Petikan akhbar Utusan 14 Dis 2010
Abang Jumong yang berada di negara kita baru-baru ini.
TENTUNYA masih segar dalam ingatan kita bagaimana drama Winter Sonata - produk dari Korea Selatan yang mencipta fenomena tersendiri di negara ini.
Ketika itu, sana sini semuanya memperkatakan tentang drama bersiri yang dibintangi Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo itu. Semuanya bagaikan dipanah cinta dan dipukau dengan drama tersebut.
Meneruskan kelangsungan kejayaan Winter Sonata, deretan drama Korea mula membanjiri televisyen di negara ini.
Muncullah drama-drama seperti Stairway To Heaven, Full House, Autumn In My Heart, My Girl, Love Story In Harvard, Meteor Garden dan banyak lagi sehingga tidak terhitung jumlahnya.
Kesan yang terhasil daripada drama-drama Korea ini memang bukan kecil-kecil anak.
Pengaruhnya memang cukup besar. Sehingga berjaya membantu industri pelancongan negara itu. Apa tidaknya, kerana drama-drama terbabit berduyun-duyun peminatnya meluangkan masa dan bercuti ke Korea Selatan.
Semuanya kerana mahu melihat sendiri keindahan alam semula jadi dan persekitarannya seperti mana yang digambarkan menerusi sinematografi yang cukup cemerlang menerusi drama-drama kelahiran negara itu.
Dalam sekelip mata juga, ia berjaya mengubah senario dan corak menonton di negara ini yang sebelum ini begitu cenderung kepada drama-drama dari Hong Kong, Sepanyol, negara-negara Amerika Latin dan negara jiran, Indonesia.
Penulis tidak perlu mengambil contoh yang jauh. Cukuplah pengalaman ibu sendiri yang kini peminat tegar dan semakin menggilai drama Korea yang ditayangkan menerusi beberapa saluran di Astro.
Senario itu juga pastinya berlaku dalam setiap rumah di negara ini dengan sekurang-kurangnya seorang penghuninya pasti terpaku dan terpesona dengan drama Korea.
Mengapa drama-drama Korea ini begitu bermagnet dalam menarik perhatian penonton kita?
Alasannya cukup mudah. Drama yang diterbitkan dari negara itu memiliki keistimewaan yang barangkali tidak ada pada negara-negara lain khususnya dari rantau Asia.
Jalan cerita dalam setiap drama ini memang cukup berbeza dan tidak pernah ada yang mempunyai plot yang serupa.
Mungkin akan ada yang berkata tiada apa yang menariknya tentang drama Korea kerana genre tetap sama.
[Jalan citer mungkin kadang-kadang nak dekat sama tapi pelakon hero tak sama uols]
Kenyataan itu mungkin ada benarnya kerana apalah sangat boleh diubah dan diperbaharui dalam mana-mana drama.
Begitu juga drama Korea. Sudah tentu genre yang diketengahkan lebih kurang sama iaitu komedi ringan, komedi romantik mahupun drama.
Tetapi, apa yang membezakan semua itu adalah bagaimana cara ia dibikin dan pendekatan serta pengolahan pada setiap drama itu lalu jadilah ia sebuah tontonan yang tidak basi.
Faktor itulah yang menjadi tunjang utama kekuatan sesebuah drama Korea yang memang jauh berbeza dengan drama import dari negara lain.
Bagi penerbit-penerbit di Korea Selatan, menerbitkan drama berkualiti yang mampu menarik tontonan ramai berkait rapat dengan soal kelangsungan hidup atau survival perniagaan mereka.
Ketua Bahagian Penyiaran, Perbadanan Penyiaran Korea HD Kim Youngsil memberitahu, di Korea Selatan terdapat ratusan stesen televisyen.
Semuanya perlu berlumba-lumba memberikan kandungan terbaik buat penonton di negara mereka.
Kegagalan berbuat demikian pasti akan menyebabkan mereka tertinggal. Apabila tertinggal ia pasti akan memberi kesan kepada perniagaan.
“Selain program hiburan dan muzikal, drama bersiri memang merupakan pilihan teratas hampir keseluruhan rakyat kami.
“Sebagai orang yang sudah lama dalam bidang ini, kekuatan setiap drama ini adalah terletak kepada plot dan jalan ceritanya,” kata Kim memberikan justifikasi terhadap fenomena drama Korea.
Dia memberikan jawapan itu ketika ditemui pada Forum Kandungan Televisyen Malaysia-Korea yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Kim merupakan salah seorang pembentang kertas kerja pada forum itu.
Kenyataan Kim mengenai kualiti yang ada pada drama dari republik itu sama seperti yang diberikan oleh para peminatnya.
Sebagai seorang yang sudah lebih dua dekad dalam bidang penyiaran di Korea Selatan, bagi Kim populariti drama-drama Korea adalah disebabkan jalan ceritanya yang cukup menarik perhatian.
Bukan kerana dia merupakan rakyat negara itu dan berkhidmat dengan salah sebuah badan penyiaran terkemuka di Korea Selatan, tetapi, dia cukup sedar akan senario itu bukan hanya di negara rantau Asia lain malah di negara kelahirannya sendiri.
Di sebabkan itu, drama-drama Korea kini mula menerobosi pasaran Asia Barat, Amerika Latin dan juga Amerika Syarikat.
Secara perlahan-lahan ia mula melebarkan empayarnya dan mula mengumpul peminat tersendiri di negara-negara terbabit.
Timbul juga persoalan adakah disebabkan pelakon-pelakon dalam drama terbitan negara itu yang kacak dan jelita merupakan faktor ia menjadi kegilaan?
Jawapan yang diberikan Kim memang mengejutkan apabila dia berkata: “Tidak. Populariti seseorang pelakon itu jatuh nombor dua.”
[Hamba setuju. Contoh drama artis popular Korea, Rain, Plan B - ambe KIV kejap nengok sebab banyak adegan lari-lari polis sentri. Pening aku nengok citer ko ni Rain oii. Sedangkan objektif kita menonton drama bukan nak tambah pening pala yang sedia ada dah]
Katanya, kalau pelakon itu popular sekali pun, tetapi jalan ceritanya tidak menarik, ia akan gagal dan tidak berupaya mencatatkan rating yang tinggi.
Namun, bukan semuanya mempunyai pandangan yang serupa. Biasalah, sudah menjadi norma cita rasa masyarakat yang tidak pernah sama.
Ada yang menonton kerana jalan ceritanya dan pasti akan ada juga yang menggemari drama Korea kerana taksub serta tertawan dengan paras rupa para pelakonnya.
[Bab ni tengok keadaan. Kadang tengok drama pasal hero nya yang kacak (walaupun plastik sikit2) dan macho lagi ber-enam peket (ahaks) sekali gus mendorong kita amalkan hidup sihat dengan bersenam (hahaha), kadang sebab jalan citer nya dan kadang sebab penulis skrip nya. Contoh penulis skrip yang hot, Hong Sisters]
[Bab rupa plastik ni rasanya ramai pelakon dari negara lain juga ada mem-plastikkan muka waima pelakon beragama Islam juga sekarang dah berani mem-plastikkan muka. So apa ada hal dengan wajah plastik pelakon Korea. Ye tak?]
Walaupun stesen penyiarannya lebih mengutamakan kepada penerbitan program hiburan, muzikal mahupun sukan, namun Kim tidak menolak kemungkinan stesennya akan menghasilkan drama bersiri dalam beberapa tahun lagi.
Bukan sekadar sebuah drama bersiri yang normal seperti lazimnya, Kim memberitahu perancangan yang sudah dirancangkan setakat ini adalah untuk menerbitkannya dalam bentuk tiga dimensi (3D).
Tetapi yang pasti sesuatu yang tidak berkualiti sudah tentu sukar untuk menarik minat orang ramai.
Apatah lagi drama Korea yang tutur bahasanya kita tidak fahami tentu sukar diminati jika persembahannya tidak berkualiti?
[Sarikata ada maaa]
Berapa lama seseorang itu boleh bertahan menatap wajah yang kacak dan jelita, tetapi ceritanya haprak?
*Untuk selama-lamanya kanda*
[Jalan citer haprak kadang-kadang otomatik boleh jadik tak haprak sebab ter-kaber line dengan kekacakan wajah hero nya. Sebab hero peberet bukan salu dapat tawaran berlakun. Pesaing ramai. Mungkin kena tunggu 2-3 tahun lagi baru beliau muncul lagi dalam drama. Ada tu kena pergi PLKN. Kena tunggu lagi 2 tahun. Jadik drama haprak pon haprak la..eh sukati je cakap haprak...kekeke]
Dengan mengambil contoh kejayaan penerbit-penerbit dari Korea Selatan yang berjaya mengeksport produk drama mereka ke serata dunia, penerbit tempatan juga mungkin boleh berfikir untuk mengikut jejak mereka.
Karyawan seni tanah air tidak seharusnya lupa akan kepentingan jalan cerita yang menjadi tonggak utama kepada sesebuah karya itu.
Bukan mahu memperkecilkan karyawan tempatan, tetapi, ketaksuban masyarakat negara ini terhadap karya Korea Selatan seharusnya dipandang secara serius dan positif oleh semua pihak.
Tidaklah ia membawa maksud semua drama terbitan anak tempatan tidak bagus tetapi, tidak salah kalau yang positif itu diambil dan dinilai agar dapat diterapkan dalam kandungan drama di negara ini.
Close up. Song Il Guk aka Abang Jumong
Ok anda pula. Kenapa anda suka menonton drama Korea? Kualiti dari segi apa? Wae? Wae? Kiu hei?
No comments:
Post a Comment