Thursday, January 05, 2006

KDrama : 3 Leaf Clover (2005)




Synopsis

Gina (Hyo Ri) is a welder in a steel mill with a felony wrap behind her. With her tag as an ex-felon, she struggles to maintain any semblance of average normal life of an everyday civilian. This is a story about her trials and tribulations and how she deals with the obstacles that are thrown at her all the while maintaining a chaotic relationship with her rebellious boyfriend.

Credit : Drama Wiki
Total episode : 16


Drama ni tak brape meletops. Sebab tu aku pun macam nak beli ke tak...nak beli ke tak citer ni masa kat KL tapi ada member rekemen suh tengok. Baca komen² kat forum pon tak brape memberangsangkan. Mungkin sebab pelakon dia kot. Hero dia bukan hero gred 'A'. Dalam citer Oh! Feel Young aku tak bape suka dia. Kesian kat dia pon ada. Lepas tengok citer ni dia termasuk dalam senarai hero peberet aku hehe. Suka tengok dia dalam citer ni. Heroin dia pelakon baru tapi seorang penyanyi yang popular kat Korea. Ala² Britney Spears pon ada. Aku suka karakter dia dalam citer ni. Tak macam first time berlakon. Kemdian citer ni juga buat aku kengsel seme appointment malam yg ada haha. Alasan bagi 'ada hal'. Padahal nak perabih tengok citer ni. Tu la penangan citer ni sampai tak cukup tido dan tak de mood nak celebrate new year di mana² hehehe

Beli citer ni kat Brunei aritu. Potongan 50% dapat le B$12 tukar Malaysia Ringgit RM 24. Murah sey. Dah murah beli je la kan. Gambar bleh tahan. Tengok² best lak citer dia. Citer ni aku boleh bagi kan kepada 2 jalan citer. Jalan citer pertama sangat stereotype dalam drama² Korea. Kisah ibu lari dengan jantan lain tinggalkan suami ngn anak. Brape banyak daaa jalan citer cenggini. Agaknya anak² ni tak de nilai buat ibu² di Korea ek. Hopefully tahun 2006 kurang la jalan citer cam ni utk drama² akan datang.



Jalan citer yang kedua menarik. Bagaimana seorang ketua kilang yang dah lama keje situ ingin mengubah ego Presiden nya yang masih mentah dalam dunia perkilangan supaya reti bercampur gaul dengan pekerja bawahan. Disebabkan sayang akan kedua-duanya, kilang dan Presiden, maka ketua kilang telah membuat satu pakatan 'mengguling' Presiden dalam satu mesyuarat pemegang saham kilang yang mana Presiden 'tersingkir' daripada kilang yang dibina oleh ayahnya sendiri. Nampak kijam tapi sebenarnya ketua kilang berniat baik. Seterusnye kena la tengok citer ni yek yang mana Presiden kembali semula ke kilang dengan syarat bermula dari bawah.

Seterusnya watak heroin yang sangat aku suka. Berjaya menghayati watak sampai aku pun syok tengok hehe. Jina, seorang perempuan yang lasak, kuat semangat dan selamba, seorang adek yang salu makan hati ngn peel abg dia yg suka main² dan membazir duit. Abang dia kalu keje boleh tahan 4 hari 3 malam saja *tarak guna ini abang* Jina juga seorang cucu yang sangat sayang akan nenek dia dan seorang anak yang kekurangan kasih sayang ibu dan bapa.


Secara kasar citer ni ada 2 pasangan A dan B. Pasangan A, Jina sama boipren dia yg berkawan baik sejak dibangku skola. Laki tu memang suka giler kat Jina. Pasangan B hero ngn awek dia. Depa pun berkawan dah lama dari kecik. Kisah drama seterusnya bermula lepas pasangan B terlanggar sampai mati nenek kesayangan Jina. Diakhir celita haa...iteww pasangan A ngn B telah mansuh dan wujud plak pasangan C. Pasangan D dan E menyusuli kemdian. Persoalan nye : Brapa pasang kasut yang ada kalu kita campur kesemua pasangan yang sah wujud dalam ini crita?...muahahahaha tak de tak de....gurau jek

Ok la citer ni. Saya suka, anda pun mungkin boleh turut suka hehehe.

No comments: