Thursday, July 13, 2006

KDrama : Let's Go To The Beach (2005)




Synopsis

This drama is about a hotel's lifeguards. The story will be based on the love between an illegitimate son, Jang Tae-pung and his half brother (different mothers), Jang Tae-hyun and the hotel owner's grand daughter, Yoon So-ra.

Total episode : 14

Credit info : DramaWiki
Credit gegambar : Homepage ini drama
Credit VCD : Org umah GX

hero yg kiri penyanyi ropanya...bakal keluarkan album tak lama lagik

Marey pegi ke pantai yiehaaaaa. Citer ni mengajak kita pergi ke pantai dan bermain air. However saya pobia ngn air. Air laut, air sungai dan sewaktu dengannya. Adalah dulu ada insiden berlaku masa pi kemping kat Taman Negara hingga mem-pobiakan saya ngn air masa main ala water rafting. Nak pi snorkeling pon pikir 10-20 kali duluk walaupun orang kata tak de pape, tak bahye, ada life gad taste seme. Ohhh nehi inspekter sahab. Mek belom bersedia menghadapi air hehe

Citer ni mengenai kerjaya life guard di sebuah hotel di persisiran pantai Korea kepunyaan sorang usahawan kaya yang tak de misai yang ada 2 isteri (1 dah jadik bekas) dan 2 anak lelaki yang ensem² (sorang anak tiri). Yang anak sulung tu cam ada ropa Kaer AF2 lak tengok. Dah kaya dia mau tambah kaya lagi dengan menganiaya penduduk tempatan di situ demi meluaskan empayar perhotelannya. Seluruh kawasan atau umah yang berada di tepi pantai dia mau takluk dengan apa cara sekalipon termasuk motel turun temurun kepunyaan famili heroin. Kengkunun nak wat ala Disney Land la itu tempat.

Anak yang sulung lebih kepada watak tokoh korporat keje di pejabat yang berhawa dingin manakala anak yang kedua memilih keje yang selamba dan sempoii di luar pejabat yang berhawa panas ala² cik mat poi iaitu sebagai life guard.





Kedua-dua mamat ni sukak sama pompuan yang sama dan berlaku perebutan antara dua beradik ni. Padahal itu pompuan bukan la vogue mana tapi attitude dia menggoda hati.

Saya suka akan heroin dia sebab lakonan dia begitu mencuit hati dan peparu saya. Bisa membuat saya mengalirkan ayor mata bila mana dia menangis (dedekat nak abis episode part sedih) tapi bila cek cek biodata dia drama ini merupakan drama pertama beliau. Aiyah. Mengapa tak de org amek dia blakon lagi? Adakah dia bermasalah disiplin atau demand lebih atau dia tak minat blakon drama? Ntah la saya kurang periksa. Nak kata tak cantek, sweet ada. Skali tengok mcm adek Kuza pon ada hehehe


Dekat nak abis episode ada saspen sket bila mana dah syiok² hero ngn heroin berchentar tup tup depa disaspek adek bradik sebapak. Heroin dengan pantas mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke obesi bagi tidak sanggup menghadapi realiti depa adek bradek.

Bapak hero alkisah merupakan anak lelaki atok heroin yang telah lama menghilang. Memang haraboji tu tunggu tunggu tok kelik anak dia kembali sebab dia yakin anak dia tak mati.

Adakah depa betol adek bradek? Saksikan la ini celita. Watak hero ngn heroin bole diibarat seperti hero heroin Full House. Gado gado sayang tapi tak de kena masak nasik yg ni hahahaha Owh tak citer lagi Full House. Later la.

Ok la citer ni samting different jalan citer dia. Itu hero kisahnya adek kepada heroin Loves Story in Havard. Adek badek darah seni la ni.

No comments: