Wednesday, April 11, 2007

KDrama : Prince Hours / Goong S (2007)



Synopsis
The Queen (played by Myung Se Bin) is in her early 30s but still unmarried. Because of this, in a condition where there cannot be a reduction in the number of successors to the throne, the present prince (the 1st successor) suddenly leaves the world and leaves a vacancy in the line of successors. So they go out to find the secret prince and finally find Lee Hoo (played by Se7en), who has been living outside the palace. Lee Hoo is the son of a prince and his mother who died early, had departed with his father and left the palace, hiding the fact that she was already pregnant. He does not know that he possesses royal blood and has lived, working as a delivery boy at a chinese restaurant.

Although usually, he has wang ja byung (prince disease), he had never dreamt of entering the palace and receiving royal lessons. Lee hoo, the unbelievable no 1 successor to the throne and the perfect Lee Joon (played by Kang Doo) will bring tension to the drama as they fight over the position.


Starring :
Se7en , Heo Yi Jae , Park Shin Hye , Kang Doo , Myung Se Bin
Total episode : 20

Credit :
Soompi-GoongS , DramaWiki-GoongS , WITHS2 , MBC



Pengenalan : Citer ni bukan sambungan citer Princess Hours yach. 2 jalan citer yang berbeza sama sekali tetapi tema nya sama iaitu citer kerabat di raja. Kalau Princess Hours berfokus pada kehidupan 'puteri raja', Price Hours pula berfokus pada kehidupan 'putera raja'. Tengok tajuk pon bleh agak jam sapa hehe. Perancangan awal nya memang nak sambung Princess Hours 2 tatapi kesemua pelakon utama Princess Hours kabarnya sudah kepenatan tamau continue Princess Hours 2 lah. Maka pihak produksi terpaksa mereka citer lain dengan menguji bakat pelakon lain plak. Gitu la kisahnya.

Prince Hours berkisar mengenai pertandingan mencari putera raja yang sesuai menjadi Raja menaiki tahta Kesultanan Korea bagi menggantikan Permaisuri yang mahu turun tahta. Bagi menjadikan ianya sebuah drama, Permaisuri tersebut belom sempat berkahwin, maka tiada la waris nya.

Terdapat 2 calon putera berdarah raja telah digosipkan mempunyai kelayakan mewarisi tahta itu. Siapakah dia? Walaupun Permaisuri itu mempunyai calon favourite nya dan boleh menggunakan kuasa veto nya dengan menjadikkan calon favourite nya itew Raja dengan cara yang mudah, tetapi bagi mengelak cakap-cakap belakang dikalangan orang istana dan rakyat jelata, maka 1 pertandingan telah dilakukan bagi memilih siapakah yang benar-benar layak dan mempunyai aura menjadi Raja. Raja berjiwa rakyat katanya.

Bak kata pepatah 'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah'



Maka bermula la hari penamaan calon bakal Putera Raja dan juga senarai tugasan yang depa kena buat. Ada 5 tugasan kesemuanya. Tugasan mencabar fizikal dan mental. Siapa yang menang maka dia la yang akan di mahkotakan Putera Raja secara sah dan sahih. Dan calon-calon nya adalah :

Calon pertama, Kang Hoo / Lee Hoo – seorang bekas penjual mee segera. Ala yg mee kicap itam tu. Dalam bahse Korea mee kicap itu dipanggil 'jjajangmyun' yak ni chinese style noodles. Kalau tengok depa makan dengan lahapnya musti rasa laparkan. Bapak Kang Hoo berdarah raja, sudah meninggal. Manakala mak Kang Hoo rakyat biasa yang telah diusir keluar dari istana 20 tahun dahulu akibat pitenah. Maka menetap la Kang Hoo bersama mak dia yg kemdian nya mati sebelum Kang Hoo besar di luar istana dan menjalani kehidupan seperti orang awam biasa. Kemdian pihak istana mendapati Kang Hoo hidup dan lantas terus kidnep Kang Hoo dan sumbatnya dalam istana dan train Kang Hoo tentang tata susila dan peradaban seorang anak raja sebelum Kang Hoo dijumpai oleh pihak musuh yang tidak mahu Kang Hoo jadi Raja. Ya ada musuh di dalam selimut di dalam istana raja itu.

Calon kedua, Lee Joon – seorang keturunan raja dari belah bapak dia dan tinggal dalam istana. Kedatangan Lee Hoo sedikit sebanyak telah menggugat peluang cerah nya untuk mewaris tahta dengan mudah. Yang lebih terasa tergugat ialah mak bapak Lee Joon sebab depa ni yang senor nya gila darjat, gila nama, gila kuasa, gila harta...semua gilaaaaa. Hik hik. Musuh yang dimaksudkan pada perenggan di atas ialah mak pak Lee Joon.

Kemudian kedua-dua anak raja itu syok dan suka sama pekerja / dayang istana bernama dayang Yang (short fom nama nya jadi la Yang Yang mcm jurulatih badminton hahaha)

Maka berlaku la nanti sesi perebutan dayang dan juga perebutan tahta. Siapakah yang akan menang? Jangan ketinggalan saksikan citer ni kalu anda suka nonton citer raja-raja, citer yang banyak mengandungi kostum yang cantik dan menawan dan citer yang mempunyai pemandangan yang menarik.

Sekarang mari kita tengok siapa kah para pelakon nya :

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Se7en sebagai Kang Hoo / Lee Hoo
Mungkin ada yang dah kenal 7 ni atau nama sebenarnya ialah Choi Dong Wook. Sorang lagi Dong Wook. Merupakan seorang penyanyi glamer Korea yang juga telah terjun ke bidang lakonan seperti Rain dan lain-lain penyanyi. Drama pertama lakonan Se7en. Rating lakonan...boleh laaa. Mungkin sebab watak dalam citer ni dia kena kontrol hensem, veri de sopan santun, cakap lemah lembut sebagai anak raja dengan wajah ayunya. Pas ni nak tengok dia dalam citer lasak plak.

Sekali pandang mcm muka Rashid Salleh (hero Toll Gate Girl), sekali pandang belah tepi plak mcm iras Bae Young Jun hehe. Suara menyanyi dan berlakon sama tak jauh beza. Se7en ada nyanyi untuk OST
Smile Again (citer ampeh lagu best)




Kang Doo sebagai Lee Joon

First time tengok dia blakon. Masa awal tengok aisemen...tak mengancam nya hahaha. Seorang anak raja yang mengikut apa saja kemahuan bapak dia. Part jodoh dia baru dia memberontak sebab dia sudah syok sama dayang Yang hingga menimbulkan kemarahan bapak dia sebab jatuh cinta sama orang awam

Heo Yi Jae sebagai Yang Soon Ee

Sebagai dayang Yang idaman putera-putera raja. Saya rasa kureng ngn dia dalam citer ni mungkin sebab kureng faktor 'wow' dalam citer ni. Lakonan dia tak sampai kat mek la hehe. Gandingan ngn hero pon rasa macam kureng sket. Suka tengok pakaian pembantu / dayang istana. Dayang pon kena upgrade-kan diri mereka untuk menjadi dayang yang terpelajar dengan adanya tawaran belajar dari pihak istana kepada semua pekerja / dayang istana


Park Shin Hye sebagai Shin Sae Ryung

Sebagai anak Perdana Menteri. Mempunyai misi nak jadi permaisuri. Memula dia berbaik dengan Lee Joon sebab kabarnya Lee Joon bakal jadi Raja. Pas kedatangan Lee Hoo dia cuba nograt Lee Hoo plak tapi Lee Hoo hanya anggap dia kawan baik saja. Watak dia tidak berapa membencikan sangat sebab dia banyak membantu Lee Hoo dalam hal ehwal istana.


Myung Se Bin sebagai permaisuri muda, Pye-Ha


Yang ni permaisuri veteran, Hwang Tae Hu Mama


 
Ini bukan Sultan ya tapi bapak kepada Lee Joon. Saya nak mahkotakan dia award bapak bengis dan tidak penyayang dalam kdrama haha. Sebab pe...sebab masuk citer ni dah 3 drama yang dia blakon seme jadi bapak yang tak mesra alam dengan anak. Suka meng-kontrol anak. Anak seme kena ikut cakap dia. Citer lain u all leh tengok 3 Leaf Clover ngn Snow Queen. Watak bapak dia hampir serupa. Watak tu gak nya memang sesuai dengan muka dia yang nampak veri de bapak garang kan hehe. Dalam kdrama je la. So far dia baru blakon 3 kdrama. Kalau dalam pilem dia salu jadik polis. Ya saya berjaya gali watak dia ni.

Penutup : Mana best antara Princess Hours ngn Prince Hours? Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Saya suka yang ni sebab hero dia tehehehe

1 comment:

Anonymous said...

cer ney best!! cm ne nk tgok cer korea byk2 ea??