Hero A sebenarnya tak mati tetapi hilang ingatan kejap dan di tempatkan di sebuah spital. Bila tengok bakal tunang hero B, hero A terkedu dan berasa sedih. Tapi demi persahabatan dia dengan hero B, hero A buat² tak kenal heroin.

Hinggala satu malam yang black out tiada elektrik, heroin teraba-raba mencari jalan keluar dalam umah dan terpegang la muka hero A. Dari situ heroin dapat tahu yang hero A ialah kekasih pertama nya dulu sewaktu dia buta.

Mcm mana dia tahu wajah hero A? Heroin ini adalah seorang pembuat arca muka-muka orang juga patung berhala dan dia penah buat muka hero A.

Dan seterusnya bole imajin hero B akan menyatukan hero A dan bekas tunangnya ala ending Kuch Kuch Hota Hey hehehe

Hero A ialah Arjun Rampal.

Hero B ialah Bobby Deol.

Heroin Amisha Patel. Nama nya mungkin tidak sepopular Kareena Kaapor yg dikenali kerana keturunan Kapoor nya juga namanya tidak menonjol seperti Bipasha Basu kerana imej seksinya untuk cepat popular. Beliau adalah antara heroin bollywood yg mempunyai pendidikan tinggi. Dia mempunyai Masters in Economics kalu tak silap. Sesuai dijadikan role model. Abiskan belajar dulu kemdian baru jadik pelakon kalu minat berlakon.

Bila belajar malas skola tak abiskan sebab terkinja-kinja mau jadik artis kemdian berskandal la dengan org kaya utk cepat kaya. Gitu la kekdahnya barangkali.
*dulu dia dok depan tu tapi sekarang dah pindah....siapa...benggali...makin menjadik-jadik pekak dia...*:D

Dan saya tertunggu² bilakah Amisha Patel ini akan digandingkan dengan hero peberet saya dalam sebuah pilem hehe.

Time lagu di fast powedkan sebab tak larat mau tengok depa nari nyanyi celah² gunung ganang muahahaha

No comments: