Hai kawan-kawan. Apa kabar semua? Amacam puasa? Ada ok? Alhamdulillah.
Hari ini saya ingin mempromosi satu benda yang sangat bagus buat kita semua Muslimin dan Muslimat.
Jika anda sedang dilanda stres, runsing, tekanan jiwa terlampau boleh guna benda ni utnuk menenangkan jiwa anda bukan ambil dadah ya untuk hilangkan stres atau pun minum minuman keras untuk menghilangkan masalah.
Jika anda ingin murah rezeki dan mahu kaya juga boleh guna benda ni disertai dengan usaha tangga kejayaan. Tak perlu skim-skim cepat kaya mengarut itu.
Jika anda mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manes, migrain dll anda juga bole guna benda ini bagi menyembuhkan penyakit. Begitu juga dengan penyakit hasad dengki, suka fitnah orang, tamak haloba, sombong, panas baran dan yang sewaktu dengannya juga dapat dipulihkan dengan membaca benda ni secara yakin, khusyuk dan istiqamah. Insya Allah semua dapat disembuhkan. Kalau kita pi jumpa bomoh pon depa baca ayat Quran kat air bagi kita minum untuk sembuhkan penyakit kan. Kadang tu air lior tok bomoh tu tercampur sekali ngn air tangkal tu. Sekarang ni kita baca sendiri lagi afdal dan baik u ols. Untuk kejayaan anak nak amek peksa bole guna benda ni, bukannya air jampi tok bomoh.
Jika anda mahu kebahagiaan di dunia dan di akhirat juga bole menfaat benda ini.
Jika anda mahu kurus saya rasa pon boleh guna benda ni sebab bila kita ralit baca benda ni kita mungkin tak ingat makan hehehe...
Jadi apakah benda nya itu? Benda tersebut ialah...jengjengjeng...Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani bertajwid dan disertai makna. Mungkin anda-anda semua sudah memiliki Tafsir Al-Quran sendiri di rumah sejak sekian lama. Tapi versi yang ni updated, canggih dan terkini ye u ols. Tatau la kalu ada yang terkini dari yang ni tapi mek rasa yg ni dah cukup sifat nya. Bagi yang belom pernah ternampak mari kita saksi kan.
pandangan sisi baring...tafsir ini terbahagi kepada 10 Jilid...1 Jilid mengandungi 3 Juzuk...10 Jilid darab ngn 3 Juzuk = 30 Juzuk
pandangan sisi berdiri...
mukadimah...tafsir ini disertai sekali dengan nota-nota tajwid...bagi sesapa yang tidak berpeluang belajar tajwid di luar rumah atau di kelas anda boleh belajar sendiri dirumah dengan menggunakan tafsir Al-Quran ini...
disertakan juga penanda buku yang mencatatkan kesemua hukum-hukum tajwid yang ada untuk rujukan anda...
penanda buku ini digunakan sewaktu sedang membaca Al-Quran...setiap ayat Al-Quran akan disertakan nombor-nombor...kalu anda nak tahu hukum tajwid apa ada pada ayat Al-Quran itu boleh refer di penanda buku iteww...kemdian penjelasan hukum anda bole semak di nota-nota yang terdapat di dalam tafsir tersebut...
kelebihan tafsir ini ialah terjemahannya di dalam Bahse Melayu Malaysia sepenuhnya...kebanyakan terjemahan tafsir sebelum ni kan dalam Bahse Melayu Indonesia kan...so mudah untuk kita paham dan menghayati terjemahan Al-Quran...laksana membaca novel Karangkraf gitew kekdahnya...
satu lagi kelebihan tafsir Al-Quran ini ialah bagi ayat-ayat yang panjang sudah disertakan siap tempat wakaf memudahkan kita berhenti...jadi kita tak perlu susah-susah fikir mahu berhenti kat mana...
Best kan tafsir Quran ni?
No comments:
Post a Comment