Thursday, April 05, 2007

Filem : Jangan Pandang Belakang (2007)


Synopsis

Darma (Pierre Andre) is traumatised by the mysterious death of his fiancee, Rose (Intan Ladyana). Not satisfied with her unexplained death, Darma decides to investigate the case with the help of Rose's twin sister, Seri, (also played by Intan Ladyana). As they probe into the death, a series of strange occurrences start to unravel, leaving Darma in a disturbed state of mind that affects his life and career. When he is advised to take a week's break from work, he returns to his hometown to rest. Unknown to him, he is only getting closer to solving his fiancee's death and the truth behind the strange happenings.

Starring : Pierre Ander, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Rio Elani

Directed by : Ahmad Idham

Saya amat berpuas hati dengan citer ni malahan lebih dari itu.

Nyaris tak dapat tiket di hari pertama di GSC Summit USJ. Apooo kat Summit kokak pon full house? (kokak di sini bermaksud banyak citer tak dapat tayang kat sini mungkin sobab pawagam tak banyak hehe)

Mengkagumkan sungguh untuk citer Melayu penuh di GSC Summit di hari pertama tayangan di malam jumaat hehe. Begini citer nya

Adegan beratur di kaunter teket jam 8 malam. Citer stat jam 9.20 malam. Sampai giliran

'Jangan Pandang Belakang 2'

'Tinggal seat depan je kak. 2 row dari depan'

(tengok skrin pc) 'aiyoyo depan nya aisemen...realese teket booking kol brape dik?'


‘40 min sebelum citer stat’

‘Ok kang saya datang balik’

40 min berlalu

'Jangan Pandang Belakang 2'

'Seat dah penuh kak...kalau nak dok asing ada sini ngn sini'

Pandang member. Amacam? Ok la. So kami pon dok asing sebab nak seat best nye pasal. Apa barang tengok citer hantu dok depan kan. Kang hantu nampak lagi besar dan lagi dekat...hehehe.

Ye begitu la scenario yang mengkagumkan itu. Biasa memang tak penah nak buat phone booking kat Summit sebab memang tak penah yang penuh. Belum penah lagi nak tengok citer Melayu kena datang 2 kali beli teket. Ni pertama kali dalam sejarah hidup ni. Hall THX yang paling besar dan penuh. Perasaan nya seperti tidak berpijak di alam yang nyata. Betul ke penuh ni? Berkali-kali soal dalam ati. Seb bek tak suh member lempang nak make sure berpijak di alam nyata ke tak hehehe

Apa ke he ramai sangat orang nak tengok citer ni? Best sangat ke citer ni?

Ternyata memang best.

Saya berpuas hati dari kesemua segi. Jalan citer, lakonan, arahan, kemra, elemen saspen seram, bunyi-bunyian seram nya dan tidak ketinggalan elemen yang mendatangkan komedi dalam citer ni.

Jalan citer tersusun, tidak lembab, tidak serabut dan tidak mengkonpiuskan.

Lakonan tidak kayu, tidak over, just nice.

Pendek kata citer ni menarik untuk ditonton bagi penggemar citer hantu. Jadi pada anda yang minat akan seram, jangan ketinggalan saksikan citer ni. Memang boleh buat jantung meletop sebab banyak kali hantu itu menonjolkan diri especially di belakang hero hehehe.

Nampaknya 'penggalian' untuk citer ni berjaya ;p Tahniah buat mereka yang terlibat dalam citer ni.

Make sure anda buat phone booking kalau nak tengok citer ni takut penuh. Bak kata pepatah 'sedangkan Summit lagi kan full house, apatah lagi di Midveli atau pun KLCC' ;P

No comments: