Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Harini kita ke segmen Al-Kuliyyah hehe. Sempena 1 Ramadhan saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Mana yang dah tahu, hendaklah kita amalkan. Mana yang ingat-ingat lupa kita represh kan balik memori. Bagi yang kurang tahu mari kita membaca.
Dibulan Ramdhan yang mulia ini kita dituntut memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kalau dapat khatam Quran di bulan Ramadhan lagi bagus ya.
Harini kita belajar topik Wakaf dan Ibtidak. Pilih topik yang senang nak explain. Kang kasi yang komplikated kang takut jadi ilmu sesat plak kang hehe.
Apakah itu Wakaf dan Ibtidak? Ok u all baca nota ni dulu. Nota ni Ustaz yang kasi.
Wakaf dari segi bahasa : berhenti, menahan
Wakaf dari segi istilah : Memutuskan suara dan nafas di akhir sesuatu bacaan untuk mengambil nafas
Ibtidak dari segi bahasa : bermula
Ibtidak dari segi istilah : Memulakan sesuatu bacaan setelah wakaf
Cara Wakaf dan Ibtidak
a) Pada umum nya ayat Al-Quran dibaca dari satu ayat ke satu ayat. Adalah disunatkan waqaf pad asetiap kepala ayat kerana begitu diturunkan. Seperti surah-surah Mufassal (ayat-ayat pendek) seperti surah ayat-ayat lazim.
b) Tetapi di dalam surah-surah Tiwal (ayat-ayat yang panjang) seperti Al-Baqarah, Ali Imran dsb, dimana nafas tidak sampai untuk menghabiskan satu ayat, hukumnya wajib ke atas Pembaca mencari tempat wakaf yang sesuai, yang mana tidak menjejaskan dan merubah makna sesuatu ayat. Seperti kata Saidina Ali RA berkenaan mekasud ayat "Bacalah Al-Quran dengan tartil" jawab beliau, iaitu "Mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat wakaf"
c) Secara umumnya, seseorang boleh mewakafkan bacaan di mana-mana tempat asalkan tidak merubah, menjejaskan maksud ayat, sekiranya seorang yang mahir bahasa Al-Quran
d) Walau bagaimanapun, kita bole berpandu kepada beberapa panduan waqaf di bawah :
- Wakaf Jibril
- Alamat Wakaf yang diletak kan oleh Ulamak, Tam, Kafi, Hasan, Jaiz, Qabih dan Taanuk
- Kata-kata sendi (pengetahuan Bahasa Arab) seperti 'maka', 'dan', 'sehingga', 'kemudian'...
Ok habis?? Turn saya plak mengulas apa yang saya faham dan termampu oleh saya kerana saya juga masih di dalam proses pembelajaran.
Wakaf ialah tempat berhenti semasa membaca ayat Al-Quran yang panjang-panjang. Kalau kita membaca ayat-ayat yang panjang-panjang kita dikehendaki berhenti ditempat tertentu untuk mengambil napas. Sebab kita tidak boleh 'mencuri' napas sewaktu sedang membaca Al-Quran. Hukum nya haram ya u all.
Secara amnya tempat Wakaf terpulang pada kita nak berhenti kat mana sebenarnya mengikut sukatan panjang pendek napas kita kerana setiap orang sukatan napas mereka berbeza-beza. Tetapi disebabkan kita kurang arif memahami Bahasa Arab, maka dikhuatiri makna dan maksud ayat tersebut akan berubah ditempat yang kita Wakaf itu. Oleh yang demikian kita kena tahu juga tempat-tempat Wakaf.
Di sini saya ingin bagi klue / panduan di manakah tempat-tempat Wakaf itu boleh ditemui di dalam baris-baris ayat Al-Quran.
Ada 3 panduan untuk mengetahui tempat-tempat Wakaf ini seperti yang tertera dalam nota di atas iaitu Wakaf Jibril, Alamat wakaf yg diletakkan oleh Ulamak dll dan kata-kata sendi Bahasa Arab. Kita focus kat alamat wakaf yang diletakkan oleh Ulamak dll sebab yang ni senang nak ingat. Yang lagi 2 tu ada kesukaran sket nak ingat.
Alamat Wakaf yang diletakkan oleh Ulamak dll terbahagi kepada 6 seperti gambarajah di bawah ini. Perasan kan ada huruf kecik kat ayat-ayat. Kadang dia terletak kat hujung ayat, kadang kat tengah ayat. Itu la tanda wakaf ye tetuan dan pepuan. Ok bukak Quran sekarang. Ada nampak kah?
1. Wakaf Lazim - Mesti berhenti
2. Wakaf Aula – Berhenti lebih baik
3. Wakaf Taanuk – Boleh wakaf pada salah satu saja
4. Wakaf Jaiz – Harus wakaf atau wasal (sambung)
5. Wakaf Mamnuk – Dilarang berhenti
6. Wasal Aula – Wasal lebih baik
Mari kita menghafal 6 panduan tempat-tempat wakaf ni sambil-sambil rehat waktu lunche atau time nak tunggu waktu buka. Bila jumpa masa baca Al-Quran boleh la u all mempraktikkan nya. Sesama kita memperbaiki pembacaan Al-Quran kita supaya lebih cemerlang dan gemilang.
Wassalam. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.
2 comments:
salam..nak tnye klau yg xde tnda mcm hruf2 ni cmane plak?kdg2 tu ad jmpa ayat yg pnjg tp xde tnda wkaf ni..
berhenti kat ayt trtntu.blh brhnti di penghujung kalimah biasanya kalimah yg ada hrf wau dan nun.contohnya kalimah mushrikun.tgok ksesuaian juga.kalau bca sambil tgok trjemahan kita boleh agak nk berhenti kat mana.asalkan brhenti msti xmrubah maksud ayt.
Post a Comment