Intro
Ribiu ni saya dah buat sebelum puasa tapi tak publish-publish. Rupanya kelewatan saya mem-publish ribiu citer ni telah menyebabkan heroin drama ni bunuh diri u ols. Kesian. Lambat sangat tunggu di-publish kot.
Ye u ols, heroin drama ni yang merupakan aktres fofular Korea telah mencabut nyawa nya sendiri masa raya ke-dua aritu. Tumpang sedih kerna drama ni salah satu drama feveret saya pada tahun ini. Stress je bunuh diri. Asal bunuh diri mesti stress kan depa ni. Marang kerapu kepunden sungguh.
Dan drama ini kabarnya akan ada sekuel sebab kejayaan Season 1 ni yang luar biasa jaya nya dek kerana jalan ceritanya dan lakonan berkimia hero dan heroin nya. Dan heroin akan bertukar orang la nampaknya.
Dan bukan satu ribiu drama ni je saya peram ada kaitan dengan heroin bunuh dirik. Ada satu lagi ribiu drama saya peram iaitu kdrama Wonderful Life (lakonan Kim Jae Won & Eugene). Ingat tak? Bukan Eugene yang bunuh dirik. Kaitan dia ialah budak kecit dalam drama itu nama Jung Da Bin, yak itu sama nama dengan heroin Attic Cat yang bunuh diri jugak. Kenapa saya tak publish ribiu tu saya sendiri pon tatau sebab musabab nya.
Dan lepas ni saya takkan tangguh kan publish ribiu drama hero pojaan hati sebab takut nanti dia bunuh diri. Jika Kang Ji Hwan ka, Lee Junki ka, Kim Rae Won ka (sekadar menyebut beberapa nama) bunuh diri ka, alamat suram dan malap la blog ini. Kekekeke. Dorang ni bukan leh caya. Stress je bunuh diri kan. Ada yang stress ngisap dadah. Macam-macam kaedah.
Marilah kita saksikan ribiu drama ini yang telah ditaip sebelum Ajumoni ini membunuh diri.
Synopsis
Hong Sun Hee is a strong, happy go lucky housewife who accidentally meets her first love, Jang Dong Chul, again. But now he is known as Song Jae Bin to the whole entire world. Dong Chul became a famous star and didn't recognize Sun Hee the first time that they met because she looked like an old ahjooma. But back in high school, she was the prettiest girl. Sun Hee is already married to a man who always lands their family in debts.
Total episode : 16
Credit : http://wiki.d-addicts.com/Last_Scandal , WITH2S
Jika anda telah menonton kdrama Full House, saya rekemen anda tonton pula drama ini. Ada sedikit kesamaan dengan Full House tapi corak dia lain. Kesamaan dari segi watak pembantu rumah dan aktor popular. Pembantu rumah kali ini adalah sorang ahjumma (wanita yang telah berkahwin). Drama ini juga mendapat jolokan Cinderella Korea. Dan drama ini tampak lebih dewasa sikit dari Full House.
Antara kdrama yang mesti tonton pada tahun ini sebab lawak nak mampos. Drama ini juga membuktikan bahawa faktor usia tidak menghalang mereka untuk kelihatan cute dalam memainkan peranannya. Hero dan heroin masing-masing di ambang umur 40 tahun mengikut tarikh lahir di dalam surat beranak. Saya yakin betol anda akan menyukai pasangan dalam drama ini.
Kisah mengenai seorang surirumah yang sederhana perwatakannya, kental dan bersemangat waja, bernama Sun Hee yang dibebani dengan hutang suami nya. Suami nya sekarang berada di dalam penjara akibat kes penipuan di dalam perniagaan nya yang melibatkan berjuta-juta Won. Maka si suami itu telah merayu isterinya supaya melangsaikan hutangnya agar suami nya dapat keluar dari penjara. Sebagai seorang isteri yang solehah dan kasih pada suaminya itew, Sun Hee bekerja keras mencari wang untuk menebuskan suaminya kerna dia tidak sanggup melihat suami nya meringkuk di dalam penjara. Sun Hee membuat kerja part time sebab dia surirumah sepenuh masa. Segala kerja dia buat untuk mendapatkan wang selagi tidak melanggar batas-batas beliau sebagai seorang isteri. Antara kerja part time ialah berlakon jadi extra dalam iklan, dubbing suara orang ketawa, jalani operation untuk claim insurans dan sebagainya.
Lebih mengharukan keadaan Sun Hee, keluarga belah suami nya macam nam jahanam. Sorang pon tidak mahu membantu Sun Hee. Mak mentua sering menyalahkan Sun Hee kerana membawa suwey di dalam keluarga nya hingga anak lelaki nya masuk penjara. (Watak ibu mertua ni kita rasa cam nak lempang dia) Manakala si adik ipar Sun Hee pula asek membuli nya sebab Sun Hee sekolah tak tinggi.
Kemudian pada satu hari sepoi-sepoi bahasa, bekas teman lelaki Sun Hee semasa di sekolah dulu menjejak kasih Sun Hee melalui telefon. Mereka merupakan pasangan chenta pertama 20 tahun dahulu dan kemudian terpisah oleh keadaan. Sembang punya sembang, mereka bersetuju untuk berjumpa buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun. Maka hari temujanji di tetapkan di sebuah hotel. Sun Hee mahu berjumpa bekas teman lelaki nya itu dengan harapan teman lelaki itu dapat membantu beliau dari segi kewangan sebab bekas teman lelaki itu beritahu Sun Hee dia adalah seorang ahli perniagaan.
Bila berjumpa, bekas teman lelaki itu terkejut beruk mak nyeh melihat wajah Sun Hee. Ini kah Sun Hee mata air ku 20 tahun yang lampau? Nehiii. Kerana tidak sanggup menerima kenyataan yang Sun Hee kelihatan seperti ahjumma yang tak siap, bekas teman lelaki itu purak-purak tidak kenal Sun Hee dan melarikan diri.
Kemudian dipendekkan citer, Sun Hee akhirnya mendapat kepastian bahawa lelaki itu benar bekas teman lelaki nya 20 tahun yang lampau. Bekas teman lelakinya itu kini adalah seorang aktor popular di Korea dengan nama glamernya Song Jae Bin yang berusia 32 tahun. Nama sebenar Song Jae Bin ialah Jang Dong Chul berusia 39 tahun. Muda 7 tahun hahaha. Song Jae Bin telah menipu usia untuk kelihatan lebih muda. Antara sebab lain Song Jae Bin tidak mahu mengaku mengenali Sun Hee sebab Sun Hee tahu umur sebenar dia dan dia bimbang Sun Hee akan menghebahkan hal sebenar kepada media hiburan dan juga rancangan Melodi. Song Jae Bin takut populariti nya akan jatuh jika peminat tahu umur sebenarnya.
Kemudian dipendekkan citer lagi Sun Hee amat terdesak untuk mendapatkan wang dengan segera untuk membebaskan suaminya. Maka dia pon pergi ke rumah Song Jae Bin mahu 'menjual' dirinya sebab dia rasa Song Jae Bin masih mempunyai rasa chenta pada diri nya. Demi untuk menyelamatkan suami nya, Sun Hee sudah tidak mempunyai jalan lain. No jalan and no road.
Kemudian lain pulak jadi nya di rumah Song Jae Bin. Sun Hee di perkenalkan sebagai pembantu rumah oleh Song Jae Bin kepada abangnya secara tidak sengaja untuk menutup tembelang yang dia dan Sun Hee saling mengenali satu sama lain.
Dan berlaku la adegan lucu bila Sun Hee diterima sebagai pembantu rumah oleh abang Song Jae Bin. Sun Hee amat gembira kerana dia telah mendapat kerjaan. Tetapi dia tidak gembira kerana harus berdepan dengan Song Jae Bin setiap hari dan dibuli oleh adik tuan rumah itu. Dan akhirnya adik bradik Jang itu membantu ahjumma Sun Hee counter attack suami nya yang mahu menceraikan dia kerna sudah ada wanita simpanan yang lebih kaya dari isterinya.
Bagaimanakah kisah selanjutnya?
Jangan ketinggalan saksikan drama komedi ini. Anda pasti tidak nyesel. Ending nya happy. (Hakikatnya selepas 02 Oct 08 dah tak happy dah)
Dan para pelakon nya pula :
Jung Joon Ho as Song Jae Bin / Jang Dong Chul
First time menonton beliau watak komedi utama. Baru ter-notis ke-kendo-an nya...hehe
Byun Jung Soo as Lee Na Yoon
Akhir kata,
"Last Scandal of My Life"...btol-btol last yeww
*ini btol-btol kejadian bukan chobaannnn*
No comments:
Post a Comment