Synopsis
Yu Gang-Hyuk was only 7 years old when his father was murdered in a car "accident" and separated from his identical twin, Yu Shin-Hyuk. He forgot his name and family and given the name Suh Ha-Eun by his adopted father Suh Jae-soo. He falls in love with his adopted sister, Eun-ha and tried to be very honorable about it. He was led to become a cop because of his father’s badge. While investigating an alleged case of suicide, he eventually learns of his twin brother.
Yu Gang-Hyuk was only 7 years old when his father was murdered in a car "accident" and separated from his identical twin, Yu Shin-Hyuk. He forgot his name and family and given the name Suh Ha-Eun by his adopted father Suh Jae-soo. He falls in love with his adopted sister, Eun-ha and tried to be very honorable about it. He was led to become a cop because of his father’s badge. While investigating an alleged case of suicide, he eventually learns of his twin brother.
Against the warnings of his peers, Ha-Eun becomes more and more involved in this suspicious case. As a part of a larger scheme, Ha-Eun is targeted for a hit by unknown individuals. And when Ha-Eun and Shin-Hyuk finally meet for the first time after twenty years, the murderers kill Shin-Hyuk accidentally mistaken him for Ha-Eun. As a result, Ha-Eun vows to get revenge by giving his enemies psychological torture and takes on his brother's persona as an undercover cop and that is where the drama begins.
This is a wonderful detective drama with a psychological twist.
Cast : Uhm Tae Woong , Han Ji Min , So Yi Hyun , Ko Joo Won
Total episode : 24
Credit : DramaWiki, KBS
Ok kita ke citer revenge seterusnya. Citer ni ada mirip sedikit dengan Green Rose dan Time of Wolf & Dog dari segi orang yang bangkit membalas dendam rupa wajah dia sama tetapi identiti yang berlainan. Tapi citer genre sebegini anda jangan berharap sangat ianya akan heppy ending yek.
Citer mengisahkan abang kembar membalas dendam di atas kematian adek kembar nya yang dia terpisah selama 20 tahun. Adek kembar itu dibunuh pada hari mereka bertemu buat pertama kali dalam masa 20 tahun. Sebenarnya orang jahat tersalah bunuh orang. Nak bunuh abang tapi terbunuh adek sebab wajah mereka serupa.
Maka berdentum la guruh di langit * tum tum tum * (pinjam sound efek bunyi guruh Bollywood) dan gunung berapi pon meletop la. Si abang mahu membalas dendam dan menegakkan kebenaran di atas kematian adek kembarnya yang sekaligus membongkar misteri-misteri lampau yang tragis.
Sebelum citer lanjut mari kita tengok profil kembar itu.
Kembar A iaitu abang dibesarkan oleh keluarga angkat sebab terpisah dengan keluarga sebenar dia masa kecik. Mendapat pendidikan di dalam negeri sahaja dan berprofession sebagai polis. Pegawai polis pangkat apa pon tak pasti. Pegawai polis biasa je kot. Sebab atas dia ada small bos, atas small bos dia ada big bos. Karekter ceria, mudah mesra, sempoi, tidak cerewet, agak serabai siikit tetapi tanggungjawab di dalam menjalankan tugas kepolisiannya amat bagus sekali. Pendek kata dia seorang anggota polis yang bersih cekap dan amanah hingga para penjenayah semua gentar dan merasa takut kewibawaan dia menjejak penjenayah.
Kembar B iaitu adik dibesarkan oleh mak dan bapak tirinya dan profession sebagai ahli perniagaan yang sukses. Karekter pendiam, bersikap dingin dengan orang sekelilingnya, agak cerewet (susun baju dalam lemari kena ikut warna tidak bole bercampur aduk ). Dia jadi pendiam sebab dia rasa bersalah dengan "kematian" abang kembar nya yang mati kemalangan kereta bersama ayahnya 20 tahun yang lalu. Tapi sebenarnya abang kembar dia tidak mati. Ada orang selamatkan. Bapak dia mati sorang. Lepas bapak dia meninggal, mak dia kawin dengan lain. Kawin dengan kawan bapak dia.
Dengan kata lain, kembar tersebut mempunyai 2 perwatakan yang kontra.
amaroh teramat sangat hingga mati pon bertuko kaler merah ala anak pontianak :P
Gambaran jalan citer
Intro citer, adalah satu kes kematian berlaku di bandar itu. Kematian itu diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai bunuh dirik. Kalu mengikut mata kasar ianya nampak seperti kes bunuh diri tetapi berdasarkan bukti-bukti yang dijumpai ditempat kejadian, kes bunuh diri itu meragukan. Adakah ianya benerrr bunuh diri atau dibunuh perampok. Tambahan maklumat yang diberi oleh saspek juga meragukan. Pendek kata macam ada udang di sebalik mi.
Disebabkan macam ada udang disebalik mi, Kembar A tidak puas hati lantas menjalankan siasatan terperinci. Siasat punya siasat, Kembar A menapat pertunjuk bahawa kes bunuh itu bukan bunuh diri tetapi dibunuh orang.
Sekarang persoalan nya :
1) Kenapa orang itu dibunuh?
2) Siapa yang membunuhnya?
3) Apakah pekerjaan orang itu sehingga dia dibunuh?
4) Siapa sebenarnya identiti orang yang dibunuh itu? Hartawan? Jutawan? Ahlil muzik? Loyer? Along? Atau peminjam duit Along?
Ini la antara persoalan yang timbul untuk pihak polis menggali kes bunuh ini dengan lebih mendalam lagi.
seketul je public phone dia kat situ...
Dipendekkan citer, (spoiler) , si mati itu terlibat dengan satu kes bunuh terancang 20 tahun yang lampau. Kes bunuh seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kes rasuah ahli politik. Pada malam si mati sebelum dia mati dibunuh, dia mahu mengaku kesalahan nya tetapi beliau dihalang lalu dia dibunuh.
Nak jadikan citer lagi, pegawai polis yang mati dibunuh 20 tahun lalu adalah bapa si kembar itu.
Disebabkan takut rahsia 20 tahun terbongkar, ahli politik dan kuncu-kuncunya mahu menghapuskan Kembar A juga. Tapi tersilap bunuh orang seperti diperenggan di atas yang orang jahat tersilap bunuh adik bradik kembar itew.
Intermisi
Semasa Kembar B mati, Kembar A berada bersama di tempat kejadian. Seperti orang histeria Kembar A meraung sebab dia baru tahu dia ada adek kembar. 20 tahun tunggu baru dapat berjumpa buat pertama kali. Dah tu mati kena bunuh plak. Memang tiada maap bagi mu. Dan tiada esok bagi mu juga. Siap kau orang pembunuh sekalian. Tapi dalam citer dendam Korea tak de adegan jumpa bomoh atau santau menyantau orang. Balas dendam cara tersendiri menggunakan akal fikiran. Bomoh dukun tak popular kot kat sana.
* idea idea idea *
Kembar A menukar pakaian dengan Kembar B dan dengan rasmi nya "Kembar A" diistiharkan mati dan bertepuk tangan lah semua orang jahat apabila mendapat tahu Kembar A aka pegawai polis itu sudah mati. Mereka bole la bersenang lenang kerana tiada lagi gangguan. *Malam ini kita menari rumbaaa*
(ending)
dialog versi korea 'oppaaaa ahndey...ahndey...oppaaaaa uwaaaa...'
translate versi melayu 'abanggg jangan bangggg...bangun banggg...tidakkkkkk uwaaa...'
Oh no no no. Belom bole menari rumba lagi.
Selepas Kembar B mati, Kembar A menyamar menjadi Kembar B untuk menegakkan kebenaran dan membalas dendam. Itu saja cara untuk dia membalas dendam. Nak membalas dendam menggunakan identiti polis, agak susah sebab big boss polis sudah dirasuah oleh ahli politik dan kuncu-kuncu nya supaya menghalang Kembar A itu teruskan siasatan kes bunuh itu.
Dan bermula lah kisah baru di dalam hidup Kembar A yang mana dia menjadi Kembar B dan terpaksa berpisah dengan keluarga angkat dia, teman wanitanya dan rakan-rakan polis dia dan gerak geri dia harus terkawal supaya tidak disyaki menjadi Kembar B.
Seterusnya saksikan la bagaimana Kembar A+B itu menjalankan misi dendam nya. Very de interesting. Untuk menangkap orang jahat dan tidak bertamadun kena buat gini caranya yek. Siot saja kan. Kalau orang jahat nak aniaya orang baik senang aja. Ermm jadi orang baik pon susah * hidup susah mati pon susah *
Tapi dendam dalam citer ini tidak sekejam dendam The Devil. Oleh itu saksikanlah kedua-dua citer ini yek.
Dan para pelakon nya terdiri :
Uhm Tae Woong as Yoo Shin-Hyuk and Suh Ha-Eun (real name: Yoo Gang-Hyuk)
UTW lagi. Left detektif, right pengarah syarikat. Mesti ramai tak suka dia dalam Sassy Girl Chunyang. Tapi dia best sebenarnya walaupun kurang gorjes.
Han Ji Min as Suh Eun-Ha
Jo Ma Ja sshi hahaha.
Sebagai adik angkat detektif itu yang kemdian jatuh cinta sama oppa nya. Begitu juga oppa nya. Saling terpesona antara satu sama lain. Hidup dalam sedih selepas oppanya (Kembar A) mati.
Ko Joo Won as Jung Jin-Woo
First time tengok dia ni. Sebagai pengarah syarikat bersaing dengan syarikat Kembar B.
So Yi Hyun as Lee Gang-Joo
As a reporter. Dia juga berminat menulis kisah pembunuhan Kembar A dan kemudian mengetahui bapak dia juga ada terlibat sama dalam kes pembunuh 20 tahun lalu.
My favourite ahjusshi ada jugak dalam citer ni haha Salah satu sebab menonton citer ni sebab dia ada.
Dia pon salah satu sebab saya menonton citer ni sebab dia kelakar dalam Capital Scandal. Dalam citer ni dia watak serius. Merupakan member baik kepada Kembar A.
Watak jahat lite-lite. Nak kata jahat tak jahat. Nak kata baik tak baik. Dalam The Devil dia jadik detektif yang baik.
Kembar A sewaktu remaja. Dalam The Devil peguam Oh Seung Ha sewaktu remaja.
OST.
Lagu-lagu dia agak meletop² jugak. Especially track No.5. Sangat kena dengan setiap scene berlaku. Tengok citer ni baru anda bole relate akan ke-best-an lagu no. 5 itew hingga berdesup ke paru-paru anda.
Rating 9.5/10
Kalau anda suka The Devil, mesti tonton jugak citer ni sebab dua-dua sama best. Tajuk lain citer ni adalah 'Rebirth' kalu tak jupe 'Resurrection'
No comments:
Post a Comment