Tuesday, September 11, 2007

JDrama : Hoshi Hitotsu no Yoru (2007)



Synopsis

The story unfolds as Hiroji Nonoyama,a loner staff of a janitorial services, finds a coat with 500,000 yen in a concert hall. He eventually finds the owner of the coat and they become friends. As they get to know each other, Nonoyama reveals why he became the person like he is now 


Cast : Ken Watanabe , Tamaki Hiroshi , Kuninaka Ryoko

Total episode : 1 (SP drama 1 ½ hours)

Credit : http://wiki.d-addicts.com/Hoshi_Hitotsu_no_Yoru

Ok kita mulakan dengan citer ini dulu sebab citer ni tidak berapa panjang. Hanya satu episode durasi satu setengah jam. Drama ni kategori SP iaitu 'Special' kot. SP tiada kena mengena dengan Sungai Petani mahu pon SP Balasubramaniam playback singer filem Tamil itu yach haha. Nanti Nodame Cantabile Special 2008 pon sependek drama ini. Alahai tak best nyee. Tak puas tengok hero ;p

Citer ni saya menonton tanpa sarikata sebab tak jumpa cari sarikatanya. Jadi kita citer secara umum saja melalui apa yang ditonton dengan sepatah haram tidak paham apa yang depa sembang itu. Gigih juga tengok tanpa sarikata nak tengok hero punya pasal hehehe. Nanti kalau jumpa sarikata saya update semula ek. Kalau ada lah.

Hero pertama ialah Incik Ken Watanabe (lepas ni dikenali sebagai Ken). Manakala hero kedua nya pula ialah saudara Tamaki Hiroshi (lepas ni dikenali sebagai Tam ;p)

 
Sungguhpun Tam sebagai hero kedua tetapi wataknya sama banyak dengan Ken. Jadi amat berbaloi lah bagi saya menonton citer ini tanpa sarikata heheh

Alkisah yang difahami begini dengan sedikit input synopsis nya.

Ken bekerja sebagai pencuci bangunan atau dalam bahasa pasar sebagi cleaner. Satu hari dia berjumpa dengan sehelai baju kot (coat) sewaktu sedang membersihkan dewan konsert. Di dalam baju kot itu mengandungi banyak wang Yen dan juga terdapat butir-butir mengenai tuan punya baju kot itu. Dalam hati Ken nak pulangkan baju kot itu atau tidak. Jika dia tidak pulangkan baju kot itu, dia menjadi pokcik kayo dan dia boleh berjoli dengan ribu-ribu wang Yen itu. Tetapi Ken tidak sampai hati mahu berjoli lantas dipulangkan baju kot itu. Dalam diri Ken masih tersemat sikap amanah dan jujur Radja.


Ken pon pergi lah ke kediaman tuan punya baju kot itu berpandukan alamat yang dia perolehi di dalam baju kot itu. Baju kot tersebut dipunyai oleh seorang jejaka tampan yang bernama Tam.

Selepas dari itu Ken dan Tam menjadi kawan baik dan saling bertukar cerita. Ken selalu bertandang ke rumah Tam bila ada kelapangan. Tam pun melayan Ken dengan baik dengan tidak mengetahui latar belakang Ken. Sedikit demi sedikit Ken pon membuka cerita mengenai diri nya. Tetapi Ken tidak menceritakan bahawa dia adalah bekas banduan ropanya. Hal banduan ini Tam dapat tahu dari rakan sekerja Ken iaitu Mr. A. Tatau la samada Mr. A ni cemburu atau dengki dengan Ken. Melalui riak muka Mr.A, Mr. A ada tak pueh ati dengan Ken lalu dia membuka citer Ken pernah masuk penjara pada Tam. Ken masuk penjara sebab membunuh seorang wanita. Tak pasti Ken betul membunuh wanita itu atau dijadikan kambing hitam. Tapi yang pasti Ken telah disumbat ke penjara.

Tam dan teman wanita nya lantas gerun bila mengetahui Ken adalah bekas banduan dan mula menjauhkan diri daripada Ken. Ken pula rasa tersisih lantas merajuk dengan Tam. Tam pula rasa dia tidak patut berbuat begitu pada Ken hanya kerana mendengar citer dari sebelah pihak saja. Tam pon pergi la bertandang ke rumah Ken untuk meminta maaf dan mahu mendengar citer sebenar dari Ken.

Ken pon bercerita pot pet pot pet mengenai kisah hidup dia yang pernah menginap di penjara. Ken juga bercerita bahawa dia ada sorang anak pompuan yang tak pernah dia jumpa dan Tam berusaha menemukan Ken dengan anak nya itu.

Dipendekkan citer, happy ending.

Begitu la kisah nya ya tuan-tuan dan puan-puan. Ulasan secara rambang tanpa sarikata.

Mari kita saksikan actor-aktor nya pula.




Watanabe Ken as Nonoyama Hiroji

Satu nama besar dalam industri lakonan Jepun. Dalam citer ni dia tidak semacho dalam citer The Last Samurai 3 tahun dahulu. Mungkin faktor usia mempengaruhi. Dalam citer ni dia ala pokcik-pokcik yang suka lepak kat kedai kopi sambil hisap rokok daun.


Tamaki Hiroshi as Iwasaki Daiki

Dia ni pula satu nama besar dalam blog waiem muahaha. Apa watak dia pun kurang pasti. Ada kelainan sikit tang pesen rambut kali ni. Kelihatan amat menarik. Salah satu sebab syok tengok kat dia ni ialah kerna pesen rambut nya iteww hehehe


Kuninaka Ryoko as Miyashita Natsu

Heroin merangkap teman wanita Tam. Boleh tahan manes.


Foto galeri


'Bagero...apa yang telah kau cakap pada Tam mengenai aku haa? Cakap cepat sebelum aku ganyang mulut kau itu...' herdik Ken pada Mr. A

'Err jangan apa-apan aku Ken. Aku hanya cakap kebenaran. Maaf kan aku Ken'

(baca ikut intonasi drama alih bahse Oshin tak pon Soledad ;p)

'Ken maaf kan aku kerana mencurigai persahabatan kita. Aku berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Maafkan aku sahabat'
'Apa yang kau renungkan itu Ken? Perkara yang lepas usah la dikenang. Ayuh la kita pergi makan ABC. Aku sudah penat berdiri di sini. Apa kah awak tidak penat kerut-kerut muka dari tadi Ken?'
kalau ada org tu pi Jepun musti dia nak pi lawat jembatan ni...peh tu posing kat tempat Tam diri...;p

No comments: