Monday, July 16, 2007

Filem : Amemasu No Kawa (2004)



Synopsis
8-year old boy, Shimpei, who loves fishing and painting, lives with his beautiful mother, surrounded by nature. His mother, Satsuki, has a weak constitution and lost her husband years ago. She takes care of her son lovingly but sometimes strictly, on her own. Shimpei's childhood sweetheart, Sayuri, is deaf, but somehow they can understand each other and they always spend time together.

One day, big news comes to their town: Shimpei's picture received the Grand Prize in a Children's Pictures Exhibition in Paris. On the night that Sayuri's father, Takakura, holds a celebration party for Shimpei, Satsuki leaves her son in Takakura's care and goes out of the house. Feeling uneasy, Shimpei goes to look for her but finds his mother dead, lying calmly and peacefully in the beautiful, white snow…

Director : Itsumichi Isomura

Credit : IMDB


kalu tengok citer ni dulu dari Nodame haruss kena rijek nih...haha

Tajuk lain 'River of First Love'
Sebuah lagi pilem lakonan Tamaki Hiroshi hehe.

Citer diadaptasi dari novel juga.

Mengisahkan 2 orang kanak-kanak yang berkawan sejak dari kecil. Mereka sering ber-deting di tepi sungai yang terletak di kampong tempat mereka tinggal. Pemandangan di kampong mereka sangat menarik.

Yang perempuan nya bernama Sayuri seorang pekak dan bisu. Bapak dia lakonan Abe Hiroshi (sorang lagi Hiroshi)



Yang lelakinya pula bernama Shimpei yang sangat minat menangkap ikan dan melukis. Shimpei tinggal bersama emak nya manakala bapa sudah meninggal. Satu hari Shimpei telah menemui kawan baru iaitu seekor ikan. Tak tau la ‘Amemasu’ nama ikan ke apa. Sebab Shimpei memanggil ikan itu 'Amemasu'.

Ikan tersebut telah memberi idea dan semangat pada Shimpei untuk melukis hingga telah memenangi hadiah Grand Prize dalam sebuah pertandingan melukis kanak-kanak hingga telah mengharumkan nama kampong Shimpei. Kemdian mak Shimpei pula meninggal. Sebelum meninggal, mak Shimpei telah mewasiatkan kepada bapak Sayuri untuk menjaga Shimpei. Kemdian Shimpei dapat keje di bandar sebagai pelukis.
Shimpei kecik dan dewasa

Tawaran untuk bekerja di bandar telah mendapat sokongan padu dari bapak Sayuri. Bapak Sayuri sangat menggalakkan supaya Shimpei bertugas di kota. Yang sebenar bapak Sayuri mempunyai motif keji yang tersirat iatu mahu memisahkan Sayuri dan Shimpei dan mahu menerima Shin Chan (bukan nama sebenar) sebagai menantu dia.

Bagaimanakah lanjutan kisah cinta antara Shimpei dan Sayuri? Adakah sungai dapat menyatukan kisah cinta mereka?

Jawapan nya ya yek. Nanti mereka melarikan diri menaiki rakit melalui sungai. Part lari ni dah ala industan sket pon ada hahaha





cara Shimpei menangkap ikan


bersembang dengan ikan...part lawak bila ikan itu mengetis kaki Shimpei hingga menyebabkan Shimpei terduduk dan dari situ mereka mula menjalin hubungan...


cinta pertama di sungai

No comments: