Monday, August 06, 2007

KDrama : Bad Family (2006)



Synopsis
Na Rim (Lee Young Yoo), who came from a wealthy household, lost her family in a car accident when she was nine. After the accident, she suffered from amnesia so her uncle hired Oh Dal Gun (Kim Myung Min), an ex-ganster, to recreate a similar household with parents, sister, brother,grandparents and uncle in hopes that she would regain her memory.In a hurry, ODG ended up hiring all sorts of odd ball characters to act as members of NR's family. None got along at the start and hilarious situation arose when all members tried to cope in front of the little girl and also to protect her from the one who caused her family's accident. Eventually they started to behave like a real family and cared for each other, proving that blood relation is not as important as a caring heart.

 
Cast :
Kim Myung Min , Nam Sang Mi

Total episode : 16

Credit : DramaWiki , SBS


Judul lain mungkin 'Fake Family'

Cerita ni sangat-sangat digalak untuk menonton kerana ianya sebuah cerita yang menarik untuk ditonton. Nonton bersama Pakcik A. Galak pon okke hehe. Sebuah drama yang tiada menampilkan pelakon-pelakon ngetop, ensem dan jelita tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik. Drama ini bergenre komedi. Anda bisa gelak tak henggat sebab banyak adegan-adegan lucu spontan, juga anda bisa sebak dan terharu kerana ia bertemakan citer keluarga yang menambat perasaan. Lantas ianya bisa mengingatkan penonton pada keluarga masing-masing dan menghargai ahli keluarga yang berada di sekeliling kita. Citer yang bermusuh dengan keluarga sendiri boleh tengok Hikmah 3 haha.

Dia biasa macam tu la kan. Ada pelakon tak berapa ngetop citer best. Yang citer ada pelakon ngetop hebat citer dia kureng seperti contoh Air City. Pas ni kita citer Air City plak. Moral of the stori, jangan sangka air tenang tak de buaya. Jangan sangka citer buaya seme tak best. Eh bukan jangan sangka citer ada pelakon-pelakon best jalan citer nya akan jadi best juga. Hehe. Yang kena best adalah penulis skrip nya.

Iklan : Cuba sebut 'buaya' , 'biawak' , 'buaian' secara cepat-cepat

Bad Family mengisahkan sebuah keluarga palsu yang haru hara kerana setiap ahli keluarga palsu itu terpaksa purak-purak berlakon menjadi ahli keluarga sebenar dan kena hidup dalam harmoni setiap masa.

Mengapakah mereka terpaksa purak-purak berlakon? Dah blakon kena blakon lagik. Double blakon la kiranya ni. Mesti payment pon dapat double ni hehe.

Al-kisahnya bermula dengan kemalangan ngeri sebuah keluarga yang terdiri dari 8 ahli keluarga sewaktu mereka mahu pergi bercuti di sebuah tempat peranginan bersempena dengan harijadi 'haraboji' keluarga itu. Malang tidak berbau. Mungkin ajal suda sampai, 7 dari ahli keluarga tersebut mati ditempat kejadian. Mangsa yang terselamat cuma sorang saja iaitu ahli keluarga paling kecik merangkap cucu keluarga itu yang berusia 9 tahun yang bernama Na Rim.

7 ahli keluarga yang mati itu terdiri dari haraboji (datuk) , halmoni (nenek) , appa (bapa) , amma (emak) , samchoon (pak cik) , unni (kakak) dan oppa (abang) kepada Na Rim. Na Rim bagaimanapon mengalami amnesia akibat dari kemalangan itu. Na Rim tidak ingat apa sebenar yang telah berlaku terhadap keluarga dia.

Al-kisah lagi, Na Rim ada sorang lagi pakcik saudara iaitu Pakcik A (bukan nama sebenar) yang tidak turut serta masa nak pi bercuti aritu. Pakcik A itu mempunyai firasat mengatakan bahawa kemalangan yang telah membunuh 7 ahli keluarga Na Rim adalah kemalangan terancang berdasarkan beberapa bukti yang perolehi ditempat kemalangan berlaku.




Maka Pakcik A pon mahu mengorek bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Bagaimanakah Pakcik A mahu mencari dalang yang telah menyebabkan kemalangan terancang keluarga Na Rim itu?

Pertama nya ingatan Na Rim harus dipulihkan supaya Na Rim dapat menceritakan pada polis apa yang sebenarnya berlaku masa hari kemalangan itu untuk menangkap pembunuh keluarga Na Rim.

Kedua nya menurut doktor ingatan Na Rim dapat dipulihkan jika Na Rim berada bersama ahli keluarga 'palsu' yang mirip keluarga sebenar yang dapat membantu mempercepatkan proses baik pulih ingatan Na Rim.

Ketiganya, ya Pakcik A harus mencari 7 orang awam yang dapat melakonkan watak-watak ahli keluarga Na Rim yang sebenar.

Dan keempat, Pakcik A telah meminta bantuan seorang bekas gangster iaitu Encik Oh yang sedang menguruskan peniagaan nya sendiri selepas pencen dari menjadi gengster iaitu perniagaan men-supply 'orang-orang palsu' yang diperlukan pelanggan mengikut acara dan tema yang diperlukan oleh pelanggan itu.

Sebagai contoh, anda tidak dapat mewarisi harta pusaka datuk anda jika anda belom berkahwin. Datuk anda bagi tempoh 6 bulan untuk berkahwin tetapi anda masih belom bersedia untuk berkahwin tapi anda nak kan harta pusaka datuk. Maka nya anda akan dapat idea nak cari bini / suami palsu buat sementara waktu dalam masa 6 bulan. Maka nya anda bole mendapatkan khidmat syarikat Encik Oh itu untuk membekalkan bini/suami palsu buat jangkamasa yang tertentu. Ini machiem bisnes pon ada daa.

Encik Oh berjaya mengupah 7 orang yang dipilih secara rambang untuk melakonkan watak-watak ahli keluarga Na Rim termasuk Encik Oh sendiri selaku watak utama yang menjadi pakcik palsu Na Rim. Dan bermula la plot jalan citer selanjutnya yang kelam kelibut pada awal nya sebab kesemua 7 watak itu mempunyai karakter dan kasta latar belakang yang berlainan. Mereka tidak dapat nak mengadaptasi suasana baru mereka sebagai sebuah keluarga yang harmonis untuk meyakinkan Na Rim bahawa mereka adalah keluarga sebenar Na Rim justeru akan melambatkan proses baik pulih ingatan Na Rim.

Kesimpulan nya adalah, hahaha lawaks.

Dan mari kita tengok pelakon-pelakon nya pula :


Lee Young Yoo as Baek Na Rim

Sebagai Na Rim. Citer 'Bad' lain yang dia turut blakon ialah 'Bad Housewife'




Kim Myung Min as Oh Dal Gun (Na Rim's fake uncle)

Ini dia Encik Oh yang dimaksudkan. Juga hero kdrama White Tower. Sebagai pakcik palsu kepada Na Rim. Selaku ketua rumahtangga. Dia ditugaskan untuk melapurkan setiap tugasan pada Pakcik A untuk mengetahui perkembangan terkini Na Rim. Seorang yang panas baran. Al-maklum bekas gengster. Tinggal sebatang kara tak de keluarga.

Dialog popular dia bila orang tak nak ikut cakap dia

'Do you want to smell dirt?'


Kalu terjemahan dia lebih kurang macam ni 'Ko nak mati ke? Baik ko buat cepatttt sebelum kena ganyang dengan aku'

 
Kemdian nanti anda bole la lihat dalam garang dia, dia malu-malu siput sedut bila time bercinta dengan kakak Na Rim hahaha.


Nam Sang Mi as Kim Yang Ah (Na Rim's fake sister)

Selaku kakak palsu Na Rim. Seorang yatim piatu dan mempunyai 3 orang adik lelaki yang masih bersekolah. Seorang yang kasar dan garang jugak sebab adik-adik boleh tahan nakal dan dia bekerja keras untuk menyara 3 adik nya itu.


Yim Hyun Sik as Jang Hang Gu (Na Rim's fake grandfather)

Sebagai datuk palsu Na Rim. Berumur 60 tahun. Seorang yang sebatang kara juga lagi masih teruna. Keterunaan dia menjadi bahan gurauan nenek hehehe



Yeo Woon Kye as Park Bok Nyu (Na Rim's fake grandmother)

Sebagai nenek palsu Na Rim. Seorang janda dan hidup sendirian. Keje menjual dumpling di pasar. Orang panggil dia Mandu Ahjumma (makcik dumpling)



Kang Nam Gil as Jo Gi Dong (Na Rim's fake father)

Sebagai bapak palsu Na Rim. Seorang duda yang bersopan santun dan soft spoken. Ada 2 orang anak tapi anak-anak dia ikut dok dengan bekas bini kat seberang laut dan tidak menghiraukan dia. Sungguh kasihan. Part lawak dia bila dia keje kat tempat kutip hutang. Orang kutip hutang mesti suara garang kan. Tapi dia seorang yang soft spoken. Hutang tak dapat kutip kena tengking lagi ngn penghutang ada haha.




Geum Bo Ra as Um Ji Sook (Na Rim's fake mother)

Sebagai emak palsu Na Rim. Seorang janda dan pernah kematian anak sebesar Na Rim suatu masa dahulu. Seorang yang kaki melaram. Nanti bapak palsu Na Rim syok sama dia hehe. Nama panggilan dia Coffee Ahjumma sebab dia jual kopi kat pasar.



Kim Hee Chul as Gong Min (Na Rim's fake brother)

Sebagai abang palsu Na Rim. Dia juga tinggal sebatang kara lepas melari kan diri dari umah. Dipanggi alien oleh ahli keluarga sebab kaler rambut dia lain dari orang lain.


Hyun Young as Ha Bu Kyung (Niece of man that caused accident)

Aaa ni bukan ahli keluarga. Aktres yang mempunyai suara yang lucu. Ada hati nak menyanyi. Dia ada menyumbangkan suara dalam citer ni untuk lagu Noona's Dream korean version lagu Numa Numa / lagu tema Chicken Little. Ada satu scene yang menyebabkan dia kena nyanyi. Tapi makin lama dengar sedap la pulok.



Park Jin Woo as Ha Tae Kyung (Son of man that caused accident)

***************************************************************************
Spoiler : Dan akhirnya mereka semua yang sebatang kara itew saling menyayangi antara satu sama lain dan sangat menghargai keluarga 'palsu' mereka seperti keluarga sebenar. Happy Ending! Yayyyy!

No comments: