Friday, October 13, 2006

KDrama : One Fine Day (2006)




Synopsis

A drama about a young woman named Seo Haneul (Sung Yuri) who works at "Aqua World" as an aquarist, that reunites her with her brother, Seo Gun that, whom she has been separated from for 15 years.

 
Starring : Sung Yu Ri , Gong Yoo , Lee Yeon Hee , Nam Goong Min


Total episode : 16

Credit : DramaWiki , HanCinema, MBC



Apa mau citer pasal citer ni? Jalan citer kebanyakan yg biasa. Kisah abang dan adik terpisah sejak kecil kemdian berjumpa balik lantas terjalin hubungan cinta sebab mereka saling taking care each other. Yang menarik mungkin sinematografi yg cantik. Pemandangan yg indah. Selain mutu lakonan yg tidak perlu disangkal lagi dalam drama Korea.

Berlokasi di Australia dan kemdian balik di Korea.

Kedapatan beberapa kejutan dalam jalan citer nya.

Pertama, abang dan adik yg disangka adik bradik sebenar, sebenarnya hanya adik bradik tiri.

Kedua, ada kes bunuh di sebalik heroin di ambil jadik anak angkat kepada keluarga Park.

Ketiga,...kena tengok sendiri la. Kang dah tak saspen dah hahaha

Yang buat citer ni tak brape best bagi saya ialah ending dia tidak berpihak pada saya. Mencikkk muhahaha

Dan lelagu dalam citer ni juge kureng menyerlah.
Gong Yoo sebagai Seo Gun

Pertama kali tengok lakonan dia. Dalam citer ni dia 1st hero menjadi abang kepada heroin. Karekter seorang yang ala² gengster. Al-maklum hidup terbiar masa kecil tak de mak bapak. 


Waktu kecil dia merempat di Autsralia (Dahsat depa ni asal terpisah je pi luar negara muahaha... citer apa lagi terpisah masa kecil kemdian pi Australia...yaaa betol) Kemdian pulang ke Korea sebab dapat info tentang keberadaan adik perempuan nya yg telah terpisah selama 15 tahun. First half citer dia nampak serabai, lepas potong rambut baru nampak esmem sket hehehe

Sung Yu Ri sebagai So Ha Neul / Park Hae Won

Sekali lagi dapat watak dilema oleh cinta 3 segi. Pada saya muka dia ni ada gabungan muka heroin Full House ngn heroin Goong hehehe Dalam citer ni dia jadik adik kemdian jatuh cinta dengan abang nya. Sangat minat keje kat pusat aqua sebagai aquarist. Mempunyai kehidupan yg stres dengan keluarga angkatnya sebab 'abang angkatnya' juga syiok sama dia dan selalu intai² dia dalam bilik tidur menyebabkan dia selalu berada dalam ketakutan. Nak tidur pon tak tenang. Sehinggalah 'abang sebenarnya' muncul dan membawa dia keluar dari keluarga tersebut. Lepas bertemu 'abang sebenarnya' dia mahu memutuskan hubungan terus dengan keluarga angkatnya tetapi nnagk bisa kerna...jeng jeng jeng. Ini la kejutan ketiga yg harus anda saksikan sendiri huhu. Next drama dia digandingkan bersama Hyun Bin. Tarak sabar nye mau tengok.

Nam Goong Min sebagai Kim Dong Ho

Sorang lagi aktor yg berkaliber lagi taste ahakss. Lepas ni kalu bole mau tengok dia jadik lead hero. Muka ada mirip Kim Jae Won. Watak dia sebagai Team Manager di pusat aqua tempat di mana heroin keje. Seorang yg bad temper suka menengking tapi nanti ada part² yg dia nampak cute huhuhu. Kemdian tersuka sama heroin. Tapi heroin cuma layan sekadar mengisi lapang dan masa boring dan memberi harapan kosong. Kejap suka kejap tak suka. Kijam la iteww pompuan.

Lee Yeon Hee sebagai Goo Hyo Joo

Heroin A Millionaire’s First Love. Dalam citer ni menyampah plak tengok dia sebab dia tak de sifat memahami orang lain. Kalau kita suka seseorang harus menchobak tambat hati nya dengan memahami nya kok. Org dah panas jangan lagi curahin minyak tanah. Malatop la jadik nya hiks. Dalam citer ni dia mengidap sejenis penyakit dan harus segera dioperasi. Keluarga nya amat rapat dengan hero sejak kecil makanya hero berusaha mencari wang bagi membiaya kos operasi hatinya di Australia.

No comments: