Saturday, March 24, 2007

Filem : Chermin (2007)


Synopsis

Chermin is a horror/suspense thriller about a woman who is haunted by a vengeful spirit trapped in an antique mirror. The plot centers on Nasrin, whose face has been disfigured from a 'mysterious' car accident. When her mother discovers an antique mirror hidden amongst old family heirlooms, Nasrin finds herself strangely drawn to it. Nasrin's fascination with the mirror turns into obsession and she starts taking on the persona of the mirror spirit, Mastura. On her quest to regain her past beauty, Nasrin submits herself to the mirror spirit by satisfying the mirror's need for blood and revenge. Will she be able to sacrifice love for vanity? Is she able to look inside herself and see the beauty within? Or is what is reflected in her heart a shadow of the mirror?

Cast : Natsha Hudson, Deanna Yusof, Khatijah Tan, Farid Kamil

Director : Zarina Abdullah

Citer ni kategori boleh lah. Dari segi seram, tidak menyeramkan sangat juga tidak menakutkan.

Mengisahkan Nasrin (Natasha Hudson) yang mengalami kemalangan kereta dan lantas di rasuk oleh hantu cermin. Adegan keta eksiden tu superb. Sangat real. Sejak ditimpa kemalangan itu Nasrin kelihatan pelik sebab dalam badan dia telah dimasuki oleh hantu yang fanatik dengan cermin bernama Mastura lakonan Deanna Yusof.

Nasrin menjadi pilihan di rasuk sebab alkisah nya melalui keturunan datuk dia bernama Hassan. Hassan berkahwin 2. Isteri pertama bernama Mastura (anak Mashood al-buaya ;p). Isteri kedua bernama Zahrah. Perkahwinan Hassan dengan Mastura kerna terpaksa desakan keluarga dan merupakan perkahwinan antara sepupu. Kemdian mereka tidak dikurniakan anak lantas Hassan menyuarakan isi hati mahu berkahwin lain sebab mahu dapatkan zuriat. Nak tak nak Mastura terpaksa akur dengan hasrat Hassan untuk berkahwin dengan Zahrah, jika tidak Mastura akan diceraikan. Mastura tidak rela diceraikan. Maka bermadu lah Mastura dan Zahrah (Lisdawati)

Sejak dari itu Mastura mula mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik dan supaya Hassan bertambah sayang pada nya tapi hasil nya haram. Hassan tetap tak suka dan tidak sayang gak ngn Mastura. Tiap hari Mastura akan bercakap dengan cermin. Persoalannya ilmu hitam bomoh manakah yang dipilih oleh Mastura hingga tidak mendatangkan hasil langsung? Apaa daaa punya bomoh. Saya juga tak berapa faham apa fungsi ilmu hitam yang digembar-gumbur kan itu. Dan juga bagaimana ilmu hitam yang tidak menjadi itu boleh memberikan sumpahan ???? Al-fenin palo den.



Alkisah lepas Mastura membunuh semua orang yang Hassan sayang, Mastura juga mati...bunuh diri depan cermin rasanya?? Tapi kenapa nak bunuh diri? Lepas Zahrah mati kan Mastura boleh bolot Hassan sorang diri. Fenin lagi. Kemdian cermin berpuaka tersebut diletakkan di dalam stor sepanjang zaman mak Nasrin dan Nasrin take over duduk kat umah itu.

Lepas Nasrin eksiden, mak Nasrin, lakonan Katijah Tan, yg bersuara jantan dalam citer ni (mcm suara Yusni Jaafar tegur Hamid Gurka dalam satu citer 'baru balik Mid?' haha) ternampak akan cermin puaka itu sewaktu sedang mencari barang di dalam stor dan menukar dengan cermin dalam bilik Nasrin yeng kebetulan telah pecah. Bila cermin puaka tersebut sudah berada di dalam bilik Nasrin pelbagai bunyi aneh kedengaran di mana mak Nasrin pernah terdengar suara lain yang berbual dengan Nasrin di dalam bilik. Bila tanya Nasrin, Nasrin menidakkan.

Seterusnya anda tonton la citer ni.

Pujian
1. Natasha Hudson boleh berlakon
2. Rumah cantik
3. Gambar cantik
4. Syot-syot kemra juga cantik. Saya suka part imbas kembali masa Sheila Mambo mengumpat kat dapur sewaktu sedang kenduri. Sempat lagi mengumpat masa orang tengah berselawat Nabi ek

Komen lain
1. Pesal la pemalas sangat nak lipat kain telekung pas solat. Nampak sangat menunjukkan org Islam pas solat main peruk kain telekung dalam sejadah. Bila dah main peruk tu akan timbul la bau busuk dan hangit sebab terkepam dan kain telekung boleh bertaik lalat kat bahagian muka tu kan. Kan ke ciri-ciri orang pengotor tu. Tu pakaian nak jumpa Tuhan tu. 2 kali adegan tersebut.

2. Siapa la Datuk Dokter yang jadi dokter tu? Veri de kayu jati dan tergagap-gagap apal skrip. Takde calon lain yang sesuai ke yang boleh pegang watak dokter tu? Buat orang gelak je la.

3. Yang ni tak berapa paham jugek. Sejurus lepas keluar hospital, luka / parut di pipi Nasrin tidak ditaruk plaster atau di taruk bandage. Dah sembuh betul ke? Biasa kan kalau luka kita tak kan bagi dia terdedah dulu sebab takut jangkitan kuman or yang sewaktu dengannya kan.

Akhir kata, syabas diucapkan pada puan pengarah atas cubaan pertama mengarah pilem ini. Buat la lagi citer seram pas ni lagi ek. Saya suka nak menonton :)

No comments: