Wednesday, September 12, 2007

KDrama : War of Money (2007)



Synopsis

Geum Na Ra (
Park Shin Yang) is a ruthless private moneylender. Seo Joo Hee (Park Jin Hee) is a righteous woman. When problems with her family's debts arise, Joo Hee was supposed to marry a divorced man to solve her family's financial problems. But on the day of the wedding, Geum Na Ra shows up to collect the debts and ends up ruining her plans. Joo Hee vows to take her revenge on him but she falls in love with him instead. Ha Woo Sung (Shin Dong Wook), also a moneylender, is a handsome young man who seem to have no worries in life. He and Geum Na Ra are rivals, in business and in love. Lee Cha Yeon (Kim Jung Hwa) is a money banker.

Adapted from Park Yi Kwon's manhwa, "War of Money"
 


Cast : Park Shin Yang , Park Jin Hee , Shin Dong Wook , Kim Jung Hwa

Total episode : 16 + 4 (bonus round)

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Money%27s_Warfare
, SBS


Tajuk lain citer ni 'Money Warfare'

Ending citer ni hampa. Rasa macam nak meraung uwaaa. Sebab saya rasa 'dia' tidak deserve ending macam tu kan. Kijam lah. Mencikkk.

Siapakah 'dia'? Saksikan lah citer ni.

Walaupun ending dia mengecewakan hati tapi keseluruhan jalan citer dia amat menarik untuk ditonton makanya saya rekemen anda menonton.

Antara faktor-faktor yang citer ini harus ditonton adalah kerana :

1. Hero nya adalah Park Shin Yang...tapi tak de kena mengena dengan Park Ju Bong mahupun Park Ji Sung hehehe. Begitu outstanding lakonan beliau dalam citer ni. Hubungan dengan heroin juga ada kimia. Awalnya saya memandang senget pada heroin bila dapat tau dia akan digandingkan dengan Park Shin Yang dan bukan heroin satu lagi (heroin kedua). Namun segala tanggapan berubah setelah selesai menonton keseluruhan citer. Bak kata pepatah jangan menghukum buku hanya dengan melihat kulit buku itu. Hayati isi nya dahulu. Tanpa isi takkan ada kulit. Begitu juga takkan ada lagu isi dan kulit nyanyian kompolan Search. Ok ok seeetop..dia dah stat nak melalut...hehe

2. Citer ini mengenai peminjaman wang dan bayar balik hutang yang dipinjam samada secara rela, paksaan atau ugutan. Peperangan duit oleh institusi pinjaman wang berdaftar kecil-kecilan atau kalau kat sini nama popularnya 'Along'. Kerana duit dan wang orang sanggup membunuh orang, bunuh diri sendiri, putus sedara, putus sahabat, lupa diri, lupa daratan, tidak ingat Tuhan, sombong, bongkak, angkuh, taik idong masin, haji bakhil bin haji kedekut dan sebagainya. Moral of the stori, kalau kita dah berhutang tu, reti-reti la bayar balik. Mudah saja kan. Dalam Islam pon tidak menggalakkan kita berhutang lama-lama.



Mr. Ma seorang yang tidak percaya pada bank dan dia simpan duit di bawah pejabat...hero berjaya jumpa tempat simpan duit Mr. Ma kemdian curi duit itu dan kemdian Mr. Ma terus koma sebab 'baby' dia 5 juta kena curi orang...nnti tgk adegan Mr. Ma sembang dengan duit dia haha

3. Skrip-skripnya bagus dan menarik. Antara skrip nya yang sempat saya rakam dari sarikata.

$ It’s very easy for someone to get blinded by money. If you get dragged by money, from that moment on you lose yourself

 
$$ Do you know what kind of ghost are best at manipulating humans? It’s not ghost of virgin, it is money ghost. It is not other humans that are fooling people, it’s money.

 
$$$ Money that was earned without real effort will disappear in matter of seconds


Dialog-dialog dia makan dalam...hehe

4. Drama ni telah mencipta rekod sendiri dengan mendapat rating yang tinggi di Korea. Kat Korea stesen tv berlumba-lumba buat drama yang best dan terbaik untuk mendapat sambutan dan rating tinggi. Tidak perlu adegan seksi-seksi dedah-dedah atau buat adegan panas dan lucah untuk disogok pada penonton supaya menonton tapi isi nya kosong. Hanya jalan citer yang bagus dan berpijak di alam yang nyata. Untuk lihat rating u all klik link kat credit kat atas.
Scroll bawah kat episode rating. Episode 6 ke atas mengungguli carta No. 1. No. 1 ini bermaksud bagi yang kurang tahu, bila episode tersebut disiarkan secara online seme penonton ramai-ramai pakat bukak channel tv tersebut dan menonton drama itu. Dan banyak la Won masyuk ke dalam poket hero dan heroin citer ni hehe

5. Dengan menonton citer ini dapat mengimbas sejenak dari mana datangnya duit kita. Berkat kah duit yang kita perolehi itu? Kemana kah kita membelanjakan dan salurkan wang-wang yang kita perolehi itu? Kenapa adakala kita rasa duit gaji kita macam tak cukup saja kan tiap bulan walhal kita bukan joli kat benda yang tak senonoh. Maknanya adalah sesuatu yang tak kena tu kan. Adakah kita ada 'berkongsi' wang yang kita perolehi dengan orang lain yang memerlukan? Dan sebaginya lah. 

Jadi abaikan saja ending nya.

Al-kisah bermula bila hero bernama Geum Na Ra, kematian bapa yang membunuh diri akibat tidak dapat membayar hutang Along. Bapa Na Ra pinjam wang Along untuk perkahwinan adek pompuan Na Ra. Sejurus selepas kematian bapa Na Ra, emak Na Ra plak jatuh sakit akibat tokojut dengan ugutan Along dan kemdian mati sebab Na Ra tidak cukup duit untuk bayar perubatan mak dia di hospital. Kemudian Na Ra pula kehilangan pekerjaan kerana tidak dapat memberi tumpuan pada pekerjaan sebagai Pengurus Kewangan.

Musibah demi musibah telah menimpa Na Ra lantas dia jatuh papa kedana muflis dan menjadi pengemis. Kais tong sampah pagi makan pagi, kais tong sampah petang makan petang untuk teruskan hidup. Begitu geli geleman melihat adegan Na Ra selongkar tong sampah cari makanan.

Kemdian Na Ra mendapat petunjuk untuk belajar selok belok menjadi kaya dengan sorang peminjam wang (money lender) yang sukses dan disegani ramai. Jenuh la Na Ra memujuk untuk berguru dengan orang itu. Setelah melalui beberapa ujibakat akhirnya Na Ra berjaya diterima sebagai pelajar oleh Tok Guru money lender itu.

Tugasan Na Ra seterusnya ialah beliau disuruh oleh Tok Guru itu untuk berkerja di sebuah syarikat Along yang terkenal di bandar itu yang terletak di Nam Dae Mun (ooo tau dah pi sini ehehe). Boss syarikat Along itu bernama Mr. Ma. Mr. Ma ini sangat garang dan bengis tau u all bak harimau bintang. Demi untuk menuntut ilmu Na Ra telan saja kegarangan dan kebengisan Mr. Ma itu.


pastikan u all tidak makan sewaktu menyaksikan adegan ini

Dan bermula lah era baru dalam hidup Na Ra sebagai pengutip hutang yang adakala zalim dan ada kala baik hati. Baik hati bila ada penghutang yang memang tak de duit nak bayar hutang Na Ra akan membantu bagi idea dan menyelesaikan masalah bagi mengutip hutang-hutang itu untuk dikembalikan pada Mr. Ma. This part yang best tengok. Tengok bagaimana Na Ra menyelesaikan sesuatu masalah mengutip hutang piutang nya. Sehingga lah dia berjaya merangkul anugerah pengutip hutang popular di atas kebolehan luar biasa beliau mengutip hutang yang sukar dikutip oleh Mr. Ma sendiri hehehe.

Citer ni sebanyak 16 episod. Disebabkan sambutan memberangsangkan dan rating no.1 maka sang pengarah menambah lagi 4 episod bonus yang tiada kaitan dengan 16 episod iteww yach. Jangan konpius. Salah satu sebab heroin asal tidak dapat nak commit lagi 4 episode sebab heroin mau rehat dan dalam masa yang sama dah sign job baru dengan produksi lain. Mungkin kalau heroin asal dikekalkan ending mungkin berubah. Uwaaa. Benciiii. (masih meratapi rasa tak pueh ati ngn ending iteww ;p)

 
Dan para pelakonnya pula.



Park Shin Yang as Geum Na Ra

Park Jin Hee as Seo Joo Hee

Shin Dong Wook as Ha Woo Sung

Kim Jung Hwa as Lee Cha Yeon

Lee Won Jong as Ma Dong Po (loanshark). Ini dia Mr. Ma

Shin Goo as Dokgo Chul (loanshark). Ini Tok Guru Na Ra

Yeo Woon Kye as Madam Bong (Cha Yeon's grandmother). Dia ni pula yang saya jumpa aritu kat Korean Folk Village hehe

BONUS ROUND





Kim Ok Bin as Lee Soo Young (Bonus Round)


part ni paling lawak...3 orang yang berdiri itu sedang menipu pompuan yang duduk tu...dalam adegan ni hero jadi warga Russia dan bercakap Russia...tapi yang dia cakap seme mengarut peh tu yang lelaki baju oren tolong translate cakap korea dengan penuh perasaan...muahahaha

Selamat Menonton!!!

No comments: