Friday, March 23, 2007

KDrama : Cloud Stairway (2006)




Synopsis

Choi Jung Soo (Shin Don Wook) was left in an orphnage by his father who could no longer take care of him after his wife left him for another man. He had a bright future in medicine but could ill afford the tuition fee. In despair, he took off to the remote island where his father grew up in the hope that he would find him there. He ended up spending 7 years there working under the guidance of the island's only doctor and became very good at it. But when he saved Yoon Jung Won (Han Ji Hye) who suffered from an acute appendicitis, he became mistaken as a skillful doctor and his life became complicated.

YJW was the daughter of the owner of an elite hospital in Seoul and the two began to develope feelings for each other even though she was engaged to be married. He couldn't help falling in love with YJW and began to lie to himself and others about his medical credentials. The higher he rose, the harder he fell. The love that he thought would give him everything turned into poison. He lost his world...except the love of his woman who stood by him no matter what.

Cast : Shin Dong Wook ,
Han Ji Hye , Lim Jeong Eun , Kim Jeong Hyeon
Total episode : 16

Credit :
Hancinema

Citer ni di adaptasi dari sebuah novel Jepun 'Paradise Lost'

Citer mengenai kehidupan dokter di sebuah hospital yang besar dan terkenal di Seoul (kan...dokter lagi haha) Hospital ni hanya untuk orang-orang kaya dan berduit. Kalau depa terima kes pesakit yang dah nak mati atau tidak dapat diselamatkan lagi terutama kalau pesakit dari kalangan orang miskin, pesakit itu akan segera ditukar ke spital lain.

Hero seorang pelajar cemerlang tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus perubatan di universiti akibat masalah kewangan. Dia kemdian menetap di sebuah pulau. Di pulau tersebut hero telah diasuh menjadi asisten dokter oleh seorang dokter pakar di sebuah hospital kecil di pulau itu selama 7 tahun. Dalam pada yang sama hero berhajat mahu mencari bapak dia yang hilang. Kabarnya bapak dia telah melarikan diri ke pulau tersebut.



Kemdian satu hari ada 3 orang dari hospital terkenal itu datang ke pulau itu untuk buat kaji selidik tentang operasi di hospital-hospital kecil. Entah mcm mana ketua kumpulan kaji selidik tersebut tetiba mengalami sakit perut akibat apendik dan perlu dibedah dengan segera. Nak dijadikan citer dokter pakar bedah tak de sebab pegi outsteseng. Lantas hero telah di salah anggap sebagai dokter yang berkelayakan dan terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan ketua kumpulan tersebut. Memula hero cuak gak sebab tak pernah bedah orang lagi. Dengan menggunakan segala ilmu yang dia telah pelajari dengan dokter pakar dan ilmu yang dia dapati daripada bacaan buku-buku perbuatan, maka hero berjaya melakukan pembedahan tersebut. Risiko kemdian kira janji ketua kumpulan itu selamat.

Kemdian lokasi berpindah di Seoul.

Bapak hero ditemui mati di hospital terkenal itu dan ianya menjadi isu besar sebab boss besar hospital itu marah kerana kenapa para dokter terima kes yang tidak dapat diselamatkan lagi. Ini menimbulkan kemarahan hero.

Nak dijadikan citer lagi hero diterima kerja di hospital itu sebab berjaya bedah ketua kumpulan merangkap anak boss besar hospital itu dan ada peluang hero untuk menuntut bela di atas kematian bapak nya itu.

Dan bermula la episod hero menjadi dokter palsu yang tiada lesen dokter di hospital besar itu dengan penuh keyakinan hingga tiada orang yang syak dia tak de lesen dokter. Cara dia merawat pesakit begitu professional sekali.

Kalau anda minat citer dokter-dokter ni boleh la menonton citer ni sebab dokter hero dia cute hehe. Tak pasti plak sama dengan citer The Hospital citer Taiwan tu sebab tak follow The Hospital.

Shin Dong Wook (신동욱) as Choi Jung Soo. Nama dia Dong Wook jugak hehe. Penipuan dia menjadi komplicated

Han Ji Hye (한지혜) as Yoon Jung-Won. Selaku anak kepada boss besar hospital besar itu. Tidak setuju dengan sikap bapak dia yang hanya pentingkan duit dari nyawa pesakit


Kim Jung Hyun (김정현) as Kim Do-Hyung. Seorang dokter juga


Lim Jung Eun (임정은) as Oh Yoon-Hyi. Jururawat di spital

No comments: