Friday, January 29, 2010

Mackerel Run - Episodes 1 & 2


Drama Mackerel Run ini diterbitkan pada tahun 2007. So makna nya drama ni 3 tahun yang lepas. Drama Lee Min Ho di zaman dia suam-suam air suam sebelum air suam bertukar menjadi air panas menggelegak pada tahun 2009 dengan kehadiran drama Boys Over Flowers. Ambe try tengok drama ni masa sembang dengan Rucci kat tekbod suatu ketika dulu sebelum GO ditubuhkan. Masa ni kat blog Rucci tulis ''he is almost perfect" huhu. Ambe ingat lagi. Kekeke

Try tengok episode 1 kat youtube. Drama ni tak de grup buat sab. Boleh tahan hazab jugak dia punya sarikata kat youtube. Ambe rasa direct translation dari sab DVD cina kot.

Boleh tonton sini :


Ambe sempat donlot versi RAW sebelum Aja-aja amek cuti tahun tutup kedai buat sementara pergi bercuti. Mari kita layan Episode 1 & 2 dulu.

Episode 1 - Mengisahkan kisah pelajar sekolah di sebuah sekolah. Sekolah biasa. Bukan sekolah elit macam Shinwa School dalam BOF. Macam-macam kerenah ada. Dan pelajar yang paling hawt tentunya pelajar lelaki yang bernama Cha Gong Chan. Drama ini bergenre komedi. Komedi bengong. Lawak pecah perut. Macam komik buat ke drama. Ambe tingat macam Jdrama Nodame Cantabile.

Episode dimulakan dengan adegan di stadium. Sempena world cup kot.


Pemain bola sepak Korea untuk World Cup 2010 akan datang. Memang konpem sokong team Korea. Ahaks


Alkisah dia bermimpi. Mimpi main bola di World Cup haha


Cha Gong Chan disebat di punggung sebab tak hadir latihan bola sepak. Ambe rasa punggung dia lunyai dalam drama ni sebab banyak kali kena sebat dengan cekgu. Kalau betul la kena sebat hehehe. Ambe rasa sekolah kat Korea memang sebat muntut kot ek sebab banyak citer budak-budak sekolah mesti ada adegan kena sebat muntut kalau buat salah. Ada pasan tak?


Macam familiar. Kalau tak silap dia ni yang nak dijodohkan dengan Kang Haena dalam My Fair Lady kan?
Kwon Se In namanya. Oh sedara Ryan Kwon itew


Masa ni ada game bola. Gong Chan cedera di kepala lepas tu dia jadik bengong kena sawan ke hapa dan terus score gol sendiri. Hahahaha


Cekgu disiplin menginga tahan amaroh tengok Gong Chan score gol sendiri. Cekgu ni watak utama juga sebab lepas ni dia anti dengan Gong Chan dan mahu buang Gong Chan dari sekolah sebab telah memalukan skuad bola sepak sekolah

Siri bercakap dengan ikan. Dia kena baling ikan dengan penjual ikan sebab tendang tin kena kepala penjual ikan itu

Tak larat jugak ni. Tiba-tiba heroin datang di Sungai Han dan skaf heroin terbang. Dengan gentleman beliau pergi tangkap skaf yang melayang itu dan......hahaha

Terlambat gi sekolah. Cekgu bagi amaran kalau dia lambat datang sekolah kena buang sekolah. Yang ko terbaring kat jalan raya tu kenapa. Hahaha Sebab tertinggal bas

Pintu pagar sekolah dah tutup hahaha

Rupanya dia mimpi. Siot betol. Citer ni banyak mimpi daa haha. Bagi mengelakkan lambat datang ke sekolah beliau bermalam tidur di dalam bilik darjah haha

Adegan tak larat sekali lagi. Skaf merah awek dia jatuh kat atas pokok. Beliau dengan gigih berusaha nak amik sampai la terjatuh di atas batu.

Misi mengorat awek baru kat skolah. Moon Chae Won selaku awek dalam drama ni yang digilai oleh Lee Min Ho. Skaf merah tu skaf dia la

Pendekar selipar Asadi. Hahaha. Masa ni beliau menyelamatkan ketua darjah yang cuba di kacau oleh samseng


Hahaha gelak dulu. Ni adegan saspen. Misi nak buang Gong Chan dari sekolah. Cekgu disiplin dan cekgu besar berusaha carik kesalahan kukuh sebab nak buang Gong Chan dari sekolah. Sebelum tu dia ada terlibat dengan pergaduhan kat skola. Cekgu disiplin bagi idea kalau Gong Chan tidak berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 8.00 pagi, maka dia akan dibuang. Masa ni ngam-ngam pukul 8.00 pagi dia tiba sekolah sebab sebelum tu dia pegi selamatkan ketua darjah dari gangguan samseng.

Kemdian kawan baik dia dalam kelas telefon dan beliau pon jawab beliau sudah berada di dalam kawasan sekolah tepat jam 8.00 pagi (Seperti gambo di atas) Pintu pagar skola dah tutup, dia panjat tembok. Janji badan dah sentuh dalam kawasan sekolah. Kahkahkah. Jadik kedatangan dia pada hari itu bukan la sifar. Aigoo penat la gelak


Peace kat awek masa masuk dalam kelas. Kekeke.

Bersambung lepas habis semua episode. Kat youtube ada sampai episode 3 saje. Selebihnya kena banned oleh dramafever sbb copyright. Uwaaa. Sedeyyy. Kat mysoju ambe cek tak de citer ni. Maka terpaksa la ambe layan drama ni episode 4 -8 tanpa sarikata.

Kipas susah mati Lee Min Ho kena tengok cite ni. Adeh tak larat. Hehehe

No comments: