Wednesday, October 31, 2007

KDrama : 9 End 2 Outs (2007)



Synopsis

The drama is about love of singles in their 30s. Hong Nan Hee is an ordinary worker at a publishing firm, she's a girl who always falls in and out of love since she was young until one day when she meets an old classmate, Byun Hyung Tae, who is a team leader of an advertising company again. Hyung Tae may seem to be a good catch in the eyes of many women but he's only a cowardly boy to Nan Hee whom he has grown up with. '9 End 2 Outs' is using the baseball theme to compare to the fates and lives of the people in love

Life imitates baseball. You always get a second chance even when you’re losing. The 4th batter at the plate could drive in a home run at the bottom of the ninth inning to win the game or the opposing team could make a game-losing mistake and allow the player on third base to score. The game of baseball is full of surprises and comebacks

Total episode : 16

Cast :
Lee Jung Jin , Soo Ae , Lee Tae Sung , Hwang Ji Hyun , Lee Sang Woo

Credit : Hancinema , DramaWiki

nampak tak itew bangunan tinggi...antara bangunan tertinggi di Seoul...63 building...aritu saya mau pergi tapi tidak berkesempatan...hanya melihat dari jauh saja...kalo anda ingat citer My Girl hero ngn heroin ada dating kat situ...


Satu-satunya citer lepas tengok episode 1 saya terus jump tengok episode akhir 16 sebab nak tahu ending. Ok ending happy bole continue tengok hahaha. Kalau lain citer saya bole sabar tak mahu tahu ending macam mana, tapi citer ni tak bole sabar mau tahu ending macam mana

Citer ni menggunakan tema kiraan dalam baseball. Antara sukan yang saya tak reti nak tengok juga baseball sebab tak tahu kiraan mata dia macam mana. So maksud 9 End 2 Outs ni main agak-agak sendiri la apa maksud dia. Sekarang ada channel 303 bole la layan game baseball iteww hehe.

Citer komedi romatik mengisahkan heroin bernama Miss X (nama samaran), yang telah berusia mencecah 30 yang masih belom berkahwin yang menyebabkan mak dia salu membebel setiap hari sehingga dia keluar rumah pindah tempat lain sebab tak tahan bebelan mak dia. Miss X juga tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk berkahwin, pekerjaan juga cukup makan saja sebagai penulis novel. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang penulis yang terkenal suatu hari nanti. Bila nya tak pasti. Mungkin Miss X hanya berangan dalam sedar sebab dalam hidup Miss X dia belum mencapai sesuatu yang membanggakan buat diri dan keluarga nya. Sebab tu dia selalu kena bebel ngn mak dia. Dalam pada itu Miss X masih tercari-cari teman istimewa yang dapat sehidup semati bersamanya. Bercinta kemudian putus sudah banyak kali. Belum ketemu sama Encik Kanan nya lagi. Dia mempunyai seorang teman lelaki yang 8 tahun lebih muda dari nya. Teman lelakinya itu seorang pemain baseball amat menyukai aweks yang lebih tua darinya. Dia tidak kisah apa pon orang kata walaupun bila mereka berdating mereka kelihatan seperti adek dengan kakak saja.

Mereka berdua menjalani kehidupan yang happy go lucky. Namun langit tidak selalu cerah. Mendung tidak bererti hujan. Air yang tenang jangan sangka tiada buaya. Kalu nak tengok buaya pi la ke Taman Buaya Melaka. Cinta mereka dihalang oleh kedua belah pihak keluarga. Ye lah siapa yang nak bagi anak perempuan dia berkahwin dengan lelaki muda lagi mentah lagi tidak mempunyai pekerjaan totap. Setakat pemain baseball yang kadang kalah kadang menang itu. Tambahan teman lelaki itu belum menyertai khidmat negara, belum sesuai untuk mendirikan rumahtangga. (warga lelaki Korea kan kena jalani 2 tahun servis military) Manakala pihak keluarga lelaki takkan mahu menerima menantu perempuan 8 tahun lebih tua dari anak lelaki nya yang hensem itu. Ya di sini la terjadi nya konflik diri Miss X.




makanan korea ciput-ciput je kan...depa terkejut tengok orang malaysia punya makanan...heavy-heavy belaka...


Miss X menyangkakan dia telah bertemu dengan Encik Kanan nya iaitu teman lelaki nya itu. Tetapi bukan rupanya. Rintangan demi rintangan, halangan demi halangan di lalui, chobaan demi chobaan di tempohi, akhirnya Miss X berpisah dengan teman lelaki nya pemain baseball itu kerana masa depan teman lelaki nya itu masih jauh perjalanan nya kerana dia masih muda belia lagi. Manakala Miss X sudah lalui apa yang belom teman lelaki lalui lagi. Miss X harus menerima kenyataan bahawa untuk bersama dengan lelaki yang 8 tahun lebih muda darinya adalah sukar. Apa tak sukarnya. Miss X harus berkelakuan dan berpakian seperti orang muda, berpikiran seperti orang muda juga yang mana orang muda hanya tahu berseronok-seronok dan bermain baseball. Darah muda katakan.

Tu satu citer.

Citer lagi satu. Miss X ini mempunyai sahabat karib yang dikenali semenjak kecil. Childhood friend katanya. Mereka berkawan sejak dari dalam perut hehe. Mereka telah mengenali antara satu sama lain selama 30 tahun dan sahabat karibnya ini adalah seorang lelaki yang amat ganteng iaitu Mr. Y, hero dalam citer ni. Macam mana Miss X bole tidak jatuh cinta sama Mr. Y pon saya moskel. Segala masalah suka duka dalam percintaan juga pekerjaan Miss X akan bercerita dengan Mr. Y kerana Mr. Y adalah seorang pendengar yang setia. Hubungan mereka berdua amat akrab tetapi tidak sampai bercinta sebab Mr. Y tidak selera tengok Miss X haha. Berkawan boleh. Pernah satu ketika Miss X rela kehilangan teman lelaki dari kehilangan sahabat. Begitu la gambaran keakraban persahabatan mereka.

Dipendekkan citer, disebab kan Miss X sering putus cinta ditengah jalan dan kecewa, Mr. Y bersimpati dengan Miss X dan lantas membuat penawaran jika sampai umur 40 Miss X masih belum bertemu Encik Kanan nya, Mr. Y sudi mengkahwini Miss X. Itu pong sekiranya Mr. Y sama-sama solo lah. Mr. Y pon masih dalam pencarian teman wanitanya selepas berpisah dengan teman wanita terdahulu.



gerai tempat dating melepas kan stress sambil menikmati soju...

Bagaimanakah kesudahan kisah sahabat ini? Disebabkan saya dah beritahu ending happy, mereka berdua bersama akhirnya tatapi bagaimanakah caranya? Caranya itu harus dinonton. Oleh itu anda saksikan sendiri drama cinta komedi 'baseball' ini.

Tengok citer ni saya tingat pada sorang sahabat lama saya suatu waktu dahulu. Sahabat karib macam Mr. Y jugak Cuma dia kurang ensem dari Mr. Y hehe. Apa-apa masalah kita boleh cerita dan kongsi bersama sebagai sahabat karib.

Citer ni nak kata best sangat tu tidak juga, nak kata tak best pon tidak juga. Boleh layan la (especially hero ;p). Jalan citer dia ada lain sikit dari yang lain. Bukan citer anak orang kaya bercinta dengan anak orang miskin. Juga bukan citer watak utama ada penyakit kronik. Atau citer rebut harta waima rebut tanah pusaka. Citer mengenai kehidupan seharian. Seperti kehidupan kita-kita juga. Ada up and down.

And the para pelakon :


Lee Jung Jin as Byun Hyung TaeLama tak nampak dia ni. Macam dok satu taman perumahan laks lama tak nampak hehehe. Baru tammat khidmat negara rupanya.

Sebagai Mr. Y. Kelihatan lebih esmem dari citer Love Story in Havard. Bekerja di syarikat advertising.



Soo Ae as Hong Nan Hee

Sebagai Miss X iteww. Kecil molek orang nya. Sekali imbas macam Anita Mui. Antara heroin yang muka ada jerawat hehehe

Lee Tae Sung as Kim Jung Joo

Sebagai kekasih muda 8 tahun Miss X. Saya tergelak melihat rupanya dalam citer ni sebagai budak kecik yang suka menangis berbanding watak nya sebagai bodigad dan gangster macho dalam kdrama Time Wolf and Dog.

Hwang Ji Hyun as Yoon Sung Ah

Bekas kekasih Mr. Y. Dia tinggalkan Mr. Y untuk mengejar cita-cita menjadi pemain gitar terkenal di France. Kemdian kembali semula ke Korea dan ingin menyambung semula percintaan dengan Mr.Y.


Lately citer Korea suka macam ni kan, pompuan tinggalkan lelaki kemdian nak continue balik percintaan macam lelaki tu tak kan berjumpa dengan pompuan lain yang lagi bagus kan. Nyampah tol. Coffee Prince pon macam tu kan. Patut lelaki tu buat dek ngn pompuan macam tu sambil cekak pinggang berkata "Ooo dulu ko senang-senang tinggalkan aku pas tu nak balik semula. Apa ko ingat aku tunggul kayu. Buat apa kau menangis di sini. Pergi kau main muzik di sana". Hahaha.

Lee Sang Woo as Lee Joon Mo

Antara bekas kekasih Miss X. Juga second hero dalam 18 vs 29. Also ada dalam movie Almost Love bersama Kwon Sang Woo. Nama pon nak dekat sama KSW.

 

Antara awek cun dalam citer ni. Saya rasa dia sangat jelita. Kulit muka cantik dan body pon cun. Nanti u all tengok.

OST4/5. Best jugak.

No comments: