Monday, September 24, 2007

Info


Sedikit info untuk dikongsi bersama. Renungan untuk diri sendiri dan rakan yang lain.

1. Jika kita mendengar atau membaca atau melihat nama Nabi Muhammad s.a.w kita harus menjawab dengan selawat ya u ols. Jika nama para sahabat Nabi pula di dengar/ dibaca / dilihat kita harus menjawab dengan 'Radi-Allahu anhu' yang bermaksud 'Aku redha dengan kamu'. Dengan menjawab kita akan perolehi syafaat di akihrat kelak, Insya Allah. Kewujudan kita akan disana akan disedari oleh Nabi dan Para Sahabat sebab kita kenal mereka semasa hayat kita di dunia. Waullahualam.

2. Sewaktu kita pi masjid untuk solat berjemaah. Tiba di masjid ngam-ngam Azan. Samada kita membuat solat sunat Tahiyatul Masjid atau menjawab Azan? Jawapannya ialah kita kena dahulukan menjawab Azan yach sebab menjawab Azan adalah 'wajib'.

3. Sewaktu bulan Ramadan pintu-pintu syurga semua dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup. Kita digalak membuat seberapa banyak ibadah dan amalan di bulan Ramadan kerana dibulan Ramadan Allah membuat 'mega sale'. Buat ibadah sunat mendapat pahala ibadah wajib. Manakala membuat ibadah wajib akan digandakan pahala sebanyak 70 kali.

4. Syaitan dikurung pada bulan Ramdan. Seharusnya tiada kegiatan / perbuatan negatif terjadi pada bulan Ramadan TATAPI jangan lupa u ols Syaitan ada 'anak buah' yang terus menyambung aktiviti menghasut anak Adam di bulan puasa iatu anak buah nya bernama 'Nafsu'. Takat sebulan Syaitan kena kurung apa lah sangat sebab Syaitan telah melatih anak buah dia selama 11 bulan. Takat macam waiem ni dia serah kat anak buah dia menghasut...hehe. Oleh itu sesama kita mengawal hawa nafsu
kita di bulan Ramadan ini. Jangan membazir, jangan malas-malas dan jangan-jangan lain yang sewaktu dengannya.

Waullahualam.

Sumber :
(Info 1 & 2 diperolehi dari kelas ngaji, 3 & 4 diperolehi dari Halaqah TV9 16/09/07)

No comments: