Thursday, July 05, 2007

KDrama : Rude Women (2006)




Synopsis

A story inspired by "Desperate Housewives", this is a korean version of it. Rude Woman (aka Outrageous Women)

As the title suggests, this drama is a frank and delightful story about the happiness women dream of, and the outrageous imagination hidden underneath. The series embarks with the intention to present realistic characters venturing to challenge their realities. Together with the clear belief that "The greatest success in life that we are pursuing is happiness", this drama series narrates the stories of four women, racing towards happiness they have each defined in their own way. On this journey, they sometimes miss a step and loose their way, but rather than meeting their end, they search for and find a new starting line in the race for happiness.This series endeavors to provide new hopes for tomorrow to housewives in despair.

Tells a story about Mi Joo, a divorcee who seek revenge on her ex-husband, Jung Suk, a surgeon who had remarried with his beautiful wife, Eun Young and their daughter Ha Na. Mi Joo then meets Rookie, a former baseball player who happened to be the owner of the house she rents in Korea upon her arrival after 10 years living in U.S with her son, Joon.


Cast : Yoo Ho Jung ,
Lee Ki Woo , Oh Joo Eun , Jung Woong In , Im Ji Eun


Total episode : 18

 
Credit :
DramaWiki,
Hancinema, MBC, WITHS2 


Ulasan karangan

Judul lain citer ni ialah 'Outrageous Women'. Judul versi Mesia yang jual dipasaran ialah 'The Daring Sister'.

Adalah di maklumkan bahawasanya citer ni konpem best tidak syak dan ragu-ragu lagi. Membuatkan saya tidak kering gusi walaupun hero dia tak berapa nak taste. Tapi actually tak de lead hero pon dalam citer ni. "Hero" dalam citer ni ialah orang pompuan. Girls power renjes.

Diilhamkan dari siri Deperate Housewives.

Ada 3 kisah perihal kehidupan wanita.

Ya Wanita Hari Ini (WHI) bersiaran langsung di blog waiem hehe ;p


Kisah Wanita Pertama


Wanita A (bukan nama sebenar) yang berstatus janda dan ibu tunggal bangkit membalas dendam terhadap bekas suaminya dan isteri baru bekas suami nya bernama samaran Wanita B. Hasrat ibu tunggal itu mahu membuatkan mereka merasai apa yang dia rasa selama 10 tahun hidup merana akibat perbuatan bekas suami nya yang ala jantan takde tel*r dan juga mahu mengenakan isteri baru bekas suami nya yang merampas suami orang. Kita syok merampas suami orang. Apa rasa kalu suami kita pula di tekel oleh pompuan lain? Ini la kisah rumahtangga yang ingin disampaikan melalui citer ini.

Jantan tak de tel*r disini boleh memberi gambaran sebagai, ko sebagai suami, ketua dalam keluarga tetapi tidak berkelakuan seperti ketua. Sewenang-wenang membiarkan diri di queen control kan oleh isteri. Tidak tegas, tiada pendirian, overdose takut bini.

Contohnya, membuka akaun simpanan rahsia dan menyimpan duit secara rahsia tanpa pengetahuan isteri sebagai persediaan jika ditinggalkan isteri suatu hari nanti. Ada plak takut ditinggalkan isteri. Apakah kaitan 'queen control' dengan 'ditinggalkan isteri' Kaitan nya ialah seme harta-harta ismet di dalam dan di luar negeri berada di bawah pengawalan dan nama isteri. Makanya bila bercerai nanti si suami tinggal sehelai sepinggang la. Oleh itu si suami telah sediakan payung sebelum hujan. Tapi kalu ko tak buat salah dan jujur dalam rumah tangga takkan takut diceraikan oleh isteri. Ini lah antara isi persoalan yang dikupas dalam citer ni.

mulut org korea berbau harum gak nya kan sbb dentist depa tak payah guna mask tutup idong sewaktu rawat gigi pesakit...haha

Jadi apakah punca sang suami overdose takut bini? Puncanya mungkin sang bini lebih kaya dari sang suami. Sang suami hidup senang selama ini hasil dari kekayaan bini hingga tidak boleh berkata apa-apa. Lagi permasalahan yang ditonjolkan dalam citer ni.

Jadi bagaimanakah gejala overdose takut bini ini boleh dielakkan ye tuan-tuan dan puan-puan? Mungkin salah satu cara ialah sang suami rajin la keje dan kerja keras untuk menyara keluarga nya. Fokus kat keje, jangan selalu lompat-lompat keje, jangan membazir duit tak tentu hala modified keta lah, sampai destinasi sama juga ngn keta yang tak dimodified, pantang kuar enpon latest nak tukar baru la dan sebagainya. Paling terkini cara jimat duit ialah berhenti la merokok sebab harga rokok sudah naik yach ;p

Saya tingat kat sorang kawan lelaki yang tak boleh tido malam sebab dihantui dengan kata-kata sorang apek cina pada nya,

"Lelaki haa kalu sudah umo 30 tawon talak ade RM100,000 dalam bank...bukan lelaki maaa..."

Jadi sahut la cabaran dengan kerja keras dan tekun, ada rasa tanggungjawab dalam hidup dan simpan duit banyak-banyak dalam bank. Rancang kewangan dengan sebaik mungkin.

Kisah Wanita Kedua

Wanita C (bukan nama sebenar juga) yang berstatus isteri dan surirumah tangga mengalami masalah bersama suami nya yang bermain kayu tiga pat lima nanam. Isteri itu mahu menyerang wanita yang bermain kayu bersama suami nya tetapi malang nya bukan wanita yang mempunyai skandal dengan suami nya tetapi lelaki.

Berhati-hati ya puan-puan sekalian. Sesekali pantau-pantau lah gerak geri suami puan-puan tidak kira jika berurusan dengan orang lelaki apatah lagi pompuan. Ushar-ushar jugak. Contohnya, cek henpon suami tengok banyak nama lelaki atau pompuan. Tapi kalu seme nama lelaki, seswatuh jugak tuh. Mungkin nama sebenar "Alina" tapi suami puan-puan taruk nama "Ali"
(gelak belakang langsir)

chalet kalerful mcm umah smurf...

Kisah Wanita Ketiga
 
Wanita D (nama samaran) yang single mengalami dilemma memilih bakal suami. Calon-calon sudah ada. Lelaki pertama iaitu Lelaki A dari kalangan keluarga berada, mempunyai hunbungan baik dengan keluarganya sendiri dan mempunyai pekerjaan bagus tetapi tidak ensem. Manakala lelaki kedua pula, iaitu Lelaki B seorang jejaka ensem sedap mata memandang, kerjaya sebagai pemain base ball yang nyaris hilang pekerjaan akibat kecederaan sewaktu bermain base ball dan anak yatim piatu.

Siapakah pilihan wanita itu? Kalau konpius mahu membuat pilihan boleh la guna pepatah ni "Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit" Masuk public toilet sekarang pon dah 30sen yeww. Tol naik, harga beras naik, interest credit card juga makin bercambah. Tak pe rupa tak ensem tapi banyak duit nanti boleh wat pembedahan plastik hehe

Tapi kalu dedua calon suaminya ganteng, kacak dan bergaya. Sorang profession sebagai COO dan sorang lagi artis. Siapakah pilihan hati? Kalau pilih COO nanti boleh dapat banyak lagi jam tangan mewah
(ahaks)

 
Bagaimanakah kisah Rudde Women bermula dan berkaitan antara satu sama lain? Alkisahnya begini...

Kesemua wanita-wanita itu dok berjiran tetangga antara satu sama lain.

Seterusnya anda saksikan la citer ni. Memang best citer nya diolah dan digarap. Goreng pon sodap ;p

Para pelakon terdiri daripada :


Yoo Ho Jung as Song Mi Joo

Sebagai Wanita A. Selama 10 tahun bermastautin di USA bersama anak lelaki bujang. Cukup masa dan time dia kembali ke Korea untuk melaksanakan rencana balas dendam terhadap bekas suaminya.



Im Ji Eun as Kim Eun Young


Sebagai Wanita B juga merupakan jiran belah kiri Wanita A.


Jung Woong In as Jung Suk

Ini la dia bekas suami itew. First time tengok blakon. Lakonan mantap. Part menyentuh perasaan bila dekat nak abis bila Wanita A bertanya apa salah dan kekurangan dia sewaktu menjadi isteri nya hingga diceraikan. Jung Suk menjawab bekas isterinya tiada salah apa-apa dan tiada kekurangan. Cuma dia yang tidak bertanggung jawab dan gatal main kayu tiga.



Lee Ki Woo as Jang Woo Jin

Ini plak lelaki A. Kemdian jatuh cinta dengan Wanita A yang lebih berusia dari dia. Apa boleh buat hati suda suka.



Sah Gang as Go Sang Mi

Ini pula Wanita C, jiran sebelah kanan wanita A, merupakan kakak ipar Wanita D.



Oh Joo Eun as Yang Da Rim

Ini pula Wanita D yang dalam dilema mahu memilih Lelaki A atau Lelaki B. Pelbagai teori dan eksperimen diguna pakai untuk memilih bakal suami nya. Lelaki A tak ensem tapi sayang dia manakala Lelaki B ensem tapi tak berapa suka dia. Kalau anda pilih yang mana?




Ini dia Lelaki B. Asal kurang ensem mesti rambut kerinting. Asal rambut kerinting musti kurang ensem. Tapi Ebi Kornelis dikecualikan yach hehehehe




Joon, anak teruna Wanita A bersama bekas suaminya. Saksikan bagaimana bekas suami itu pelan-pelan cuba mendekatkan dirinya dengan anak lelakinya yang telah terputus hubungan selama 10 tahun tanpa memperkenalkan diri sebagai bapa. Nak kena pelangkong...selama 10 tahun tak bagi nafkah, tak ambek tahu pasal anak, alih-alih dengan bangga jupe nak introducekan diri 'Saya la bapa anda yang ensem selama ini' Bapak dia abaikan dia sebab takut dengan bini baru.



Ini Ahjumma semakin hari semakin ngetop. Lately ada je muka dia dalam kdrama. Antara drama yang ada muka dia citer "Thank You" and "Bad Couple" . Rupa dia ala-ala makcik kepoh suka bawak mulut kan hahaha. Tapi dia best.

Kalau anda belom menonton lagi citer ni, pergi la menonton. Pasti emosi kewanitaan anda akan terusik jika kaum wanita yang menonton. Selamat menonton!

No comments: