Tuesday, November 06, 2007

KDrama : Goodbye Solo (2006)



Synopsis

This drama attempts to send a message that any human being is beautiful by just existing in this world. People’s desire to have their say in everything, to succeed and to be beautiful stems from their deep-rooted disbelief in themselves. They are unable to love themselves the way they are. The underlying reason of the loss of interest in life is the disappointment with people. But even those who get disappointed with other human beings are negligent in loving their own selves.

The main character, Kim Min-ho was born into a family of a business tycoon but his family turned away from him because he was an illegitimate child. While having a hard time because of her mother’s re-marriages, Chung Soo-hee falls in love with Min-ho, who turns out to be a friend of her boyfriend, Yoo Ji-ahn. Frivolous Choi Mi-ree loves gangster Kang Ho-chul against her family's wishes. Oh Young-suk calls herself "crazy" and disguises herself in a lie. All these people are linked together by the mute owner of an eatery in the neighborhood, an old woman named Mi-young.


Total episode : 16


Cast : Chun Jung Byung, Yoon So Yi , Lee Jae Ryong , Kim Min Hee


Credit : DramaWiki

Citer ni pada pendapatan saya menarik untuk diulas oleh mereka yang tera mengulas dengan baik. Yang bijak menggunakan kata-kata. Maksud saya bagi siapa yang dapat mengupas dengan lebih mendalam mesej yang mahu disampaikan dalam drama ni. Mesej yang hendak disampaikan amat menarik. Tapi para pelakonnya tidak berapa ngetop sangat. Dia biasa macam tu la kan pelakon kurang ngetop tapi jalan citer menarik.

Saya hanya reti ulas secara santai dan 'main-main' saja ikut sesuka hati. Ulasan melalut-lalut sket boleh la hehehe. Apa yang terlintas itu saja yang ditulis tanpa menggali dengan lebih jauh lagi. Tentunya menulis apa yang berkenaan saja. Kalau menonton sebuah citer hanya sebab nak mengulas nanti saya merasa beban dan mengalami stress. Selain itu juga kita akan kehilangan keseronokan menonton. Dan selain itu juga motif utama memblog akan tersasar iaitu bagi mengisi masa lapang dikhuatiri bertukar kepada memblog menambahkan stress. Jika ini terjadi, maka saya harus mengucapkan 'goodbye solo' pada dunia blog.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya nih? Oh ya citer ni menarik untuk diulas dan ditonton. Semua nya menarik saja untuk ditonton kan hahaha.




Goodbye Solo menceritakan mengenai selamat tinggal pada kehidupan solo atau berseorang diri.

Sebelum tu mengikut kamus wiktionary 'solo' bermaksud 'alone' juga 'single'. Saya pasti kamus Korea juga mempunyai maksud yang hampir sama. Tapi yang paling pasti ialah Bengawan Solo ada di Indonesia yak itu lagu dan juga sungai hehehe

Selamat tinggal pada kehidupan solo atau berseorangan diri bukan spesifik merujuk pada meninggalkan zaman bujang bagi yang solo atau single dengan pergi berkahwin. Citer Goodbye Solo ini ingin memberitahu bahawa di dalam dunia kita tidak hidup keseorangan. Di dalam dunia ini bukan kita saja yang ada masalah. Orang lain juga menghadapi masalah. Lain padang lain belalangnya. Lain orang lain patten dan jenis masalahnya. Jika kita rasa keseorangan dan tidak bahagia, ada lagi insan lain lebih keseorangan dan tidak bernasib baik. Jika kita rasa keseorangan, jangan hanya duduk terperok dirumah saja tunggu masalah selesai sendiri. Keluar bergaul dan bertemu dengan orang lain, mudahan kita tidak merasa tertekan sangat dengan masalah yang dihadapi bila melihat masalah orang lain lagi hebat. Sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi dan semangat bila melihat orang yang mempunyai masalah yang hebat tetapi beliau tenang menjalani kehidupan seharian nya.

Manusia berhak menjalani kehidupan yang bahagia. Jika kehidupan bahagia itu bukan datang dari dalam rumah dan keluarga sendiri tetapi mungkin datang dari luar. Pilihan di dalam tangan manusia itu sendiri sebab manusia diberi akal fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.



citer ni juga ber-shooting di Pulau Bali


Bak kata orang, kalu tak de masalah bukan kehidupan namanya. Antara lain tujuan kita hidup adalah untuk menyelesaikan masalah secara kreatif, ilmiah, cemerlang, gemilang mengikut ajaran agama masing-masing.

Gitu la serba sikit gambaran jalan citer kdrama ini. Sekarang mari kita saksikan watak-watak bermasalah yang kedapatan dalam drama ini.


Na Moon Hee as Mi-young

Watak makcik ni sebagai 'halmoni' iaitu nenek. Watak nenek ni boleh dianggap sebagai paksi geometri jalan citer ni. Kira dia ni bertindak sebagai 'pusat bandaraya' di mana semua orang lain akan bertemu dengan dia dan akan bersahabat baik dengan nenek ni.

Masalah nenek ni ialah dia sebagai isteri nomo 3 dan sering didera dan bantai oleh suaminya. (Suami dia kawin cerai kawin cerai sebanyak 3 kali. Bukan kawin 3 skaligus yach. Poligami tak popular kat Korea. Kos hidup kat Korea tinggi ada hati nak kawin banyak. Pastu nanti anak seme merempat tidak terbela) Dek kerana tidak tahan sering didera lantas nenek ni pun melarikan diri seorang diri ke bandar. Takkan nak lari berkompulan plak kan. Nanti suami dia dapat kesan. Nak buat aduan kat Teledera rasa nya kat Korea belom ada talian Teledera lagi masa tu hehehe. So dia pon melarikan diri dan meninggalkan anak tiri yang memang rapat dengannya. Lepas berjaya melarikan diri ke bandar, nenek membuka sebuah restoren. Di restoren ini lah tempat tumpuan mereka yang bermasalah bersidang dan melepaskan stress sambil menikmati stew kimchi nenek.

Akibat dari kejadian malang yang menimpa nenek itu, dia bertekad tidak mahu bercakap seumur hidup dan berlagak seperti orang bisu. Mungkin dia lebih rela memendam sendiri masalahnya dari berkongsi cerita dengan orang lain. Mungkin dengan berbuat demikian dia berasa bahagia

Ingat tak lagi nenek ni? Puas saya fikir citer apa dia blakon. Dia jadik mak Hyun Bin yang garang dalam citer My Lovely Samsoon. Veri de kontras dengan watak ni




Chun Jung Myung as Min-ho


Pertama kali menonton lakonan beliau. Nak tengok Fashion 70s belom siap-siap dload lagi. Clubbox veri de slow macam siput sedut sejak 2-3 purnama yang lepas. Jiwa kacau dibuatnya ;p What's Up Fox dah ada cd lom tengok laie. 

 Seorang hero yang cute. Tambah cute bila dia panggil 'halmoni'. Masih terngiang-ngiang panggilan dia hingga hari ini.

Dia ni datang dari keluarga yang kaya. Bapak dia ada perusahaan sendiri. Tetapi dia tidak dapat mengecapi kekayaan dan kebahgiaan keluarga bila mendapat tahu dia bukan anak sah bapak dia. Dia anak luar nikah hasil hubungan mak dia dengan drebar bapak dia. Sebab bapak dia terlalu sibuk dengan perusahaan lantas terabai kan mak dia. Macam-macam ada kat dunia ni kan. Dah dapat kawin dengan orang kaya, tak bahagia plak carik lelaki lain. Kalau kawin ngan orang miskin plak kang, komplen plak susah. Doniya doniya. 

Disebabkan amarah dengan mak pak dia, maka dia bertindak meninggalkan rumah dan hidup berdikari. Kendian bertemu dengan nenek dan meluahkan kisah hidupnya dengan nenek yang mana nenek menjadi gelpren dan pendengar setia nya.



Yoon So Yi as Soo-hee

Awek idaman 2 jejaka yang mana 2 jejaka itu merupakan kawan baik. Dan akhirnya milik siapakah gadis ini?

Seorang yang berdikari juga dan tidak menetap bersama keluarga. Masalah dia ni pula, dia hampa dan kuciwa dengan mak dia seorang ibu tunggal yang silih bertukar boipren. Mak dia mahu mencari boipren yang kaya raya untuk dijadikan bapak tiri nya. Mak dia buat itu semua untuk anak kesayangan nya. Tetapi anak kesayangannya itu tidak menyukai perbuatan mak dia itu. Lantas mereka sering berbalah antara satu sama lain.



Lee Jae Ryong as Ho-chul

Dia ni pula seorang gengster yang digeruni. Dalam pada dia digeruni, dia juga diminati oleh golongan wanita oleh kerana wajahnya yang ala macho sket. Walaupun sudah berusia namun dia kelihatan macho dan good looking. Bila berkawan dengan wanita, dia hanya suka-suka. Dia mengaplikasikan sistem 'touch n go' kekdahnya. Dia tidak berupaya untuk memberi komitmen dan meluang kan masa untuk berpasangan sebab dia sedar diri dia gengster masa depan tidak terjamin. Jika dia berkahwin nanti hanya memberi masalah pada pasanganya. Oleh itu dia cuba untuk tidak jatuh cinta dengan mana-mana wanita. Ibubapa mana yang sudi bermenantukan seorang gangster, ya tak deknon?

Sebab dia berprofession sebagai gengster juga ada sejarahnya. Kisah silam dia bersama keluarga nya, agak tidak normal sedikit.



Kim Min Hee as Mi-ri

Dia ni pula dilahirkan di Miri Sarawak sebab tu nama watak dia Mi-ri. Heheh acah je.

Dia pula seorang pengusaha sebuah pub. Pub nya pula berhadapan dengan restoren 'halmoni'. Bila sebut pub, mesti ada gengster keluar masuk pub. Kalau gengster tu tak pi minum arak, mesti cari orang yang hendak dibelasahnya.

Demikian lah detik pertemuan Mi-ri dan brader gengster di atas itu. Mi-ri jatuh cinta dengan brader gengster itu meskipun tahu brader itu gengster. Cinta itu buta katanya. Bila sudah tangkap cintan sama abang gengster, keluarga pula tidak restu hubungan. Lantas Mi-ri pon membuang keluarga nya demi abang gengster itu.

Seperti lirik lagu ni
Nasik lemak buah bidara
Daun selasih ku lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerna kekasih ku turutkan

(Aaaa ye kekasih itu yang selama ni bersusah payah membesarkan ko dari kecik, senang je ko buang mak bapak...molek benar la tu)

Tatapi abang gengster itu pula tidak berminat untuk berpasangan dengan Mi-ri secara serius. Lantas bagaimanakah nasib Mi-ri? Keluarga sudah dibuang, kemdian dia pula ditolak pula oleh kekasihnya.

Bak kata pepatah 'what u give, u get back'



Lee Han as Ji-Ahn

Ok dia ni plak. Kes dia ni pun kita biasa jumpa dalam masyarakat kita. Kes anak malu dengan latar belakang mak bapak dia yang miskin lagi susah lagi kurang upaya. Mak bapak dia bisu, adik pompuan dia pon bisu jugak. Oleh kerana malu mempunyai ahli keluarga serba kekurangan dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa mengenai latar belakang family dia. Dia menipu ada kata mak bapak dok luar negara sebab bertugas di sana. Gambar mak bapak pon dia siap superimpose berlatar belakangkan Eifel Tower. Konon-kononya mak pak dia sedang bercuti di Paris. Kemudian nya bingkai gambar itew diletak di atas meja di pejabat. Ampes nye anak.

Sebab dia berbohong mak bapak dia dok luar negeri, maka mak bapak hero cute itu mengambil dia sebagai anak angkat dan bekerja dengan keluarga hero itu. Dia dan hero cute itu berkawan baik sejak sekolah.

Disebalik mereka berkawan baik, dia ni pernah mendajalkan hero hingga hero dibuang sekolah. Bila hero mendapat tahu dia terkedu, sebab tidak sangka sahabat baik dia khianat padanya. Tapi hero tidak menghebahkan hal tersebut di serata alam. Dia pendamkan saja dan hanya memerhati lepas ni apa agenda sahabatnya seterusnya.




Bae Jung Ok as Young-Suk

Kes dia ni pon kesian. Dia dibuang oleh suami dan anak-anak nya sebab dia tidak berapa cerdik. Suami dia telah menyuruh dia mendapatkan rawatan dokter pakar jiwa sebab suami dia mendakwa dia ada mental problem setelah hidup bersama sekian lama sampai ada 2 orang anak. Yang benor nya suami dia ada pompuan simpanan. Suami dia juga telah menghasut 2 orang anaknya supaya jangan layan mak dia. Bagi memisahkan hubungan mak dan anak, suami keji dan celaka itu telah menghantar anak-anak dia belajar di US.

Untuk menyama tarafkan diri dia dengan anak-anak yang belajar di US itu, dia telah menghadiri kelas bahse inggeris supaya dapat speaking london dengan anak-anaknya disamping menjalani rawatan mental. Mempalsukan sijil universiti pon dia ada buat.

Bagaimana dia bertemu dengan yang lain? Dia berjiran dengan Mi-ri. Mi-ri plak merupakan rakan sekolah kepada Min Hoo, Soo Hee dan Ji Ahn. Makanya kisah mereka pon beruang legar lah sesama mereka di dalam Goodbye Solo ini.

OST.
Best-best belaka juga.

No comments: