Thursday, November 01, 2007

Filem : Suster Ngesot (2007)


* Amaran *

Jika anda seorang yang penakut jangan teruskan men-skroll ke bawah. Terus beralih ke blog lain. Entri ini mengandungi gambar-gambar hantu separa seram yang tidak sesuai ditonton oleh ibu-ibu mengandung, mereka yang lemah semangat juga mereka yang takut gambar hantu. Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak lena tidur malam atau takut pergi ke tandas seorang diri di waktu malam atau termimpi hantu ngesot gara-gara melihat gambar hantu ngesot di blog innew.

******************************************************






Synopsis

Suster Ngesot is one of Indonesian scary legend. As the title, the movie is based on that scary legend. Two young girls who worked as nurse, Vira (Nia Ramadhani) and Silla (Donita) are on their business trip from Jakarta to Bandung. They meet Mike, an Australian who’s on trip to Indonesia. They have to stay at the old dormitory with mysterious keeper named Mak Saroh. They don’t know that long time ago, there was a young woman killed by her cheated boyfriend, and her spirit still haunted people especially who having affair.

Cast : Nia Ramadhani,
Mike Lewis, Donita, Lia Wode, Jajang C. Noer, Arswendy Nasution, Mastur

Director : Arie Aziz

Website


rupa paras pintu bilik sudah menggerunkan...berani kamu yek mahu netap situ

Melihat pada tajuk nya pasti kita dah boleh bayangkan hantu nya pesen macam mana. Ya betol. Hantunya jalan mengesot karena kakinya telah dirosakkan.

Suster ialah jururawat dalam bahse Indonesia.

Makanya gambaran kasar yang boleh kita paham melalui tajuk pilem ini ialah hantu jururawat yang jalan mengesot. Bagaimanakah kekdahnya jalan mengesot ini? Macam gambo kat atas tu.

Kenapa jururawat itu jalan mengesot?

Begini kisahnya.

Pada suatu hari ada 2 orang sahabat baik bernama Vira dan Silla yang berprofession suster berasal dari Jakarta pergi ke Bandung kerana ditugaskan berkerja di sebuah rumah sakit di Bandung. Bila sampai di Bandung mereka menetap di sebuah asrama. Di asrama itu mereka ditempat di sebuah bilik yang sudah 20 tahun terkunci. Nasib mereka kurang baik kerana semua kamar sudah penuh dan mereka amat butuh akan bilik sewa lantas ketua asrama yang bermata duitan itu terpaksa menyewakan jugak bilik itu. Dah alang-alang menyeluk pekasam, seluk pekasam sampai dapat dan goreng pon sodap. Dah alang-alang ada orang nak sewa, lebih baik dia menyewakan nya. Dapat jugak dia duit dan bisnes untung.

20 tahun bilik itu terkunci. Yang si penyewa tu pon ada hati nak duduk jugak dalam bilik tu. Sungguh gagah dan berani. Kalau upah Rupiah 10 juta pun gue nngak sanggup menyewa di dalam bilik itu. Pastu ko nak menjerit-jerit bila nampak hantu. Kosserrr tau. Hahaha

Suster N ditanam di dalam dinding

Tidak perlu disaspenkan lagi, ya bilik sewa itu ada misteri yang terpendam disebalik dinding-dinding nya. Ada mayat suster tertanam di dalam situ 20 tahun yang lampau iaitu bernama Suster N (nama samaran). Mayat Suster N itu dibunuh oleh tunang nya sendiri. Sebelum dibunuh kedua kaki Suster N itu di hentak dengan kerusi besi hingga tulang kaki suster itu mengalami kepatahan yang amat serius hingga tidak boleh berjalan. Suster N itu mengesot-ngesot pada tunang nya supaya jangan membunuh nya tetapi syaitan telah menguasai diri tunang Suster N itu. Keadaan menjadi semakin tegang. Tiada siapa dapat menyelamatkan Suster N itu dan suster itu mati ditangan tunang nya sendiri kemdian mayatnya ditanam di dalam dinding bilik iteww. Bila mayat tidak kebumikan dengan sempurna, maka rohnya tidak aman dan merayau-rayau. Roh Suster N itu bangkit membalas dendam.

Dalam pada dia mahu membalas dendam, dia memilih mangsa yang hendak di balas dendam. Bukan sembarang orang dibunuhnya. Ada kategorinya. Kategori mangsa pilihannya ialah mereka yang berselingkuh (curang) pada kekasihnya. Rohnya sangat amaroh bila melihat pasangan yang curang. Suster N itu dibunuh kerana telah menangkap tunangnya sedang berdua-duaan dengan sahabat baik nya di atas katil di dalam bilik sewa itu. Oleh kerana tidak mahu rahasia selingkuh nya tersebar luas, tunang Suster N itu telah membunuhnya.

Berbalik pada kisah Vira dan Silla. Vira (lakonan Bawang Merah) mempunyai sorang teman lelaki ensem bernama Mike. Disebabkan percaya pada kawan dan teman lelaki nya, Vira tanpa syak wasangka dan cemburu telah menyuruh Mike menghantar dan mengambil Silla dari rumah sakit ke asrama jika Vira terpaksa keje lebih masa. Seringkali hantar punya hantar, ambil punya ambil sebagai supir, Mike dan Silla akhirnya terkuch-kuch hota hey sesame sendiri dan berselingkuh di belakang Vira.

Apa lagi Suster N pon hangin satu badan dan tersangat marah (sebab Suster N tidak boleh melihat orang berselingkuh...luka lama berdarah kembali hiks) dan membunuh Silla dan Mike bagi pihak Vira.

Sebelum membunuh mangsa-mangsanya Suster N akan bagi klue pada Vira siapa kah yang akan dibunuhnya.

Bagaimanakah cara Suster N memberi klue pada Vira? Tu anda kena saksikan sendiri. Bila Vira dapat hint yang Mike mangsa seterusnya, Vira tanya pada Mike adakah kamu sedang berselingkuh? Mike menafikan. Kemdian Mike kena bunuh. Padan muka kau curang lagi. Dah curang bohong plak ye. Rasain.

Kalau hantu ni ada kat mesia kan bagus. Membunuh mereka yang curang. Pasti tiada lelaki bernikah lebih dari satu sebab sebelum bernikah kali kedua dah mati kena cekik ngn Suster N ;p

No comments: