Synopsis
The love story between the Gisaeng (equivalent of the Japanese geisha) HWANG Jin Yi and the lowly servant Nom-yi (played by Yoo Ji-tae). The film is based on a novel of the North Korean writer Hong Seok-jung and the film also contains scenes shot in North Korea.
Cast : Song Hye Gyo , Yoo Ji Tae
Credit : Hancinema
The love story between the Gisaeng (equivalent of the Japanese geisha) HWANG Jin Yi and the lowly servant Nom-yi (played by Yoo Ji-tae). The film is based on a novel of the North Korean writer Hong Seok-jung and the film also contains scenes shot in North Korea.
Cast : Song Hye Gyo , Yoo Ji Tae
Credit : Hancinema
Bulan posa ni kekeringan idea lah mau apdet citer-citer sekering tekak nya hehe. Tapi yang ni saya berjaya menggali idea sebab antara citer yang paling mau tonton tahun ini. Citer yang ditunggu-tunggu oleh peminat heroin Full House innew. Watak yang berlainan dari kesemua citer-citer beliau. Watak yang sangat diidam oleh semua heroin-heroin yang ada. Siapa yang terpilih tu kira bertuah la badan disamping dapat up-kan sket saham lakonan mereka.
Citer ni ada buat versi drama juga pada tahun lepas. Saya suka yang versi drama kot sebab veri de kalerful. Versi filem ni nampak gelap sebab banyak adegan waktu malam kot sampai terjojol bijik mata hamba sebab tak berapa nak nampak hehe. Pilihan warna kostum dia juga malap-malap dan pudar. Citer macam ni yang syok tengok baju-baju dia, setting lokasi, umah kediaman peh tu rambut pelesu sepikol yang derang pakai tu kan haha
Citer mengenai kisah hidup seorang Gisaeng (lebih kurang geisha di Jepun) yang bernama Hwang Jin Yi dan kisah cinta agung nya yang tidak kesampaian. Mereka bercinta melalui hati saja kerana perbezaaan latar belakang dan warna kulit.
Hwang Jin Yi anak seorang lelaki mulia dan disegani disebuah kampong. Bapak dia ala-ala macam tok penghulu la. Mereka tergolong dari golongan orang yang ada-ada. Orang nya sungguh jeiita dan mempunyai budi perkerti yang baik lemah lembut, sopan santun, cerdik dan amat sesuai sekali dijadikan calon menantu. Maka ramai la yang ingin bermenantukan Hwang Jin Yi ini. Kabar nya ada seorang pemuda dari kampong sebelah telah merisik-risik Hwang Jin Yi.
Sebelum majlis pertunangan diadakan tiba-tiba terjadi perkara yang keji berlaku di dalam rumah di mana abang Hwang Jin Yi telah merogol orang gaji. Lantas terbuka la citer dari mak Hwang Jin Yi akan asal usul Jin Yi ini. Jin Yi alkisahnya anak tidak sah bapa nya dari hasil perogolan bapak nya dengan orang gaji juga. Rupanya bapak Jin Yi ni tok pengulu bertopengkan hantu. Disebabkan isteri bapak Jin Yi mahu menutup malu maka isteri itu sanggup membela bayi itu manakala ibu bayi itu disuruh pergi jauh-jauh hingga tidak dapat dikesan. Dan kes ditutup sampai lah Hwang Jin Yi dewasa bila time abang dia rogol orang gaji. Bapak borek anak jadi lah rintik. Ye tak.
Bila Jin Yi dapat tahu dia bukan anak sebenar mak dia maka Jin Yi membuat keputusan untuk keluar dari umah itu dan memilih menjadi Gisaeng sebab dia rasa dia tidak layak dihormati lagi dan dilabel sebagai wanita mulia oleh orang kampong. Pertunangan pon kengsel tak jadi sebab pihak lelaki tidak mahu bermenantukan Jin Yi lagi sebab berita asal usul Jin Yi sudah tersebar ke pelusuk kampung oleh pihak CNN kampong lantas menjatuhkan reputasi dan saham anak dara Jin Yi.
ni heronya...dia ni banyak hero pilem...
Maka bermula lah hidup sedih Hwang Jin Yi sebagai seorang Gisaeng. Secara fizikal nampak ceria tetapi di dalam hati nya sangat sedih tambahan dia tidak dapat bercinta dengan kekasih hati nya yang dicintai sejak dari kecil. Sob sob sob. Cian dia u all. Bak kata pepatah 'ada pertemuan tetapi tiada jodoh'
Dari segi lakonan saya rasa tidak berapa mantop tapi boleh la. Persembahan yang menarik dari Cik Song Hye Gyo ni yang buat kali pertama melakonkan filem periodic sebegini. Dia sungguh bekerja keras untuk citer ni sebab pada awal nya dia tidak terpilih untuk watak ni disebabkan wajah nya yang kurang seswai. Muka dia cantik sangat kot kan. Tapi tah macam mana dapat jugak kat dia sampai kurus dia menghayati watak ini. Kepada peminat Cik Song ini jangan ketinggalan menyaksikan citer menyayat hati ini.
Pautan : Hwang Jin Yi versi drama. Dedua molek di nonton.
No comments:
Post a Comment