Friday, December 10, 2010

KDrama : Gourmet (2008)



Synopsis

Talented chefs Bong Joo and Sung Chan were raised like brothers after Sung Chan was orphaned and taken in by Bong Joo's family. Bong Joo’s family owns a famous traditional Korean restaurant and claims descent from the last royal chef of the Joseon Dynasty. Bong Joo assumes that as the eldest, he will be the one to take over his family’s restaurant and marry Joo Hee when his father makes a surprising announcement about a special cooking contest! Sung Chan is seen as a threat by some because of his youth, talent, creativity and non-conforming ways. Feeling sorry for him, Joo Hee tries to help him. Discovering the truth about their great-grandfather causes a crisis for Bong Joo, but he later becomes even more determined to be a success while Sung Chan decides to leave. Sung Chan becomes a food peddler, specializing in the freshest and best ingredients in traditional Korean cuisine. Will he ever become a chef again? Will they ever become united as "brothers"?

Total epsiode : 24

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Gourmet , BON

Rencana di sebalik pembikinan drama ini

Versi filem drama ini ialah Le Grand Chef. Versi drama lagi detail dan meleret-leret.

Akhirnya setelah setahun lebih terperap citer ni tengok separuh jalan, berjaya juga tamatkan menonton drama best ini. Pepatah orang tua-tua ada berkata tak baik buat kerja separuh jalan. Maka saya pon menghabiskan perjalanan ini untuk menjadik seorang yang baik. Haha

Drama ini sangat merangsang untuk kita cuba memasak makanan Korea dan berjaya jugak kiranya saya membuat kimci hasil rangsangan melalui drama ini. Sungguh menguja nengok cara mereka masak dan makan. Kelihatan sungguh menggiurkan sekalis.

Drama ini mengisahkan tentang ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasik. Kalau dah keturunan tukang masak hebat, masak apa pon sedap dan lazat waima masak mee segera sekali pon.

Sesi teka bahagian-bahagian lembu seperti ini. Loya gak nengok makan daging mentah...aigooo

Drama ini berlokasi di sebuah restoren yang kabarnya terkemuka di Korea yang bernama Un Ahm Jung. Sapa-sapa yang pergi ke Korea musti cuba try makan di sini. Sebagai sebuah restoren yang femes yang tiada tolok tandingan masakan sedapnya, tahap kualiti masakan mereka dijaga dan dikawal dengan penuh rapi. Dari bahan-bahan masakan utama hingga bahan masakan yang halus sekali iaitu garam, mereka menitik beratkan kualiti nya.

Part garam ni ada sikit tak larat. Begitu detail sekali mereka. Dalam episode 20, sos soya buatan sendiri Un Ahm Jung mengalami kerosakan. Busuk dan tidak sedap. Pihak restoren begitu gempar dan tokojut bagaimana masalah itu boleh berlaku. Kimci-kimci buatan Un Ahm Jung semua telah dipulangkan balik oleh pembeli kerana kualiti rasa nya berubah tak sedap dengan drastik sekali. Insiden itu juga telah menyebabkan CEO restoren aka bapa kepada chef-chef itu terkena serangan jantung sebab nama baik restoren telah tercemar.


Ini pula sesi pelanggan Muslim datang makan di restoren dan pelanggan itu mendapati ada kedapatan alkohol di dalam makanan itu dan lantas mak arab atas tu marah dan kemdian pekerja restoren pula di marah oleh big bos sebab cuai.

Kira pihak produksi drama ini ambik kisah juga akan halal haram makanan umat Islam. Kemdian ada satu adegan tu mereka membeli daging halal di Itaewon sebab ada pelanggan Muslim nak datang makan di restoren. Kat Itaewon ni banyak kedai makan halal untuk pelancong Muslim. Tapi seme makanan Pakistan der. Nasik lemak tak de...hehehe


Pelbagai faktor di siasat untuk mencari punca masalah kerosakan sos soya itu.

Antaranya :

1. Kacang soya, adakah di taman dengan betul dan dipetik pada waktunya

2. Tempat menyimpan sos itu, adalah level penyimpan nya sama rata di atas tanah. Tiada yang senget benget

3. Kemudian garam. Untuk membuat sos ini, garam yang digunakan haruslah berusia 3 tahun dalam simpnan. Tapi mereka telah tergunakan garam yang berusia 2 tahun yang telah memberi kesan buruk terhadap kualiti sos itu sewaktu diperam. Aigooo. Part ni je dah makan masa 1 jam (1 episode) nak cari punca masalah. Haha. Ada beza ke rasa garam yang di simpan 2 tahun dengan 3 tahun ek? Boleh la ambe nak buat ujikaji sendiri nanti kat umah.

"Hai la garam, walaupun rupa mu halus dan mulus, tatapi kesan penyalahgunaan mu begitu besar sekali yek di restoren Korea. Tak di sangka-sangka"

 
Ini adegan biasa tengok sesi membuah kimci berjemaah (dalam Episod 15). Adegan ini penyebab ambe terus di pasar beli kobis dan try test buat kimci buat pertama kali nya...kekeke


Di dalam drama ini juga kita boleh saksikan chef pojaan ramai iaitu Chef Sung Chan menjelajah ke seluruh Korea dengan lori sayurnya untuk mencari bahan-bahan masakan untuk pertandingan memasak sekali gus untuk mempromosi tempat-tempat menarik di Korea.

Antara pertandingan yang boleh disaksikan ialah :

1. Pertandingan makan daging lembu mentah (dalam episode 8)

2. Pertandingan masak daging menggunakan arang yang berkualiti ada memberi kesan terhadap rasa daging itu (dalam episode 13). Arang itu di buat sendiri oleh Sung Chan dengan menebang pokok di dalam hutan, di bakar dengan suhu kepanasan yang betul demi untuk mendapat kesan kualiti yang sedap terhadap daging yang hendak di bakar itu. Very der rajin y’all. Ambe imajin penjual sate yang besar-besar di negara kita ni ada tak tempah khas arang untuk bakar sate itu. Rasa macam nak interbiu Haji Samuri nanti tanya. Adakah kualiti arang di ambil kira untuk memantopkan lagi rasa sate itew?

3. Pertandingan melapah daging lembu terpantas (dalam episode 9-10)

4. Pertandingan memasak daging lembu dengan kreatif sekali (dalam episode 14)
Cuma satu saya tertanya-tanya kenapa tak de pertandingan masak daging khinzir? Kan depa suka makan khinzir. Wae? Wae?

Part ni chef macho itu gayat naik kabel car. Oh boleh sambil makan ek dalam kabel car dia.


Di samping kisah memasak dan pertandingan masakan, drama ini turut memaparkan konflik 2 beradik angkat. Kedua nya terer masak tatapi ada rahasia terselit di celah-celah ketereran memasak mereka.

Apakah rahasia itu?

Si Abang sungguh jeles dengan si adik sebab bapak lebih sayangkan adik walaupun adik itu cuma anak angkat saja. Tak patot, tak patot.

"Bukan ku pinta lahir ke donia, bukan ku pinta di-angkatkan begini" bisik hati sedey si adek

Saksikan lah drama ini jika anda mahukan kelainan dalam drama Korea sebab bertumpu pada masak-memasak
Adegan menyiasat gudang garam

Ok seterusnya di dalam drama ini ada memaparkan adegan masak nasik yang di bubuh arang. First taim tengok nih.
Tujuan nya adalah untuk menyedapkan lagi bau nasik itu

"Why are you adding charcoal?" tanya awek chef itu

"The charcoal emits infrared rays into the grains of rice, natural minerals. Natural minerals will be released into the rice and the rice would become more fragrant" terang chef itu dengan lemah dan lembut sekali

Ok tambahan kisah arang di masak bersama nasik. Selain orang Korea, orang Jepun juga masak nasik bubuh arang. Tujuan orang Jepun ialah untuk me-nyahkan bau nasik. Orang Jepun ni pelik sikit sebab mereka suka makan nasik tetapi tak suka bau nasik. Ada jugak manusia macam ni yek. Cian nasik tu mesti dia sedey kalau dapat tahu kisah sebenar kan.

Info ini saya dapat melalui sorang pokcik sedara yang penah kerja dekat FRIM. Sebab masa pergi umah dia saya nampak ada door gift arang yang beliau dapat dari kementerian. Maka beliau pon bukak la citer kisah selera orang Jepun yang pelik itu. Tapi arang bukan sebarang arang yek. Arang spesel namanya dan rege dia sangat mahal u ols.

Dan tahukah anda Malaysia merupakan peng-ekspot arang spesel itu ke Jepun? Tak de jual kat sini. Untuk eksport saja. Jangan korang try masak guna arang yang bako sate tu yek. Kalau koma nanti ambe tak tanggungjawab. Arasoo...hehe

Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah :


Kim Rae Won as Lee Sung Chan 
Tak lain dan tak bukan abang kita ni (yang sekarang sedang berkhidmat utk negara). Di pilih melakonkan watak ini sebab beliau memang terer masak di luar set


Nam Sang Mi as Kim Jin Soo

Sebagai wartawan untuk kolum masakan


Kwon Oh Joong as Oh Bong Joo 
Sebagai abang kepada Sung Chan. Seorang yang takde basic masak langsung tapi sungguh terer masak dalam drama ni...hehehe


Kim So Yun as Yoon Joo Hee 
Sebagai pengurus di Un AHm Jung. Syok kat adik tapi abang plak syok kat dia. 


Won Ki Joon as Min Woo

Sebagai pesaing Chef Sung Chan yang jahat dan pembelot semasa Un Ahm Jung mengalami masalah. Dia ingat dia boleh naik pangkat bila dia belot. Skali bos baru dia cakap, "aku tanak ambek ko keje sebab ko tak loyal"

Kahkah padan muka. Moral of the stori, setia la pada majikan anda yang baik waktu senang mahu pun susah. Sekali kita belot, orang dah tak percaya kat kita lagi.

OST

No comments: