Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadhan


Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan pada tahun ni.

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua yang beragama Islam.
Hiasi Ramadhan kita sebaik dan seelok mungkin.

Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya mem-blog ada menyinggung perasaan mana-mana pihak

Kepada sobat-sobat yang mengenali saya secara peribadi, ampun dan maaf andai sepanjang persahabatan kita ada mek terkasar bahasa, mengeluarkan kata-kata tidak senonoh ke atau lain-lain perbuatan yang keji.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk dan keji itu datang dari saya hambaNya yang hina dan serba kekurangan.

Di bulan yang mulia ini juga saya akan naik Al-Quran setalah tammat pengajian tajwid. Seronok tidak terkata. Terharu pon ada sebab tak sangka boleh tamat pengajian tajwid itu dengan salu ponteng kelasnya. Belajar iqraq 1-6. *Alhamdulillah diatas hikmah mu Ya Allah*

Selain itu antara lain kelebihan bulan Ramadhan bagi diri saya ialah kompeni akan bagi bonus. Bonus selalunya akan dapat bila time nak raya iaitu dalam bulan Ramadhan. Yaaay. Jangan jeles tau u ols.
*Ya Allah Ya Tuhan Ku sempena bulan mulia ini buka kan lah pintu hati bos-bos ku supaya murah hati bagi bonus macam tahun lepas atau lebih. Amin*

:)

No comments: