Wednesday, April 18, 2007

KDrama : Dal Ja's Spring (2007)



Synopsis
 
'Dalja’s Spring' is the story of Dalja, a 33-year old single at a crossroad of whether to remain single or get married before she gets older. The drama aims to comically and candidly portray the reality and undying pursuit of romance of a thirty something single woman.The love triangle of Dalja, Taebong and Gijoong brews conflicts over love versus marriage. Taebong, a hunk six years younger than Dalja, works as substitute dates and becomes Dalja’s fake boyfriend. Gijoong is the type who dreams of an ideal and rational courtship. The drama also highlights the life and work of women in their thirties through Dalja who is a talented managing director at a home shopping channel.


Cast : Chae Rim , Lee Min Ki , Lee Hyun Woo , Lee Hye Young , Gong Hyeong Jin

Total episode : 22

Credit : Hancinema-Dalja , Soompi-Dalja , DramaWiki-Dalja , WITHS2


Dengan kata yang ringkas citer ni...best! Recommended tengok

Kalau u all suka citer yang plot jalan citer nya makin lama makin best makin lama makin asyik tanpa mempunyai pelakon yang esmem-esmem atau cun-cun, nonton la citer ni. Genre citer komedi romance. Pasti tak kering gusi tengok.

Memula pon i all nye komen, aisemen tak mengancam nya hero-hero nya...tah sape-sape la...hahaha

Citer mengenai kehidupan seorang pompuan bernama Oh Dal Ja seorang pengurus di sebuah syarikat Handa Home Shopping, berusia 33 tahun yang belum berkahwin. Bila dah single tu tekanan akan datang dari keluarga yang mahu kan nya mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Juga bila dah single tu bila berkawan dengan suami orang akan dituduh perosak rumah tangga dan akan diserang oleh bini suami orang itu. Bak kata pepatah mengenyam sebelah tangan takkan terasa ngenyam nya ;p

sesi menghapal skrip berjemaah

Berlokasi di dalam sebuah bangunan tempat kerja, Oh Dal Ja kemudian bertemu dengan 3 orang jejaka yang menyukai nya hingga memeningkan pala Dal Ja nak pilih yang mana satu. Sekali petik jari 3 yang datang hehe. Pertemuan dan perhubungan Dal Ja dengan 3 jejaka itu telah mematangkan Dal Ja dalam kehidupan bercinta nya.

Lelaki pertama – rakan sekerja Dal Ja yang sebaya yang dalam diam-diam minat sama Dal Ja selama 8 tahun bekerja di situ. Tapi malangnya mereka tidak berjaya menjadi kekasih awal dan akhir sebab ada aweks enterprem dalam hubungan mereka. Kemdian hubungan mereka bertukar menjadi kawan yang amat baik. Saya sangat suka tengok hubungan persahabatan mereka. Bak kata orang tua-tua 'ada pertemuan tapi tiada jodoh'. Gitu la perumpamaannya

Lelaki kedua – seorang suami orang yang rumahtangga nya di ambang perceraian. Merupakan pengarah syarikat tempat Dal Ja bekerja. Terpikat dengan sikap Dal Ja yeng serius di dalam kerja. Tambahan nak bercerai kena la cari yang baru...ye tak ;p Yang menarik bila isterinya kerap bertemu dengan Dal Ja hingga memberi trauma dan phobia pada Dal Ja tiap kali Dal Ja bertemu dengan dia. Bini dia ala saiko sket mcm tak berapa betul saraf-saraf otak dia kot. Patut pon nak kena cerai. Menakutkan pon ya. Nampak macam seorang perempuan yang kasihan tapi sebenarnya kuntilanak bertopengkan manusia haha. Macam-macam dia lakukan supaya Dal Ja meninggalkan suaminya. Dal Ja hampir di buang kerja akibat fitnah dan gossip ada affair dengan suami orang.

Lelaki ketiga – seorang pemuda berusia 27 tahun, yang keje dia menawarkan perkhidmatan menjadi boipren palsu tiap wanita yang memerlukan khidmat dia. Selama 3 bulan Dal Ja sign kontrak berharga 3000 won untuk blakon jadi boipren dia untuk dia balas dendam pada lelaki pertama tadi. Blakon punya blakon punya blakon akhirnya lakonan menjadi realiti bila mana lelaki muda tersebut benar-benar sukak sama Dal Ja. Kemdian berlaku la pertentangan dari pihak keluarga kedua-dua belah pihak yang menentang perhubungan mereka akibat jarak umur. Adakah mereka berjaya melalui halangan itu? Jawapan nya ialah.......ya sebab happy ending hehehe

Mari kita saksikan para pelakon nya :



Chae Rim sebagai Oh Dal Ja


Come back dari Chae Rim selepas citer Oh Feel Young. Gedebest!

Lee Min Ki sebagai Kang Tae Bong.


Lelaki ketiga di atas. First time tengok dia blakon dalam citer ni. Senyuman dia mengingatkan saya pada Hafiz pemenang What Women Want. Dalam citer ni sebenarnya dia adalah seorang peguam. Dia melepaskan profession peguam nya itu sebab ada satu kes yang dia handle dulu kemdian orang tu bunuh diri sebab kalah kes lantas menyebabkan Tae Bong hilang keyakinan mau jadi loyer lagi *oh saya motobot tak pakai layar ;p*

 

Gong Hyeong Jin sebagai Shin Sae Do


Lelaki pertama di atas. Dalam 3 watak hero, saya paling suka tengok lakonan dia ni. Mesti nak gelak tengok dia sebab lontaran lakonan dia begitu baik sekali. Dia bahasakan diri dia 'chingu' ngn Dal Ja. Bila ada masalah akan refer pada Dal Ja, begitu juga sebaliknya dengan Dal Ja.

Lee Hyun Woo sebagai Uhm Gi Joong.


Lelaki kedua di atas. Nak mahkotakan dia hero paling suka tangan masuk poket tiap kali kluar adegan dia muahahaha. Yang tak larat time duduk pon tangan masuk poket. Haha veri de observe kan. Letih tengok asek nak control macho. Ke tangan dia ada masalah ek. Kalau terlalu kerap sangat orang akan perasan kan. Bukan citer ni saja. Boleh kata kesemua citer dia i all dah prasan hahaha

Lee Hye Young sebagai Wee Seon Joo


Pompuan idaman lelaki pertama di atas. Pada awalnya hubungan dia dengan Dal Ja sedikit tegang sebab berebut kan lelaki pertama itew. Kemdian lama kelamaan mereka juga menjadi kawan baik selepas mengenal hati budi masing-masing. Bak kata pepatah tak kenal maka tak chentar.

Yang ni boss Dal Ja. Boss yang strict dan tegas. Menarik pasal dia ni ialah intonasi dialog dia straight saja tak kira apa mood dia pon dan peberet kaler dia marah hahaha. Watak dia menarik perhatian jugak.

Penutup
Kelima-lima watak ini yang menjadikan citer ni best. Kisah tentang persahabatan antara rakan sekerja, persabahatan antara lelaki dan perempuan dan perhubungan chentar antara lelaki dan perempuan. Dalam kehidupan kita memerlukan kawan untuk meluahkan perasaan juga bertukar-tukar pendapat.

Sayangi la dan hormati kawan-kawan anda. Jangan suka prasangka buruk terhadap kawan anda. Jangan suka memonopoli kawan. Jangan suka nak berlagak ala mem besar terhadap kawan² anda oleh kerana gaji anda lebih tinggi dari semua orang. Cukup la kat opis jadi mem / pak besar. Bila dok melepak bersantai bersama kawan buang kan la kejap sikap mem / pak besaq itew yach. Sekali dua boleh la orang layan. Lama kelamaan boleh blah la labu. Jangan buli kawan anda sebab nanti satu hari anda akan di buli balik hehe. Juga jangan makan kawan...friend eat friend...makan lah mamee. Dan lain-lain lah.

OST citer ni seme best-best jugak. Lagu back-up lain pon best...lagu time berangan hahaha. Ada lagu superman, lagu i will survive versi korea, lagu air supply goodbye, lagu pink panther, lagu i will always love u whitney housten pon ada bagi suit kan lagu dengan mood adegan tersebut hahaha Lawakss. Rasanya ni antara kdrama yang muzik latar dia macam-macam adaaaa


Mari belaja bahse Korea

Chingu = kawan
Namja chingu = kawan lelaki, boipren
Yuja chingu = kawan perempuan, gelpren

Sekian...:)

No comments: