Tuesday, October 30, 2007

Teater : P.Ramlee The Musical




Komen saya 'best giler' !!!

Rekaan pentas, muzik, lagu, pelakon seme gempak, world class. Syabas buat semua tim produksi.

Sebagai peminat fanatik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee saya teruja mahu menyaksikan teater musical ni. Kalau anda perasan saya banyak quote dialog-dialog P.Ramle dalam blog saya. Especially dialog-dialog komedi. Memang dah sebati dengan jiwa raga. Saya membesar dengan citer-citer P.Ramlee. Dah boleh hafal. Asal buat apa je musti ada nak kaitkan dengan dialog P.Ramlee. Mungkin itu keistimewaan insan bernama P.Ramlee. Tak caya tanya dengan makencik * wink * wink *

Berbalik pada teater musical ni, ingat lepas raya baru nak pi beli teket. Bulan puasa nak pi redah jem beli teket, tak kuasa rasanya. Malangnya teket dah sold out pas raya. Tapi saya percaya yang beli teket tu bukan orang-orang kecil dan kebanyakkan macam kita-kita ni tetapi syarikat-syarikat besar, syarikat sponsor yang borong beli seme teket. Kasihan orang-orang macam kita ni nak pi tengok teater. Bukan kita tak mampu beli teket. Mampu ye.


So saya mau sajes pada Datin Seri Tiara next time kalu ada bikin teater lagi penayangan tu dibuat secara berperingkat-peringkat.

Peringkat pertama untuk VVIP, VIP, rakan artis, orang ada-ada, kroni
Peringkat kedua untuk tetamu sponsor-sponsor
Peringkat ketiga untuk orang-orang kebanyakan macam saya dan kawan-kawan yang lain

Jadi semua berpeluang menonton teater yang hebat ini. Kalau buah tangan Datin Seri mesti hebat punya. Masalah yang sama juga saya tempuhi sewaktu nak beli teater Puteri Gunung Ledang. Banyak tempat duduk yang bagus-bagus syarikat sponsor dah amek. So kitorang dapat la teket tingkat atas. Yang view nya sipi nampak sipi tak nampak. Tapi mungkin juga teket berharga lebih RM100 orang akan kata mahal makanya para sponsor borong seme teket-teket mahal. Saya dengar citer ada kompeni sponsor borong teket mahal kemdian di jual pada staf dengan harga diskon. Mungkin sponsor itu mahu menjaga hati staf-staf nya yang tidak mendapat bonus dengan membelanja separuh teket teater musical. Mungkin juga.

Pada awalnya saya beranggapan teater ni akan memaparkan tentang perjalanan seni P.Ramlee saja. Rupanya tidak. Teater musical ini juga menceritakan kisah hidup peribadi P.Ramlee. Kehidupan perkahwinan beliau yang mana saya pun tidak berapa amek tahu sangat kisah hidup peribadi P.Ramlee. Menonton teater ni saya mendapat gambaran yang jelas dan mendalam lagi mengenai P. Ramlee

antara tarikan untuk menyaksikan teater ni 'Azizah'...ooo nona ku azizah...


Sinopsis teater

Bermula dari zaman P.Ramlee kecil di Penang kemudian bercinta dengan gadis cantik molek bernama Azizah. Kemudian P.Ramlee di offer ke Singapura untuk bekerja dengan Malay Film Production (MFP) lantas berpisah dengan kekasihnya Azizah. Di MFP P.Ramlee bekerja bermula dari peringkat bawahan. Kemudian berkahwin dengan Junaidah. Pastu jodoh tak lama depa ber-cherai. Kemdian P. Ramlee jadi pelakon. Berkahwin dengan Norizan pula. Lepas berkawin ngn Norizan, P. Ramlee mengarah pilem pertama beliau iaitu ‘Penarek Becha’ yang mana nama Azizah digunakan sebagai watak dalam pilem Penarek Becha, yang mana Norizan jeles sama Azizah lah.

Kemudian P. Ramlee menjadi glamer dan popular dan semakin sibuk dengan karier nya bersama Shaw Brothers hingga mengabaikan Norizan. Lantas Norizan mintak cerai sebab terasa di abaikan. Ada suami pon macam tak de suami. Kemudian tinggallah P. Ramlee keseorangan dan hidup dalam sedih pilu.

Kemdian bertemu dengan Saloma yang merupakan penyanyi kelab. Mereka merasa sherashi bila bergandingan berduet nyanyi lagu bersama. P. Ramlee pula ada terasa kuch kuch hota hai dalam dirinya terhadap Saloma begitu juga Saloma lantas melamar Saloma menjadi teman sehidup dan semati nya.

Kemudian Singapura dilanggar todak...eh bukan...Singapura berpisah dengan Tanah Melayu, Shaw Brothers bangkrap dan P. Ramlee bersama Saloma berpindah ke Kuala Lumpur.

Gitu la synopsis nya secara kasar.



Part menyentuh perasaan saya hingga terkeluar ayor mata...ahaks ;p Sewaktu P. Ramlee ber-cherai dengan Norizan. Ketika itu P. Ramlee (lakonan Sean Ghazi) begitu sedih dan hilang arah tujuan. Saya terbayang P. Ramlee yang sedih. Selama ni dia menghiburkan orang dengan citer-citer komedi nya. Buat orang gelak hingga sekarang. Buat saya gelak tak henggat tetapi dirinya sendiri tidak hepi. * sob * sob * Seb bek orang sebelah tak perasaan huhu

Part lucu mencuit hati saya sewaktu P. Ramlee dan Saloma pektis duet lagu Senandung kasih yang mana adegan ni cuba memberitahu orang ramai tentang lagu-lagu komedi ciptaan P. Ramlee

pukullah canang
pukullah canang keliling kampung
hoo...cenderawasih cenderawasih mati tertimbus
hoo...cenderalah wasih mati tertimbus (saya baru terasa lucu lirik ni...bole terpikir pasal mati tertimbus hahaha)

hai putuslah benang
putuslah benang boleh kusambung
hai...putus kasih
putusnya kasih oh nasib nasib
hoi putuslah yang kasih
putuslah kasih alamat nak mampos

Kalau penulis lirik sekarang tulis lirik macam ni harus kena ban kan

suprised me ada live orkestra di bawah pentas...maknanya sepanjang musical 3 jam kita mendengar live muzik...speechless...


Para pelakon

Sean Ghazi sebagai P. Ramlee - tidak mengecewakan untuk watak idola saya ni. Kalu dapat fasih bahse melayu mungkin lagi nampak real. Saya tak tahu kenapa saya terbayang Arwah Hani Mohsen untuk watak ni.

Liza Hanim sebagai Saloma – mantap. Nampak debab pakai baju tanpa lengan. Saya tahu dia boleh blakon. Penah tengok blakon Kl Menjerit kalu tak silap.

Melissa Saila sebagai Norizan – meremang bulu roma tengok dia menghayati watak. Kalau ikut bodi Melissa Saila sesuai jadi bodi Saloma hehehe tapi Melissa Saila tak boleh menyanyi.

Atilia sebagai Junaidah – pon mantap gak. Dari jauh ada iras Maya, mak tiri Duranni.

Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah – ok la. Sebagai Azizah di tahun 50-an tak memerlukan banyak pergerakan dan percakapan

Pelakon pembantu lain juga sama mantap.

Bagaimana saya mendapat teket?

Mintak tolong sedara yang ada kroni kat Istana Budaya untuk dapatkan jugak teket. Dapat jugak akhirnya. Teket harga RM150. Seat depan saya 4 kosong tak de orang. Sayang sungguh. Ramai lagi orang diluar sana tidak dapat teket.

Belakang saya Aznil Nawawi and the geng. Bukan belakang betol. 2-3 row behind Belakang Aznil ialah Sultan dan Sultanah Perak yang turut mencemar duli menonton teater hebat ini.

Rekaan pentas

Sangat mengkagumkan. Hasil kerja yang bersungguh. Sapa yang tidak terpegun melihat kepala dan gerabak keretapi di atas pentas. Pas tu gerabak tu boleh terbahagi dua dan bergerak mengikut lagu. Pas tu set umah kampong, kelab malam dan lain-lain. Opening set kat umah sewaktu P. Ramlee sedang mencipta lagu Hujan di Kuala Lumpur sudah membuat saya terpegun. Nampak hidup dengan air hujan bagai

Lagu-lagu

Seme best. Saya fikir akan banyak lagu-lagu ciptaan P. Ramlee berkumandang. Banyak lagu baru. Adalah dalam 4-5 lagu ciptaan P. Ramlee kedengaran

watak paparazi ni mengingatkan saya paparazi dalam 'capital scandal'...baju ngn topi sama hehe

Akhir kata

Cukup puas hati malah lebih dari itu. Nyaris-nyaris saya nak let go teket saya sebab takut tak sempat nak balik KL dari Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut seperti dirancang.

No comments: