Friday, September 28, 2007

KDrama : Bad Couple (2007)



Synopsis :
 
Choi Gi Chan is an University Botanic Professor with the "perfect genes." The drama is about an editor of a fashion magazine, Kim Dang Ja, who suddenly develops an urge to have her own baby despite opposing the idea of marriage. The story will talk about Dang Ja striving to look for a man with perfect genes to accomplish her mission. Gi Chan happens to be her "target" in order for her to accomplish her mission. The story later develops as Dang Ja must persuade him to do it without any commitments, which is a problem because Gi Chan doesn't believe in the idea of sex before marriage.


Cast : Ryu Soo Young , Shin Eun Gyung , Byun Jung Soo , Choi Jung Yoon , Yoo Gun

Total episode : 16


Credit : DramaWiki , Hancinema

sessi meniru gaya tarian sin chan haha


Kita story citer ni dulu sebelum Coffee Prince.

Pada saya citer ni sangat best ye u all. Recommended. I like it very muche. Sangat menyentuh qolbu, hati, peparu, limpa, pedal segalak ;p. Saya sangat suka cara jalan citer, adegan serta plot-plot nya olah. Antara sebab drama Korea diminati ramai kerana jalan citer mereka mempunyai pelbagai warna, kisah dan teladan. Kisah-kisah yang dipapar ada berkait rapat dengan kehidupan kita seharian.

Kisah mengenai :

1. Orang bujang yang tidak mahu berkawin kerana taksub akan karier nya tetapi mahu melahirkan seorang anak

2. Suami yang curang pada isterinya. Isteri itu menganggap suami nya seperti 'Tuhan' dan melayan suami sebaik mungkin tapi akhirnya suami itu berselingkuh dengan rakan sedokter dihospital. Alasan untuk curang kerana ideology dan pemikiran isteri yang dikahwin selama 10 tahun sudah tidak matching lagi hingga membosankan suami itu lantas mencari perempuan lain. Pemikiran doctor vs surirumah mana sama kan. Surirumah biasa citer gossip-gosip jiran berbanding dengan dokter yang berkelayakan professional itew.


part ni sangat la syahdu...heroin tersebak bila dilayan begitu baik oleh bakal mak mentua nya...sebelumnya tak de orang yang layan dia sebegitu rupa walaupun dia bukannya menantu pilihan tapi sebab anak lelaki nya sudah suka maka mak nya pon terpaksa la suka dengan pilihan anaknya iteww



3. Pautan dari kisah 2 di atas. Surirumah tersebut pada awal nya sangat berlagak mempunyai keluarga dan suami yang baik seperti 'Tuhan' yang pada sangkaan nya akan baik hingga kiamat tatapi langit tidak selalu cerah ye tetuan dan pepuan. Moral of the stori, jangan terlalu percaya sangat pada suami anda yang nampak baik, pijak semut pon tak mati. Yang pijak semut tak mati ni la yang kebiasaan nya akan buat hal.

4. Suri-suri rumahtangga perlu lah isi diri dengan ilmu-ilmu yach. Ilmu yang berguna sebab nanti bila kena cerai boleh berdiri dengan kaki sendiri juga boleh mengajar balik suami anda yang curang itu.

5. Kisah sahabat baik yang berusaha membantu menyelesaikan masalah sahabat nya itu kerana mahu melihat kebahagiaan sahabatnya dan mahu sahabatnya itu sama-sama mengecapi kebahagian berjemaah.

maap kan kami penunggu gua...maapkan kami...huhu...part ni yang menarik tengok tang ekspresi muka si suami itu yang memohon maaf dari isterinya dengan membuang ego nya jauh-jauh...

Gitu la gambaran jalan citer nya.

Mari kita saksikan para pelakonnya pula. Sebab citer ni banyak kisah so kita citer by watak-watak depa senang bleh imajin.




Ryu Soo Young as Choi Gi Chan

Jatuh chentar kejap sama dia ni dalam citer ni la. Ada kah lelaki semacam ini yang cukup pekej nya wujud di alam realiti?

Seorang professor botani yang tidak ada nafsu untuk berpasangan sebab khusyuk dengan keje dia. Datang perempuan separuh bogel di hadapan mata juga tiada timbul apa-apa perasaan. Adakah dia seorang gay? Tidak juga. Seorang yang baik, naif, lurus bendul, sopan santun, berbudi bahse amalan hidup kita, soft spoken dan tidak ketinggalan hensem. Tunang pon bapak dia yang carikkan. Budak baik ni elok dibuat menantu. Kemudian bertemu dengan heroin secara 'sengaja'. Ya heroin sengaja cari dia sebagai sasaran melengkap kan misi dia.

Kemdian bila dia suka pada seorang wanita, caring giler babeng. Ahh best nya. Saksikan saat-saat lawak bila dia diguda oleh heroin haha.

Pilihan yang tepat menggantikan Lee Dong Wook (hero My Girl) untuk watak ni. Rasanya kalu Abang Wook macam kureng seswai plak.



Shin Eun Gyung as Kim Dang Ja

Mencuit hati sungguh lakonan heroin ini. Watak dia bernama Dang Ja tingat kat Dal Ja Spring.

Merupakan seorang editor sebuah majalah fesyen yang terkenal. Seorang yang up to date dengan fesyen terkini dan jenama. Dia berazam tidak mahu mendirikan rumahtangga sebab dia sudah bahagia dengan kerjaya yang dibina dengan titik peluh dia sendiri. Jika berkahwin kebarangkalian dia menjadi surirumah adalah tiga per empat harus. Oleh itu dia mengambil keputusan tidak mahu berkahwin. Entah macam mana pada satu hari dia terlintas mahu beranak selepas sembuh dari demam. Masa dia demam, tak de sapa pedulik kan dia. Telefon kawan-kawan mintak tolong semua bagi alasan sibuk. Kemdian datang la seorang kanak-kanak wanita yang comel anak sahabat baik dia membantu dia belikan ubat, bubur seme. Bermula dari situ timbul kesedaran dia mahu melahirkan anak perempuan tanpa perlu berkahwin.

Nak anak satu hal. Hal seterusnya ialah anak tersebut mesti dari 'baka' yang baik-baik. Ada hati plak memilih tu. So berapa calon-calon yang dikaji mempunyai 'baka' baek punye telah di senarai pendek. Calon yang paling mengena menepati sasaran ialah hero. Dan bermula la episod taktik-taktik heroin menggoda hero supaya tidur bersama nya untuk mendapatkan baka yang terbaik.



Byun Jung Soo as Na Dol Soon

Sahabat baik Dang Ja. Dia ni pon best dalam citer ni. Watak ala-ala Kak Nam gitew. Kat kellilng kita at least kena ada sorang perwatakan macam ni, baru happening sket kan.



Kim Ha Kyoon as Jo Yong Goo

Suami kepada Dol Soon. Ingatkan dia buat kaedah tanam rambut. Rupanya pakai wig daa hehehe Pakai wig nampak muda 7 tahun dari rambut asal.



Park Sang Min as Kim Yoon Seok

Sang suami yang berlaku curang itew. Kisah 'curang' yang dipapar dalam citer ni menarik sebenarnya. Si suami nak bercerai tapi si isteri tidak sanggup bercerai sebab terkenangkan si anak. Si suami mendesak untuk bercerai juga supaya dia boleh berpoya-poya sama gelpren nya itew. Kemdian si isteri mintak tempoh setahun untuk dia membiasakan diri bekerja dan tinggal sendirian sebelum bercerai secara sah. Dalam jangka masa setahun, datang seorang pemuda kacak persis Won Bin (ahaks) membantu si isteri men-jeleskan si suami. Bila si suami ada sket jeles, kekasih suami nya itu tawar hati untuk bersama dengan si suami itu.

Si suami kemdian ditinggalkan kekasihnya dan balik semula kepada isterinya tetapi isterinya sudah tidak dapat menerima si suami tadi. Terbalik kot si isteri plak beriya mahu bercerai tetapi bukan untuk berkahwin dengan klon Won Bin itew. Hanya ingin memulakan hidup baru yang ceria tanpa suami. Bak kata pepatah "can forgive but cannot forget". Si isteri bole memaafkan suami nya tetapi hatinya sudah tidak lagi untuk suami nya itew. Kepada para suami di luar sana berhati-hati bila mahu melukakan hati isteri yach.


Choi Jung Yoon as Han Young

Si isteri dalam citer di atas.



Yoo Gun as Seo Jung Soo

Lelaki kacak persis Won Bin yang digosipkan tadi hehe. Ada sket kan sipi-sipi macam muka Won Bin da


OST
Best. 5 / 5

Ending
Happy!!

No comments: