Monday, July 09, 2007

Filem : Alone (2007)




Synopsis


Pim was born as a twin, conjoined at the stomach with her sister, Ploy. The twins had an operation to separate them, but one did not survive. Now living in South Korea, Pim receives a phone call from Thailand that her mother has had a stroke. Pim must return to Thailand and her childhood home, where memories of Ploy come back to haunt her and become frighteningly real.

Cast :
Marsha Wattanapanich as Pim/Ploy, Vittaya Wasukraipaisan as Wee

Citer ni genre seram.

Tapi citer ni boleh jadi tidak seram jika anda membeli DVD cap ayam yang dijual oleh ciknun-ciknun ditepi jalan.

DVD cap ayam itu akan menghasilkan gambar yang tidak jelas dan kelabu asap. Makanya tidak jelas la wajah hantu itu untuk menakotkan anda. Selain daripada gambar kelabu asap, antara ciri lain DVD cap ayam ni ialah sarikata dia macam beskot chips more. Kejap ada kejap takde. Jadi paham-paham sendiri la jalan citer nya.

Citer mengisahkan Pim dan suami nya Wee rakyat Thailand tapi menetap di Korea. Ya ada sket dialog Korea dalam citer ni.

Satu hari di hari jadi Pim, Pim menerima panggilan tlefon dari Thailand mengkabarkan berita ibu Pim sedang tenat di spital. Sepantas kilat Pim dan Wee terbang balik ke Thailand dan melawat ibu Pim di rumah sakit. Disebabkan keadaan ibu Pim agak tenat, Pim dan Wee telah mencapai kata bersepakat untuk menetap di sisi ibu Pim hingga ibunya kembali sembuh dan kemudiannya baru kembali ke Korea semula.

Sewaktu menetap di rumah mak nya iaitu juga rumah Pim sewaktu kecilnya, Pim di hantui bayang-bayang hantu yang menakutkan dia semasa menetap di dalam rumah itu.

Alkisah maka tersebut la kisah, citer di flash back, Pim merupakan pasangan kembar Siam sewaktu dilahirkan. Kembar siam Pim bernama Ploy telah mati selepas pembedahan memisahkan mereka dijalankan.

Adakah roh hantu Ploy tidak tenang lantas merayau-rayau mengganggu Pim sebab tak puas hati dia yang mati selepas pembedahan itu dilakukan? Anda saksikan la citer ni.

Tapi yang sebenarnya kan, jeng jeng jeng...Si Pim itu adalah Ploy. Si Wee telah ditipu idop-idop oleh Ploy.

Jadi apakah yang menyebabkan Si Ploy ni menipu di Si Wee? Jawapan nya akan anda temui dalam citer ini. Saya tidak akan memberi apa-apa jawapan atau pun klue seterusnya. Nanti dah tak saspen daa.

Moral of the stori, lepas menonton DVD cap ayam ini bersegera jumpa dengan ciknun DVD cap ayam itu dan mintak balik duit anda atau pun tukar dengan citer lain. Hehe.

No comments: