Friday, November 09, 2007

Filem : Kuntilanak 2 (2007)



Synopsis

Following where "Kuntilanak" left off, the spirit of evil in Samantha grows stronger within her. Also, the surviving minions of Sekte Mangkoedjiwo are also trying to recruit Sam so that they can use the force to make themselves rich. As more blood is spilled, Sam realises that it is of paramount importance for her to defeat the dark side within her, as much as the soldiers of evil around her.

Cast : Julie Estelle, Evan Sanders, Ibnu Jamil, Piet Pagau.

Director : Rizal Mantovani

Sekuel citer dari Kuntilanak 1 (K1)


Dalam K1 Samantha telah berjaya dipilih menjadi protégé kepada Kuntilanak di mana Sam (nama panggilan pendek) berkebolehan memanggil Kuntilanak dengan nyanyian. Disebabkan Sam mempunyai kebolehan luar biasa itu, maka pengamal-pengamal ilmu sesat dan ahli dukun hitam berhasrat untuk memiliki Sam dengan apa cara sekali pon untuk mengukuhkan lagi empayar industri dukun hitam mereka sebab permintaan dari orang awam banyak sekali. Kebanyakan orang datang mendapatkan perkhidmatan dukun hitam ini ialah untuk mintak pelaris supaya bisnes mereka laris. Oleh yang demikian mereka perlu mendapatkan kuasa Kuntilanak secepat mungkin. Maka misi pencarian Sam dilakukan dengan gigih.

(kebetolan atok kpd jenni anak tuan umah sewa baru Sam seorang ahli dukun hitam...kebetolan lagi rumah sewa baru Sam ada bilik rahsia boleh terus ke markas dukun hitam dengan mudah sekali...macam
terowong Smart daa haha)

dalam pada dukun-dukun hitam itu tidak sabar mendapatkan kuasa kuntilanak namun sempat memberi ruang pada Sam dan Agung untuk bercerekarama...ahaks

Sam pula telah berpindah di suatu tempat lain di mana tiada seorang pon yang tahu akan kediaman baru nya itu. Kali ini Sam bukan Sam yang dahulu lagi. Sam kini telah dikuasai oleh Kuntilanak. Siapa saja yang dia rasa mahu dibunuh akan dibunuhnya dengan kijam. Mangsa seterusnya dalam K2 ini ialah drebar taksi dan juga sahabatnya bernama Iwank.

Adegan mencuti hati. Adegan dalam taksi sewaktu mahu menghantar Sam ke umah sewa baru nya

"Sekarang saya mahu rampok kamu. Saya butuhkan banyak uang. Serahkan semua uang kamu" kata drebar taksi itu kepada Sam sambil memandu dengan tenang

Merampok dengan sopan tanpa menggunakan kekerasan.

Seterusnya Sam mengalami krisis identity baru nya. Dirinya berbelah bahagi samada mau mengikuti kata-kata Kuntilanak atau sebaliknya. Sekiranya dia terus mengijinkan Kuntilanak mengusainya, maka akan banyak lagi nyawa yang tidak berdosa yang akan terkorban. Sam harus kuat melawan hasutan syaitan.

Adakah Sam sukses menepis hasutan Kuntilanak itew? Saksikan la citer ni sendiri.

Manakala Agung, kekasihnya Sam yang ganteng itu. Agung mengalami trauma yang teruk selepas ditangkap oleh Kuntilanak dalam K1. Bagi mengurangkan trauma itu, Agung menelan pil penenang. Namun gagal. Bayangan Kuntilanak sering menjelma di dalam hidupnya hingga membuatkan hidup Agung serabut. Lalu berkata lah kawan Agung memberi sepatah dua kata bahawa Agung harus mencari Sam untuk menghilangkan trauma Kuntilanak nya. Hanya Sam yang bisa mengobati trauma Agung.

Keseluruhan citer tidak berapa seram walaupun banyak scene-scene hantu menjelma dengan muzik latar seram untuk membuat penonton terkejut.

Tips untuk mengelak dari berasa seram sewaktu menonton citer hantu.

"Eleh hantu konon. Kat tepi hantu tu ramai krew-krew tengah sunting pilem. Apa mau takut. Jangan tertipu Tipah"

Huhuhu.

No comments: