Synopsis
Heavenly Forest is based on a novel by Takuji Ichikawa and tells the story of Makoto Segawa, a Japanese student who in his spare time loves to do photography in a forest behind the campus. Because he is unusually shy, he has no actual friends at school and spends most of his time alone.
Heavenly Forest is based on a novel by Takuji Ichikawa and tells the story of Makoto Segawa, a Japanese student who in his spare time loves to do photography in a forest behind the campus. Because he is unusually shy, he has no actual friends at school and spends most of his time alone.
One day he incidentally meets the cute and quirky Satonaka Shizuru when he tries to stop her from crossing a dangerous street. From that moment Shizuru likes Segawa and tries to make him open up to her. Unfortunately Segawa has taken the liking of another girl, Miyuki. Even though Shizuru knows Segawa likes Miyuki she tries to do anything to get his attention.
One day, Shizuru tells Makoto that she wants to take a photo of them kissing in the forest for her birthday. After being sceptical he agrees, and they kiss in the forest for the first time. However, from that day on, Shizuru disappears without a trace from Makato’s life.
Cast : Tamaki Hiroshi, Mmiyazaki Aoi
Cast : Tamaki Hiroshi, Mmiyazaki Aoi
Director : Takehiko Shinjo
kenalkan pojaan hati baru Tamaki Hiroshi...hihi
Tadaaaaaaaaaa...hehe
Sebelum ke ulasan Nodame Cantabile kita tengok yang ni dulu ek. Mungkin mengambil masa yang agak panjang sedikit untuk bercerita tentang Nodame Cantabile sebab ianya sebuah citer yang mempunyai tema yang besar, gempak dan malatop best! And yezzaaa ada sambungan Nodame Cantible tawon depan.
Pape pon Citer Tada, Kimi Wo Aishiteru ini ada kesamaan juga dengan citer Nodame Cantabile. Kesamaan dia ialah tang...hero nya ahakss.
Lanjutan daripada terkena penyakit angau kus-kus terhadap Tamaki Hiroshi melalui citer Nodame Cantabile, maka satu aktiviti penggalian di laman web telah dilakukan dengan gigih dan cheq pon berjumpa la dengan citer ini. Sebabnya veri de excited nak tengok citer lain lakonan Tamaki Hiroshi selepas Nodame Cantabile untuk melihat dia dalam pelbagai watak lah gitew.
Gali punya gali lagi rupanya Tamaki Hiroshi juga merupakan seorang penyanyi di Jepun dan ada menghasilkan beberapa album al-kisahnya. Harus la pas ni cari cd lagu dia pulak walaupun suara dia menyanyi tak berapa nak sedap bila dengar pertama kali. Bila dah dengar banyak kali, baru la jadi sedap dan lemak berkrim (walaupun ada kala terpaksa rela kata sedap hehe) Bak kata tagline ni, 'ada stail lahh' suara Tamaki. Kalau masuk rancangan Pop Kuiz segmen teka suara penyanyi pejam mata boleh cam la suara dia. Hehehe.
heroin nya
Jalan citer diadaptasi dari sebuah novel romance Jepun karya Takuji Ichikawa. Mengisahkan tentang kehidupan pelajar di sebuah universiti yang kemudian terjebak dengan kisah cinta yang menyayat hati oleh 2 insan yang mempunyai masalah karakter hampir sama.
Karekter hero seorang pelajar yang pemalu, suka menyendiri dan hobi suka mengambil gambar. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang fotografer terkenal suatu hari nanti. Dia suka menyendiri sebab dia ada sejenis penyakit gatal kulit di bahagian diperutnya. Macam mambang kuning jugak la. Bila kena kat badan gatel. Muahaha. Bila dah gatal tu dia kena sapu obat tahan gatal dan bau obat tahan gatal tu busuk lantas menyebabkan dia rasa rendah diri nak berkawan dengan orang lain takut kengkawan dia terhidu bau busuk itu dan kurang selesa bila berdampingan dengan dia (rupa ensem tapi bau busuk tak guna jugak kan)
Dalam pada busuk bau obat itu, dia ada menyimpan minat terhadap sorang student wanita yang cantik. Tapi dia hanya memendam minat dari jauh saja disebabkan masalah mambang kuning nya itu. Karekter lain yang saya nampak, hero ni seorang yang lembik, ala Mr. Bean pun ada bila tengok ekspressi muka dia. Ya saya banyak gelak bila tengok ekspressi muka dalam citer ni haha (sebab oh berbeza nya banding dalam NC)
tak larat tengok orang lelaki ketawa tutup mulut ala ratu kebaya giteww kan...tidakk...muahaha
Karekter heroin pula seorang yang bersifat agak pelik, pendiam juga tidak terurus tetapi baik hati (mengingatkan saya pada watak Nodame) Heroin pun tak de kawan dan hanya buat hal dia saja.
Satu hari heroin ternampak hero sedang makan keseorangan di kantin universiti dan dia mengambil langkah menegur hero dan dok makan bersama. Sejak dari itu mereka berkawan dan hero telah mengajar heroin cara-cara mengambil gambar secara professional. Hero kemudiannya membawa heroin ke sebuah hutan belantara untuk mengambil gambar-gambar yang cantik. Dan hutan itu menjadi titik permulaan kisah cinta mereka yang tragis.
Satu hari heroin ternampak hero sedang makan keseorangan di kantin universiti dan dia mengambil langkah menegur hero dan dok makan bersama. Sejak dari itu mereka berkawan dan hero telah mengajar heroin cara-cara mengambil gambar secara professional. Hero kemudiannya membawa heroin ke sebuah hutan belantara untuk mengambil gambar-gambar yang cantik. Dan hutan itu menjadi titik permulaan kisah cinta mereka yang tragis.
Hutan ini la yang merupakan tajuk international pilem ni selain tajuk 'Tada, Kimi Wo Aishiteru'. Tajuk pilem ni di pasaran luar ialah 'Heavenly Forest'. Kalau u all nak cari citer ni refer kedua-dua tajuk itu sebagai panduan.
'Tada, Kimi Wo Aishiteru' bermaksud 'Just, Loving You'. Jauh jarak antara 'aishiteru' ngn 'forest'
Seterusnya heroin kemdian menumpang di rumah hero sebab dia lari daripada umah.
saat indah bersama menangkap gambar di hutan simpan
Dipendekkan citer suatu malam hero bertanya sempena besday heroin dia nak apa? Heroin dengan pantas mengatakan dia mahu sebuah gambar ciuman untuk masuk pertandingan pameran kelab foto-foto sedunia. Selepas gambar ciuman di-snap, heroin ghaib menghilangkan diri. Lantas berlaku lah ekspedisi hero menjejak heroin hingga ke New York. Bila sampai di New York hero menerima berita mengejutkan lagi menyedihkan. Ya tangkap syahdu kekdahnya. Wajah yang ingin ditatap dan dirindui tidak dapat ketemu untuk selamanya.
Sebuah citer yang cantik dan menyentuh perasaan jugak la. Tapi mata saya lebih terpanah pada hero dari jalan citer nye. Dalam citer ni hero kurang macho sket. Potong markah kat tang gelak tutup mulut muahaha.
Sekian, arigatoo ozaimas :)
No comments:
Post a Comment